Macam dah lama tak buat entry pasal Abu. Dah setahun dah umur dia. Dah bertambah manja. Tengah buat entry ni pun ada dok kat kaki gesel pastu kejap-kejap dok kejar kereta mainan. Suka sangat dia ngan kereta kecik.
Ha ni gambar si kucing yang suka sangat menggesel time orang nak masak. mesti dia nak menyibuk.Tangkap kaki orang lah, paling cute bila dia ikut berdiri nak tengok orang buat apa kat sinky tuh (tak sempat snap gambar tuh sebab nama kucing mana dok diam). busy body tul.
Dia tahu nama dia Abu. Kalau panggil jer mesti datang tapi kena tengok kot kot ada Afriena kat situ confirm dia brek pusing balik. Dia takut sikit ngan Afriena sebab Afriena suka buli dia. Tapi kekadang ada gak dia kejar Afriena balik or paling kurang dia pukul Afriena.Hahah
Paling manja ngan Kheirul. Kalau ngan I setakat suruh berus bulu dia jerlah…kalau bab-bab tidur peluk-peluk tuh takdelah. Tapi kalau ngan Kheirul, nampak Kheirul ambik bantal nak tidur pun dah berkejar nak join tidur sekali. He is too attach ngan Kheirul. Sanggup tunggu Kheirul balik kerja baru masuk toilet pergi kencing (sumber inspirasi kot). Then baju kerja Kheirul yang letak kat laundrry room pun dia pi carik nak cium….. scary plak kucing ni.Tu belum lagi part dia cium ketiak hahaha….
Abu..Abu.. now dia dok berlari sana, berlari sini….habis sepah rug atas lantai…but dialah peneman I dikala sunyi..