Category Archives: Speak Out

Nasi Lemak oh Nasi Lemak

Burp.. Alhamdulillah kenyang. I makan nasi lemak hari ni. Tapi bukan nasi lemak seperti yang di atas. Yang kat atas ni, Nasi lemak yang I masak dengan penuh kasih sayang dan kemewahan cinta dan lauk pauk. Apa mengarut dah pepagi.

Actually nak citer pasal kantin sekolah agama Ashraff. I tak berapa bersetuju lah dengan barang makanan yang dia jual. Takde satu pun makanan yang berkhasiat. I selalu dok lepak situ,tengok apa yang dia masak biasalah gua kay poh kalau bab makan ni, sebab nanti anak gua pun nak makan kat situ. Dia takdelah masak beriya cuma ada hot dog goreng which is so oily sebab dia deep fry, crab fillet goreng bermintak dan nugget. Semua berminyak. Kenapa bab hot dog tu instead of goreng, kan boleh boleh je boil or steam. Lagi jimat minyak.Kementerian doklah nak ban nasi lemak tapi makanan lain tak plak pikir. Mungkin Cara pemasakan perlu di ubah. Instead of goreng, ubah kepada boiling, steam or roasting. Tapi kalau sekolah agama tak tau lah guideline makanan macam mana kan. Kalau kat Sekolah cina Ashraff , I tak check sangat sebab memang Ashraff tak bawak duit pun

Selain dari makanan bergoreng yangberminyak tu, dorang ada jual junk food. Punyalah kedai dia penuh dengan junk food. Gula-gula apa lagi penuh beb kat situ. I dok terpikir plak, takkan time rehat bebudak makan junk food ? Junk food for their breakfast? Air? Dorang minum air kaler-kaler, kekadang air kaler kuning, kaler pink or air gas.I perhatikan, ramai bebudak pergi sekolah tak bawak air masak. Ada 5-6 orang je. Sepatutnya air masak tu perlu adakan.

As for Ashraff, memang every morning I wake up buat breakfast untuk bekalan. Untuk husband pun ada (tu kalau dia request). Simple breakfast for him.

  • Cheese Sandwich ( Roti kepit dengan cheese)
  • Cheesy egg sandwich (Sandwich telur dengan cheese)
  • Chicken sandwich
  • Hot dog + scramble egg
  • Bread with nutella/ butter/peanut butter

I just  buat simple-simple, masak sambil tidur hahaha, tapi yang penting dia makan healthy food. Selalu dia makan habis. And tengah hari I bawak bekal lunch untuk dia makan kat Sekolah Agama gak then terus ke Sekolah cina alsa with bekal. Bila tengok kantin jual benda yang tak sihat, hati I terdetik macam nak take over kedai, and let me jual benda yang sihat. Instead of jual air kaler-kaler mungkin boleh jual juices,milk , milo or yogurt drink and for sure mineral water. Pasal harga, Air kaler-kaler tak khasiat tu pun dia jual RM1. So what’s the matter?

Kalau ada orang kementerian kesihatan baca, silalah buat sport check kat kantin-kantin sekolah bukan sekadar bercakap ala-ala kat kedai kopi. Our kids is our future. Because of those food, they might get macam-macam sakit at their young age. Diabetes, Kidney problem, Obesity and high blood pressure.

Please please please

 

ELAK SAMBUT VALENTINE’S DAY

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut. Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai atau dikasihi.

Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantik, yang mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa bungkusan coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan ‘I wish you will be my valentine’ kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Ini tidak menghairankan kerana budaya ini sememangnya diimport dari budaya barat yang bersifat serba boleh dan hedonisme (menurut hawa nafsu).

Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasangpasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah perayaan? Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology and History of First Name).

Continue reading