Tag Archives: 4thbaby

At 30 weeks pregnant

Dah 30 weeks pregnant baru nak update. Malasnya lately nak naik atas ngadap PC. Rasa nak lepak baring sambil online window shopping. Like my husband said, duduk ngadapa ni memang berhantu. Ada je nak membeli.  Walaupun aktiviti jelajah shopping mall dah dikurangkan, well memang dah berkurang dah masuk mall kecuali nak pergi makan atau grocery shopping je, Yang lain kita buat online. Selamat dan jimat. hahahah ye lah tu

Yes we’re expecting. SURPRISE!!!! lagi setahun nak masuk 40, tetiba pregnant . Itu kerja Allah. Rezeki dari-Nya, HAri-hari 3 bulan pertama amatlah memenatkan. asyik muntah je kerja. Sampai berat turn 6-7 kg. Masa grading untuk 2nd Dan, I was pregnant tapi tak tau. Patutlah masa nak buat breaking, nak angkat kaki rasa penat sangat.Sparing pun rasa penat semacam. Masa tu memang ada rasa loya-loya, pening-pening n gastrik. So sebab dah 2 minggu lebih dah dok mcm tu je, so pergi lah klinik. Doktor cek..ye you ada gastrik. then dia berseloroh… entah-entah you pregnant tak?

Entahlah doktor… esok tu pi cari stick test… yes positive. Perasaan/ becampur baur. macam biasa. JAdi sepanjang  1 st timester kerja muntah-muntah, masuk dapur bau, duduk sebelah suami pun nak muntah..kesianKheirul entah berapa kali kena paksa mandi sebab rasa macam bau badan yang pelik. Anak-anak pun sama… Kucing lah..agaknya semalam dia berak hari ni pun boleh detect bau busuk dia. Jadi masa masa kerja loya muntah ..Ashraff n KHeirul lah yang masak. NAsib baik Ashraff tau masak sikit-sikit.Setakat pasta, kari, kurma nasi goreng takde hal lah dia. Kheirul kalau setakat ikan bakar, ayam bakar, ayam kicap atau tapau kat keai no problemo. Ada lah beberapa kali makan bubur nasi kosong sebab tu je boleh makan. GI tengok movie pun boleh dalam tu termuntah. Muntah takde warning.

Bila dah masuk 2nd trimester lah… dah boleh masak, dah boleh makan. Sepanjang pregnant, Alhamdulillah masih boleh lagi pergi mengajar kelas Taekwondo, masih boleh lagi pergi training, kena sepak kena baling masa buat self defense. Tapi you all jangan ikut macam saya,.

Bila sarung baju TKD, segala loya atau penat tak larat tu hilang. Sekarang dah sampai 30 weeks ni, masih boleh buat split, buat steching cuma makan tu lah yang susah . Takleh makan banyak macam orang lain. Makan byk je rasa nak muntah. Makan manis je rasa nak keluar balik. BEst food to eat masa pregnant ..buah. Lega je perut. INsya Allah bulan 9 ni, bersalin lah. Semoga Allah permudahkan urusan kami, dipanjangkan umur dan diberikan anak yang sihat sempurna dan menjadi anak yang soleh/solehah.