Tag Archives: Makan – makan

Apa Kami Buat Kat Phuket

Kali ni nak citer skit pasal kat apa yang menarik kat Phuket.. Kami menginap di Patong Bay Garden Resort. Resort ni memang betul-betul di tepi pantai dan mengadap ke laut Andaman. Rasernye masa tsunami hari tu resort ni la yang pertama kena kot.

Kami pilih resort ni pasal dia dekat ngan pantai dan tak perlu jalan jauh untuk ke pantai. Bilik untuk Family Deluxe Room resort ni boleh dikatakan luas juga dan sangat menarik.

Hiasan dalaman biliknya agak simple tapi menarik dan saya suka dengan balkoni luar yang mengadap ke jalan besar dihadapan resort.

Korang perasan tak swimming pool ni… cukop famous masa tsunami tahun 2004 dulu…  resort ni la yang tenggelam masa tsunami dulu…. sebelah hujung tu laut andaman…

Meh kita tengok kat tepi pantai plak.. melangkah je swimming pool tu.. terus ke tepi pantai…  resort ni dah sediakan tempat untuk bersantai.. so memang dah ada tempat dan tak perlu berebut tempat ngan pengunjung pantai yang lain.. tu yang syok tu….

Oklah… meh jenguk kat luar resort plak… hah.. kat sini ler baru menarik.. hevoc giler ngan pengunjung dan segala aktiviti pantai ada tersedia.. cuma kita perlu sediakan duit aja…. kat patong nih semuanya kene duit beb.. nak duk atas kerusi tu pon kene duit….

Kat pinggir pantai patong ni terdapat banyak pondok-pondok yang menawarkan macam-macam perkhitmatan.. biasalah kan.. perkhidmatan urut ada… urut plak tu… ada macam2 urut plak.. ada urut kaki, urut badan, urut minyak, urut harba.. macam-macam la.. selain drp tu… sapa-sapa yang nak buat rambut pon ada.. alah yang ikat rambut cam tali guni tu…….

heheh.. kepada sesapa yang kaki motor yang nak sewa motor pon ada… dari sekecik-kecik motor sampai ler sebesor-besor motor diorang ada sewakan… kalu kapchai tu rasernye dalam RM15 sehari minyak tanggung sendiri aja.. yang motor besor cam Yamaha R1 tu dalam RM250 sehari….

Ok.. lupakan jap pasal aktiviti pantai… ni kitaorang pi round satu patong hari tu untuk mencari kedai makan halal… huh adalah dalam 3 km kitaorang sekeluarga berjalan kot.. sampai bebudak cakap papa dia notti pasal dah penat jalan…

Ok.. Ni nak citer skit pasal halal food in Phuket ni… Kat Phuket ni sebenornye separuh drp penduduk dia beragama Islam, banyak terdapat masjid-masjid di phuket ni cuma kat pantai Patong tu aja yang susah skit nak cari makanan halal. Ada gaks restoran Arab kat sini yang claim halal tapi saya tengok ada gaks restoran arab ni yang served arak.. so kami reject…..

Tempat makan halal yang paling famous kat Pantai Patong ni untuk masyarakat Malaysia adalah Kusuma Seafood. Terletak betul-betul sebelah Andaman Club… Kat sini toksah cakap English.. cakap Melayu jer.. dari tokey sampai ke tukang masak diorang fasih cakap melayu…

Tengok tu… Segala ikan segar tersedia….ikan pari ada, ikan merah ada.. ikan sebelah ada.. ikan siakap ada… ikan yu bodo pon ada… yang paling best.. segala jenis udang ada…. udang kara (lobster) pon ada… harga ikut berat..

Kat Kusuma Seafood ni apa yang membezakan dengan tempat lain adalah Jus Tembikai dia… PEKAT, LIKAT, memang 100% buah… yang putih tu plak.. minuman kegemaran Yatie… KELAPA BLENDED… huh…. nikmatnye dapat menyejukkan orang yang tengah marah la..

Meh kita tengok apa yang kami order hari tu…

tidak dilupakan.. telur dadar….

Sotong goreng tepung….. Memang sedap sekali bila dicicah ngan sos thai

Udang Double XL goreng cili.. huh besornye sebesar telapak tangan sekor…… sedappppppppp tak terhingga ni.. kami amik 2 ekor aja.. harga yang ni baru RM15 (RM6/100g)

Daging masak merah.. mula-mula kami tengok nampak cam keras dan liat aja.. TAPI bila raser… huh.. lembut.. melt in the mouth la orang jerman cakap.. ni la daging masak merah yang paling sedap yang kami pernah raser setakat ni…

Dan yang akhir sekali, Tom Yam Kaw….. aduuiiihh… Sekali raser Tom Yam ni tak terkata… Pekat… likat…terasa semuanya… sedap sampai kuah dia boleh dihirup begitu saja… pas tu plak tak kedekut langsung… udang, ayam, daging, sotong, kepah.. semua ada kat dalam tu…  Saya berani cakap la.. kalu korang try tomyam kat Kusuma ni.. gerenti segala tomyam kat KL ni dah raser tak sedap… kalu ikut scale…. tomyam yang paling sedap kat KL ni baru 1/10 jika dibandingkan dengan yang ni… Kitaorang syorkan kalu korang sampai kat Patong ni… jangan lupa try tomyam kaw nih… mesti try punye… die die die must try lah…… psssttt… sampai hari nih masih terasa kesedapan rasernye.. huh….. mabelessssssss

Oh ya… semua yang kami makan kat Kusuma Seafood tu berjumlah 800Baht.. RM80 jer.. kira berpatutan dan kami raser murah gaks la untuk tempat perlancungan macam Patong Beach tu….

