Shah91 – Gathering

Dah hampir 18 tahun kitaorang tinggalkan Shah Pekan (Sains Pekan) tetapi kenangan lama masa kat sekolah hari tu masih segar dalam ingatan. Hari semalam (Sabtu) satu perjumaan atau gathering bekas pelajar Shah Pekan tahun 1990-1991 diadalah kat Hotel Singgahsana PJ; Alhamdulillah, kami berjaya mengumpulkan hampir 30 rakan-rakan yang hampir 18 tahun tidak berjumpa.

Alhamdulillah sekali lagi, syukur kerana hampir semua rakan-rakan sekalian telah berjaya dan mempunyai kerjaya yang boleh digahkan. Ada yang menjadi doktor, pensyarah, kontraktor, engineer dan ramai lagi yang menjadi pakar dalam bidang masing-masing.

Hah,…. ni dia geng-geng otai Sekolah Sains Pekan.. kitaorang merupakan batch kedua belajar disekolah tu…. semala… kitaorang masih lagi cam dan kenal satu sama lain.. cuma bagi geng lelaki.. perut saja yang menjadi ukuran baru….

Kalu korang nak tahu… gambor yang sebelah kiri tu… orang panggey dia “Chin Peng” masa kat sekolah dulu… dia tu merupakan Ketua Biro Disiplin…. dan yang sebalah kanan tu plak Saudara Wahab Chik…. penggerak utama gathering kali ni bersama ngan AIDA…. Tahniah Wahab pasal ko dah berjaya mengumpulkan rakan-rakan kita…..tak lupa gaks pada AIDA yang bersusah payah selama ni…

Apo yang dok citer tuh…. nih sure gossip 18 tahun dulu terbongkar kembali nih.. hahahaha….

Oklah…. kalau nak tengok gambar yang lain boleh tengok kat SawaGallery tau… or boleh cucuk kat SINI

Mutton Chillis

INGREDIENTS

  • 300 gm daging kambing kisar
  • 1 sudu kecil jintan manis – kisar
  • 1 sudu besar biji ketumbar – kisar
  • 1 sudu pes cili – kisar
  • 1 labu bawang besar- kisar
  • 1 inci halia – kisar
  • 1 sudu kicap
  • 1 sudu sos cili
  • 3 sudu sos tomato
  • 2 biji kentang – potong dadu
  • 2 biji tomato -potong dadu
  • sedikit minyak

METHOD

  • panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bahan kisar sehingga garing
  • bila dah naik bau, masukkan daging kambing
  • kacau sata sampai tukar colour
  • then masukkan kicap, sos cili and tomato, kentang dan tomato
  • masak sehingga kentang empuk
  • bila masak, bolehlah di jamu dengan roti perancis, nasi atau roti arab

Note: Anda juga boleh tambah kacang pis , baked bean atau kidney bean dalam masakan ini. Resepi ini di cipta sendiri… so kalau tak sedap jangan marah…