Category Archives: SawaTalks

Phuket: Bang Mud Seafood Restaurant

Tempat ini, kalau sapa pergi Phuket, MESTI pergi Bang Mud. Kenapa kalau you all tanya kenapa? Sebab Masakan dia sedap, lokasi dia memang menarik tertarik dan Seafood dia boleh pilih hidup-hidup. Pilih ikan, sotong, udang segala jenis binatang lah hidup-hidup. Kanak-kanak riang memang suka lah makan kat sini, Bukan makan mana pun sebab diorang banyak bermain je .Kiterang ke Bang Mud, lepas melawat kawasan…ceh ceh bukan lepas balik dari Phuket Premium Outlet . Tapi terus terang I cakap kalau sapa nak pi PPO sangat-sangat, pikir lah 5 6 kali sebab sangat tak best. Lagi best JPO. Barang yang di jual tak menarik langsung. Kalau menarik pun kedai Adidas. Pastu tak banyak kedai. Boring boring boring. Tak beli apa pun. Memula nak beli kasut Afriena, semua saz takde. Semua cakap ni last piece. Arghhh tak suka

OK lah kalau tanya mana Bang Mud Resaurant, ha sini lah nak cerita. Nak ke sana, off course lah kitarang drive je. Sampai ke jeti sebab kena naik boat. Kereta parking je kat situ. Naik boat penambang  yang macam horror hahaha tapi tak lah jauh 5 minit je, I ingat kalau berenang dalam sejam sampai lah kot. Bang Mud ni restoran terapung. Local pun ramai makan sini. Ni memang sangat sedap lah masakan dia.

Ni jeti dia. huhu memang adventure. Maaf tiada speed boat

 

Haa macam ni cara naik boat.

 

yeay dah sampai….

salah satu tempat simpan ikan. Dia banyak lubang. Ada macam macam pilih je..

 

Ni lagi kolam… banyak lubang lubang macam ni…

Kheirul n MIL yang pilih menu, I makan je, sebab tak leh nak fokus  dengan keligatan Rayyan. Dia ni terlebih berani. Kalau kat swimming pool adult pun dia boleh terjun, apatah lagi laut yang luas ni. Tengah baru nak tengok menu dia dah dok tepi air. Nak cari ikan.  Rayyan ooi taulah awak boleh berenang, terapung menyelam, tapi itu laut nak. Dalam tau.So kita tunggu apa yang dorang order. Sebab dah pukul 3 lebih kot makan banyak dah menu habis. Sayur habis, air kelapa habis…nasib baik tomyam tak habis.

Haa dah sampai tomyam dia

SEDAP SEDAP SEDAP. Cukup rasa pedas meletup dia, masam dia, manis dia semua cukup. Memang sedap tak terkata. Licin kiterang makan. Ashraff n Afriena yang tak makan pedas boleh makan lepas tu…muka merah mata berair pedas. Orang siam , mana boleh tak makan pedas. MIL pun cakap tom yam dia sedap sangat. Ada sotong Udang and Ayam kot. Tomyam campur.

Sotong Goreng Tepung

Menu wajib ni sebab semua suka. Rasa dia? Kerak dia saja dah sedap inikan pula sotong nya yang segar manis isinya. I makan satu ketul je, sebab tengah syok nak makan, Rayyan nak berak. Hish pantang betul lah, tengah makan masuk toilet. Memang rosak mood lah… Nasib baik ada toilet nasib baik toilet bersih. Tapi mood lari lah kejap…

Kerapu Sweet Sour

Punyalah besar ikan dia, nasib baik dapat perabih. I lah yang perabih.. Ikan dia memang manis fresh giler. Mau tak fresh, tangkap hidup-hdup siang terus goreng. Kena plak dengan kuah dia yang masam manis. Terbaikkk. Huhuhu nak pergi lagi lah. Habis makan terus bayarlah sebab kitarang nak balik hotel nak solat. Tengah Kheirul membayar, I pun tengok resit dia, sekali dengar bunyi bummm… Bunyi ada orang jatuh dalam laut. I tak tau sapa tapi nampak macam budak, Terus I pekik dan berlari. Nasib baik budak yang jatuh tu cerdik, dia sempat pegang pukat. Haih anak sapa la yang nakal ligat sangat. Budak tu jatuh dalam kolam ikan apa tah, Ikan pun takut ngan budak tu. Tapi budak tu tak nangis pun, sebab dia pegang pukat sambil mintak tolong. Nasib baik lah I ni cepat, tapi budak tu berat sikit,  nasib baik brader sebelah tolong tarik. Sekali tarik tengok

