Category Archives: Uncategorized

Tawaf Wida

kaabah

dah nak balik dah….

Dah nak balik dah. Gambar kat atas tu rasanya diambil sehari sebelum kot. Since I period, maka Afriena kena ikut papa dia lah solat. Dorang kebanyakan waktu solat kat sini rasanya. Cuma pernah jugak masjid penuh, kena solat kat kawasan tangga. Solat kat sini dengan anak anak tak susah sebenarnya. Tak sesusah kat sini. Kalau kat sini, budak duduk satu saf ngan orang tua pun tak boleh. Disuruhnya duduk belakang .alasan budak tak boleh satu saf dengan orang tua nanti putus saf. Macam mana lah nak didik anak anak sukakan suasana masjid kalau pakcik pakcik tua dah buat gitu. Kat Makkah budak budak di layan baik. Ashraff n Rayyan asyik kena kiss je. Afriena pun sama. Balik mesti dapat sweets.itu yang tambah seronok tu.

akhirnya…hari Isnin adalah hari perpisahan kami dengan Makkah. Sedihnya. Since flight kiterang pukul 10, maka kiterang kena sampai sana 3 jam sebelum. Makkah ke Jeddah 2 jam perjalanan. Jadi pukul 3 pagi dah kena naik bas untuk ke airport. Untuk itu. Kami merancang pukul satu bag semua kena bawak turun pukul 1 sebab, pukul 1.30 kena ke masjid untuk tawaf wida.

Tau apa itu tawaf wida?

Tawaf Wida ialah tawaf yang diwajibkan bagi seseorang yang ingin meninggalkan Makkah, sebagai Tawaf Selamat Tinggal.

Jadi kami ke masjid seperti di rancang. Kheirul Ashraff n Afriena pergi tawaf sementara I tunggu kat luar. I just lambai dari luar. Jadi I cuma tunggu liar masjid depan KFC. Kejap je tak lama dalam 45 minit siap dorang. tapi sementara menunggu, buatlah apa yang patut. i riba Rayyan yang tido sambil jaga kasut, sambil pandang masjid sambil perati peminta sedekah. Kat sini banyak peminta sedekah. Peminta ke pemaksa sedekah. Macam orang somalia. Dorang suka paksa anak dorang secara kasar untuk minta sedekah. Seriau tgk macam mana sorang peminta sedekah yang tarik tangan anak kecil yg sambil meranagkak terus ke bahu untuk di dokong. Anak kecil tu nangis pun dia buat dek. Nak je aku sound ke apa. Tapi sepanjang pemerhatian, memang sindiket ni. Kalau kita berjalan sambil bimbit handbag, memang cepat je datang, tak kasi kalu dia marah. Dan jemaah sekalian sila jaga duit dan beg. Pi masjid tak payah bawak banyak duit, sbb dorang pandai copek poket.  Ada insiden masa kiterang tunggu bas, ada peminta sedekah, kesian tengok muka dia. Minta sedekah ngan I, dia kata lapar tak makan, so sebab dia kata lapar tak makan, jadi saya offer dia roti dan air, dia tak nak..dia nak duit. Nampak tak agenda dia. Apa yang I nampak dia tak minta dengan orang local atau peniaga, dia minta ngan orang lusr. Time tu lah ada polis datang halau peminta sedekah. Bukan halau je siap kasi penampar. Huhuhu dia tak kira dah laki ke perempuan.

dah habis tawaf wida, kiterang balik ke hotel. Kheirul sorang je naik, while I tunggu kat bawah. Kalau dah tawaf wida, tak boleh dah nak masuk bilik tido, nak pergi shopping bagai… Ni kira dah nak balik dah. Tapi macam kiterang sejam lebih lah menunggu drebar bas datang. Bila bas dah datang, setengah jam jugak tunggu dalam bas , baru jalan sbb nak susun bag, air zam zam semua kan. Kirakan pukul 4 baru jalan. Memang solat kat airport lah jemaah semua.

Dah sampai airport, check in pastu lepak nak tunggu flight. Rasa macam lama sangat menunggu .

rasanya ni episod umrah dah habis dah kot. Next I nak share tips je.

Hospital Again

After two weeks…. Sabtu lepas kena pergi jumpa doktor lagi. Follow up.  Kalau ada appointment ngan doktor haru lah pepagi kena keluar sbb first come first serve basis.Pukul 8.30 sampai, dapat nombor 6. Bagus jugak …boleh melepak makan kat cafe tu.Kena melayan bidak budak makan. Masing- masing amik omelette. Me n husband amik nasi lemak…kongsi je. My first nasi lemak for 2014. Makan sikit je pun…sbb tak berap umph.

Dah abis makanun dah  dekat pukul 10 baru naik atas. Kebetulan terserempak dengan kawan lama. Masa kay gynea pun jumpa dia gak… Hahaha kebetulan gynea sama, paed sama gitu.Maka ada benda nak buat time menu ggukan. bersembanglah kita, while boys tunggu kat luar, sbb ada tv.  Pukul 11 finally dapat jumpa Paed.Sebelum tu…kena timbang Afriena dulu. Berat dia camtu jugak tak naik pun.

spital

bila dah jumpa doktor…. Banyaklah yang di ceknya. Sebab Afriena ni selalu demam, doktor nak bagi dia flu vaksin, tapi Afriena tak nak. Hehehe… Cakap kat doktor, next follow up lah, inject dia.Cuma sekarang dia kena buat maintenance paru-paru dia and makan supplement untuk berat badan dan rambut dia. So sekarang setiap hari dia buat puff sendiri lah. Dulu 4 kali sehari, sekarang 2 kali sehari pastu sekali sehari. Next month nak travel, kena bawak lah nampaknya chamber and puff dia.

dah habis consult dengan doktor , laju je Afriena lari ke pintu…amboiii takut sangat nak lena inject, tapi doktor panggil dia balik… Amboi sayang..tak nak salam doktor ke?…. Hahaha Afriena salam, pastu doktor siap tease dia lagi. Kita inject nak? Terus muka berubah nak nangis. Itulah Afriena, masa hari tu pi amik vaksin pun dia satu klinik kasi gegar nangis. Act, doktor tu dah treat Afriena since 3 bulan lagi, doktor pun dah kenal dia. Masa dia 3 bulan dulu pernah masuk spital gak sbb  pneumonia. Umur 3 bulan lagi dah kena xray sbb paru- paru dia bengkak.  Lepas tu masuk lagi spital, masa umur 3 tahun….sekarang bila darjah 3 , kena plak macam ni? Tapi Afriena beruntung lagi sbb ada setengah budak tak boleh bersukan langsung, tapi Afriena masih mau bersukan, siap dengan kelas Taekwondo lagi kan.