Tag Archives: Pets

We miss him!!!

Baru satu malam Abu takde… dah rasa macam lain macam kat rumah. no more bunyi loceng, no more tukang sepah toys, no more bunyi ngada mintak makanan and no more tukang gesel kaki.Kesian Afriena semalam, teresak-esak nangis sbb tak nak kasi Abu kat Auntie Lin. Tadi pagi pun dah dok suruh pergi amik Abu balik. Ashraff pulak senyap jer dalam kereta sampailah diajak makan Mc Flurry kat Mc D semalam terus OK.

Sunyilah tu sebab takde dah mangsa buli dia.Have to lah Afriena. Baby coming soon, takut nanti elergic dengan bulu kucing.Sbb masa baby dulu, Ashraff and Afriena, punyelah alergic dengan habuk. not only atshma, kulit pun alergic. kena habuk sikit, kena bintik merah siap ada nanah. so rumah kena super clean. As for new baby, we have to prepare for it.

Semalam masa Kheirul cakap nanti kita amik kucing lain, tunggu baby besar and dah pindah, I said ” tak naklah, takut terjatuh sayang pulak”. ANW, kalau tuan baru dia baca, Abu is a good cat, tak banyak karenah, suka mandi, suka main,suka tuna, suka diberus bulu, suka gesel-gesel, suka tengok orang masak and banyak bawak rezeki.Yang pasti, we goona miss him so much.

Kucing yang terlampau manja

Macam dah lama tak buat entry pasal Abu. Dah setahun dah umur dia. Dah bertambah manja. Tengah buat entry ni pun ada dok kat kaki gesel pastu kejap-kejap dok kejar kereta mainan. Suka sangat dia ngan kereta kecik.

Ha ni gambar si kucing yang suka sangat menggesel time orang nak masak. mesti dia nak menyibuk.Tangkap kaki orang lah, paling cute bila dia ikut berdiri nak tengok orang buat apa kat sinky tuh (tak sempat snap gambar tuh sebab nama kucing mana dok diam). busy body tul.

abu01

Dia tahu nama dia Abu. Kalau panggil jer mesti datang tapi kena tengok kot kot ada Afriena kat situ confirm dia brek pusing balik. Dia takut sikit ngan Afriena sebab Afriena suka buli dia. Tapi kekadang ada gak dia kejar Afriena balik or paling kurang dia pukul Afriena.Hahah

Paling manja ngan Kheirul. Kalau ngan I setakat suruh berus bulu dia jerlah…kalau bab-bab tidur peluk-peluk tuh takdelah. Tapi kalau ngan Kheirul, nampak Kheirul ambik bantal nak tidur pun dah berkejar nak join tidur sekali. He is too attach ngan Kheirul. Sanggup tunggu Kheirul balik kerja baru masuk toilet pergi kencing (sumber inspirasi kot). Then baju kerja Kheirul yang letak kat laundrry room pun dia pi carik nak cium….. scary plak kucing ni.Tu belum lagi part dia cium ketiak hahaha….

Abu..Abu.. now dia dok berlari sana, berlari sini….habis sepah rug atas lantai…but dialah peneman I dikala sunyi..

Alhamdulillah Abu dah dijumpai

Alhamdulillah…. Abu dah dijumpai. Kira dekat 2 hari jugak dia hilang.Tidur tak lena, makan tak lalu tapi mandi tetap basah bila mengenangkan kucing kesayangan hilang.

abu1

Thanks to Pak Guard yang jujur cakap kat mana dia jumpa kucing ni. Kesian dia ada sembunyi kat rak kasut rumah orang. Masa nampak dia dok sembunyi jer. Bila dengar suara I then di sambung ngan suara Afriena and Ashraff baru terjenguk keluar.Nak bawak dia keluar cukup nya susah sbb rumah tu takde orang. Pak Gurad nak tolong pun Pak gurad takut sebab dia akan cakar org yang dia tak kenal.

abu2

Sampai je rumah terus lari pergi dapur , lompat-lompat then lari masuk sangkar pergi berak. Ni dah berapa kali dia berak sbb dah berapa hari tak berak. pastu makan , minum now tidur.

abu3

Kesian dia, bulu byk gugur sbb ketakutan. Ni adalah mangkuk mana yang bawak dia masuk lift then tinggalkan dia kat mana-mana. Sbb Abu tahu mana border dia and tak pernah sampai pergi turun tangga.Kesian Abu………………….