Budak ni yang jatuh dalam kolam

Laaa Rayyan, I celup balik haa nak sangat main kat tepi. Heee geram , kelakar, terkejut semua ada. Dia tergelincir sebab licin kot. Takde kecederaan, cuma kaki kena gigit ngan ikan je. Hish Rayyan ni, nasib baik dalam kolam, kalau dalam laut luas tuh? Memang lah mama awak akan terjun selamatkan awak, tapi jangan lah buat macam tu lagi, kecut perut mama Rayyan. Bukan senang nak beranak ooiii… Lepas dah angkat dia, Kheirul bawak pergi mandi, siap ngan bedak lagi tokey kedai tu kasi. Tu muka sebab terkejut lagi tu. heheh semua orang dok tanya itu ini ada yang gelak ada yang bebel kat anak memasing heheheh…. kalau jadi macam ni, syukur je , jangan salahkan sesapa. Dah nama budak. Kena plak budak yang berani, jenis tak takut air.

Ni tempat dia jatuh…gambar di ambil sebelum kejadian

 

selepas kejadian. Rayyan jadi artis terkenal. Semua datang tengok dia, tanya itu ini

Kalau tanya dia pasal ni, Dia ok je cerita siap cerita kena gigit ngan ikan lagi tuh. Balik tu tuggu bot, Masuk kereta terus tido.Ingatkan Rayyan dah kecut perut fobia ke apa, Balik tu ingat nak mandikan dia, selawat kan, ohh tidakkk Sampai bilik boleh di ajak pergi swimming. Masa swimming plak, dia panjat birai swimming pool kira-kira 5 kaki tinggi, terjun masuk swimming bebudak yang dalam sampai tengkuk dia. I pening melihat anak kecil yang tak tau takut. Hanya mampu giling kepala and marah dia. Pastu pantang lepa mata, dia buat lagi. Tengoklah Rayyan nanti mama hantar kelas diving. Nak terjun sangat haa terjun dalam kolam besar betul…nak tak?

Kalau sapa nak ke Bang Mud inilah alamatnya… MESTI makan sini. Sebab Sedap.

Charoen Seafood (Bung Mud)
73 Near Laemhin, Laemhin Road, Koh Kaew Subdistrict, Mueang Phuket DistrictPhuket Town, PhuketThailand 
 
Note: Sapa yang takde kereta tu boleh naik tuk tuk ke, dia hantar lah nanti. caj dalam B400-B500 one way. 

Southville City @ KL South

Ini Adalah Posting Berbayar

sv1

Sabtu, 30 November 2013. Sekali lagi saya dapat jemputan untuk menghadiri hari perlancaran Southville City yang akan dimajukan oleh Mah Seng Group Berhad yang terletak di Bangi Selangor. Sebelum saya cerita panjang, mari kita tengok apa yang menarik dengan Southville City ini.

Southville City dibangunkan diatas tanah seluas 420 ekar yang berstatus pegangan bebas (Free Hold). Ianya dibangunkan dengan bercirikan kehidupan moden dan mempunyai segala kemudahan asas dan perkhidmatan didalam satu bandar yang dirancang dengan rapi. Hanya 15 minit sahaja untuk ke kotaraya Kuala Lumpur melalui rangkaian lebuhraya Utara Selatan.

Bukan itu sahaja, pemaju juga masih lagi mengekalkan konsep hijau dengan memelihara sejumlah 20 ekar hutan hijau didalam kasawan persekitaran Southville City yang berpagar keseluruhannya dengan kawalan keselamatan yang sempurna. Selain daripada itu kemudahan-kemudahan lain tidak dilupakan seperti jogging track, laluan basikal, kemudahan rangkaian kedai, sekolah, surau, masjid dan sebagainya.

sv2

Jika kita tengok kepada master plan Southville City seperti gambar diatas ini… ianya sungguh menakjubkan. Kepada sesiapa yang ingin melabur dari segi hartanah, ini adalah lubuk emas masa hadapan.