Kepada yang ada GPS… ni dia

GPS Position : N7 53.980 E98 18.007

Tengok ni.. Sawascore kat Kusuma Seafood ni

Selesai makan aja.. kami malas nak jalan kaki balik ke hotel… kat depan restoran Kusuma Seafood tu, tut-tut memang dan beratur mencari penumpang… Mula-mula tanya brader tut-tut tu dlm English suh hantor ke Patong Bay Resort.. sekali brader tu balas cakap melayu slang KL laa… huyooo….tergamam kami.. biasanya diorang slang melayu pelat kelantan.. tapi kali ni memang 100% slang KL… so naik tut-tut le kami sekeluarga untuk balik ke hotel……….

Halal Food in Hat Yai

Sawanila.com memang tak sah kalau tak citer pasal makan. makan…hihi mana pergi mesti nak test makanan. Being us yang suka sangat makan…kan there you go.

first restoran yang kiterang jumpa adalah Hamid restaurant. Ni famousla kot kat Hat Yai sebab mana-mana blog dok citer pasal Hamid kan.Kitatang makan kat Hamid for Breakfast.

Ramai gak Malaysia yang datang makan kat sini. I thought Hamid ni orang India muslim. Orang siam rupanya dia.

Set American breakfast for Kheirul and kids

and me makan nasi lemak. Giler lapar lagipun dah lama tak makan nasi lemak. Maklumlah I kan menyusu badan so tahap kelaparan adalah tahap ke max.Makanan kat sini not bad. I suka nasi lemak tapi sambal dia mak aih, pakai cili padi ker??? berdesing telinga ku. Nasi dia best sebab pakai beras wangi.

Hotel yang kiterang duduk Novotel tu opposite dengan Lee Garden Hotel. So senanglah kiterang cari makan. dalam Lee Garden adalah tidak diketahui ada tempat makan halal ke tak kedai ice cream swenson adalah. Kiterang makan ice cream dalam tu. Mc D kat situ tak halal sebab dorang serve Pork. Tapi ada artis Malaysia tu selamba kodok makan Fries. Mungkin pakai minyak lain but me, very particular about it.

Ha ni plak gerai jual pulut mangga.Ada few tempat yang jual pulut mangga, tapi i rasa yang ni paling sedap sebab ramai sgt beratur membeli.Harga dia ikut saiz mangga. 50baht and 60 baht.

Nilah rupa pulut mangga. first time I makan terus jatuh cinta. Giler sedap macam nak nangis. Mangga dia sedap and sgt manis. Mangga tuh bila masuk mulut je mmacam cair jer dalam mulut. Tak payah kunyah.Pulut dia sedap tak muak. Lemak manis. santan dia not pekat sangat. Masa makan tuh, hish siap pekik sedapnyaaaaaa!!!!!!!!. Budak-budak pun suka. Yang afriena suka pulut and ashraff suka mangga. 2 malam berturut-turut makan pulut mangga as a dinner disamping makan tuna sandwich.

On the second day, kiterang had lunch kat Salma Restaurant.Kiterang cari pakai GPs jer. rupanya dekat jer dengan hotel.Tengok apa kiterang makan

Hani gambar restoran dia. dok sebelah 7-11.

Masa kiterang masuk, tak ramai lagi orang makan sbb still early

Kiterang order drinks ; Air laici, choc drink and air kelapa

Ulam dengan sambal belacan, telur dadar 5 rasa – hehehe telur ni sedap sebab ada segala jenis lauk. udang sotong ayam, sayur and bawang

Ni plak tomyam putih. sedap cukup rasa masam manis dia. Kalau nak compare kat sini, jauh beza. cepatlak tuh dia masak. tomyam putih campur kurang pedas.Isi dia, ada mussel, ayam, udang, sotong and sayur.

Yang nih tangkap leleh punya siakap masak masam manis. Sedap giler syok nak nangis makan. sebab Ikan dia fresh pastu dia goreng garing cam keropok tapi moist tetap ada. light taste. bebudak pun suka makan.

As usual, orang siam nih peramah, masa I makan , dorang siap tolong jagakan Rayyan. Dok dokonglah dorang dalamkedai makan tuh. Rayyan apalagi happy la dia. Kat sini, super class layanan kalau you all cakap kelantan dengan dorang. Cakap english pun ok tapi bila cakap kelantan dorang rasa happy.Total makan kat sini takdelah mahal sangat.

Ha .. kot kot you all ada plan nak makan kat hatyai boleh rujuk di sini or else pakai GPS. Selain tempat dia atas, ada few lagi restaurant macam Sulaiman restaurant tapi kiterang tak pi. Selain makan kat kedai kiterang ada buat sandwich sendiri sebab my kids kan tak suka nasi sangat. Tuna ada yang dibawa from KL and ada dibeli kat supermarket top dekat ngan hotel. Kat Tops supermarket ada gak makanan halal. Kalau you beli canned food kenalah baca halal ke tak. Tapi kat sana, banyak makan halal. even air mineral pun cop halal. :)

Laksa Nyonya untuk Ramadhan ke-18

Hah ni dia Laksa Nyoya freshly cooked dari dapur… uhuhuhuhuh…. memang dah lama giler tak pekener laksa nyonya nih….

Tengok gambor kat atas nih….  sendiri masak ooo.. takde jual kat kedai nih…

Yang nih plak dressing dia… tengok tu.. ada udang, kerang, sayur bermacam jenis, tidak dilupakan daun pudina dan juga sambal goreng…

Hah.. bila dah semua dimasukkan ke dalam mangkuk… dia jadi macam gini… peeerrrhhh memang sedap sekali… oh ya… saya tahu makan aja.. kalu nak resepi.. kene tanya orang rumah ler ye….