Hajj Korean Halal Food

Part last…

malasnya nak update, tapi sebab makan kat sini pun sedap..so kena update. Ni percubaan kedua nak makan kat sini, first time datang penuh. Dia tak ambil ramai orang sebab cuma sorang masak dan tempat kecik. Muat kami satu family je.

Tapi makan dia memang sedap. Macam makan masakan seorang ibu. Sambil tunggu dia masak, memang akan kedengaran keletang keletung kat dapur..hahaha kalau jiwa broken tu tak payah lah makan.. kot korang terasa.

Tapi sebenarnya dia baik. Kiterang bersembang pasal politik. haa bukan main lagi English dia tak bleh cakap mana, Korean je lah… pandai-pandailah korang nak bersembang. Suka dia tengok kami anak ramai..

Kami ke sini selepas ice skating kali kedua kat Seoul plaza, lepas tu solat kat masjid, pastu baru makan.

MAkanan kay sini murah sikit..

Seafood noodle. Rasa dia memang sedap lah… mangkuk besar gila. Siap share dengan semua orang. MAkan macam ni panas-panas ..dengan kat luar yang sejuk..memang sajak
Rayyan punya…dia kata sedap. Sedap lah tu sebab dia makan licin..
Spicy Squid. Ni memang sedap..edas berdesing.Memang kena… tak tau pes sambal apa dia letak.
Afriena and Ashraff order bibimbap. Dorang cakap tersedap. Aku try..memang sedap. Sedap sangat compare dengan kedai Eid. 5 star.

Kami order juga Nasi with grill fish untuk Mei Mei and fried chicken untuk Aqilah. Puas hati makan sini walaupun kena tadah telinga keletang keletung kat dapur…hahaha

Myeongdong Night Market

Tempat yang orang cakap kena pergi. Memang kena pergi lah. Ambik pengalama pasar malam tempat prang. Aku kalau [i mana pun mesti nak rasa vibe pasar malam. Pasar malam tu best. Apa rasa dia.. Rambang mata tengok makanan je hahahah… bab shopping baju ke, itu semua boleh buat kat Hongdae. Sini yang penting makan.

kami naik subway.

LEpas makan kat rumah, baru keluar. Time ni suhu negatif. Sejuk…

beli beli barang sikit
haa nampak tu keluar dari exit 15 ye
sedap jugak..budak-budak suka.siap reapeat beli.
dia sejuk dan lapar… papa nak ambik gambar dulu
corn cheese coin. kena beli..budak-budak ni cakap,ada dalam squid game. betul ke… mama tak tau. mana yang halal mama beli
pancake, Ashraff and afriena pi beli..
pastu singgah kat Jorean mart. beli serbuk teh. Boricha…Corn tea, red tea..

Habis pusing pasar malam, barulah pi cari makan. ..

Bila tengok gambar..serious rasa nak pergi lahi.. hahahah

Halal Food Seoul :Gosame in Hapjeong

Part berapa dah eh… ohh part 11.. lepas main ice skating settle apa yang patut, kami ke Hapjeong. Lapar nak makan Nak ke Hapjeong senang je, naik train dari Cityhall. tengok je lah line berapa.

dah sampai depan kedai… cepat masuk..sejuk yang amat.

So sekejap je dah sampai… Sampai sana nampak kedai buah. Murah-murag pulak tu ..huhuhuhu takpe leas makan nasi, baru kita singgah ye. Dari ttain station nak ke Gosame kena berjalan sikit ke tempat makan. Tak jauh dalam 5-10 minit bergantung kepada kelajuan berjalan. Ssampai sana, masuk ambik tempat duduk order.

dapat meja, so nak order guna skrin tu je…menu ada dlm 7 kot..ke 8. satu menu datang dengan nasi

Order kat skrin dia. Kami order 7 meal sbb nak rasa semua hahaha… tu pun bukan semua menu kami order. bila dok dalam tempat sejuk lapar dia lain macam.

sampai je makanan, apa lagi kami makan lah…. sedap nya ya allah. mungkin pada orang lain biasa- biasa je, tapi bagi kami sedap sebab kami suka ikan, sotong ..dan Michko pemakan daging. bulgagi tu macam dia sorang makan.

bancgan and free refill

aku rasa, tuakang yang serve tu mesti terkejut sebab ikan semua kepala dia hilang, hahahah ikan mackerel bakar dia sedap tak terhingga, menggigit kepala. juicy, berlemak. dengan spicy squid dia yang rasa pedas manis. Manis cili dia tu sedap. Combined plak dengan sundubu jjigae. makan masa tengah berasap tu.. adoiii..

berkepit je ngan kakak

Kalau tanya aku, kalau pergi Seoul lagi sekali, insya Allah akan repeat. Kami suka..kami suka.

order ni dua set each. cuma ikan tu beza. Spanish mackerel and maxkerel. Selalu ikan ni kalau beli aku bakar je kat rumah. memang sedap.
sundubu jjigae
enjoying our dinner
mesti dorang pelik kenapa kepala ikan habis

Lepas makan… kami melangkah pergi, ye lah sesudah membayarnya… melangkah pergi ke jalan pulang. SEbab dah penat gila… Sempat lagi singgah kedai buah tu beli strawberry, limau dan anggur. Bagi aku, murah lah compare kat grocery tu. tapi jangan convert. Jangan sesekali korang convert harga kalau travel.nanti pedih memilu hati tu..