OK… kalau nak cerita semuanya…. Tentu panjang ceritanya. Kali ini saya hanya nak cerita pasal Suites Eksekutif Savanna. Ia merupakan rangkaian 4 blok Suites Eksekutif 28 tingkat yang dilengkapi dengan segala kemudahan. Nyatakan sahaja apa kemudahan yang ada….. Kolam renang, Jacuzzi, gym, kawasan mainan air, taman refleksologi, dek yoga, taman herba, kawasan BBQ, dewan serbaguna, nursery kanak-kanak, taman permainan.. bla.. bla.. bla… huuhhh…..

Mari kita tengok pula setiap unit Suites Eksekutif ini.. Ia berkeluasan 956kp untuk Type-A dan 1017kp untuk Type-B serta 960kp untuk Type-C. Harga pula bermula dari RM34x,xxx  dan keatas.. ngehh!! Ngehh!!

sv3

Dibahagian sebalah bawah setiap blok pula ada rangkaian kedai-kedai yang menawarkan barangan dan perkhidmatan kepada penghuni Suites Eksekutif yang serba mewah ini.

sv4

Tengok gambar atas tu… Floor plan untuk Type-A. Cantik susunan dia. Dan sebelum saya mengundur diri, mari kita tengok beberapa gambar yang sempat saya ambil dari rumah contohnya.

sv5

Ruang Dapur dan Ruang Makan

sv6

Bilik Bacaan

sv7

Bilik Utama dan Bilik Persalinan

Sebagai penutup, sekiranya ada dikalangan anda yang berminat boleh terus melayari:

Segala maklumat terdapat pada link diatas.

 

Sekian.

 

Nada Alam, Perumahan terbaru dari Seri Pajam Development

Ini Adalah Posting Berbayar.

Rumah. Kini rumah menjadi satu keperluan asas untuk kita semua. Dengan peningkatan harga rumah yang sekian meningkat dari tahun ke tahun dengan permintaan yang tinggi untuk memiliki rumah sendiri adalah menjadi satu idaman bagi kita semua. Jadi, apa tunggu lagi. Baiklah kita merancang  untuk memiliki sebuah rumah idaman secepat mungkin sebelum harga rumah meningkat lebih tinggi.

sp1

Pada hari Ahad yg lepas, saya mendapat jemputan untuk menghadiri satu majlis pelancaran satu projek taman perumahan yang baru yang terletak di Pajam, Negeri Sembilan yang telah disempurnakan oleh Dato’ Hassan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia.

Pada mulanya ingatkan Pajam ini jauh tetapi jangkaan saya meleset.  Dengan menggunakan Lebuhraya PLUS dari Toll Sungai Besi, saya hanya perlukan kurang dari 45 minit untuk sampai ke Pajam melalui exit Nilai. Dan tapak perumahan Nada Alam ini betul-betul dekat dengan exit Pajam sekiranya melalui Lebuhraya LEKAS. Jadi akses lebuhraya memang mudah sekali.

sp2

Setibanya saya di Sales Gallery Nada Alam, kagum sekejap dengan konsep perumahan dalam taman yang berkonsepkan alam semulajadi ini. Seluas 160 ekar dengan 13 ekar khusus untuk mengekalkan kehijauan alam semulajadi dan berstatus “Pegangan Bebas” menjadikan lagi perumahan Nada Alam ini lebih bernilai tinggi untuk palaburan.

sp3

Saya tiba agak awal juga dalam jam 10 pagi tetapi sambutan pada hari pelancaran sungguh meriah sekali. Tak sangka ramai yang sudah berada disana dan berpusu-pusu untuk melihat sendiri perancangan perumahan yang telah dirancang rapi oleh Seri Pajam Development Sdn Bhd untuk projek perumahan Nada Alam ini.

sp4

Ini adalah model rumah 22×70 rumah teres yang ditawarkan dengan harga RM472K. Tentu ada yang bertanyakan tentang ciri-ciri keselamatan kan. Terdapat 3 tahap keselamatan iaitu Pengawal Keselamatan (Pak Guard), kedua kamera CCTV dipasang dimerata-rata tempat dan yang ke-3 Pagar parameter fencing disekeliling kawasan perumahan ini. Selain daripada itu di dalam rumah pula dibekalkan dengan system penggera atau Alarm System, smoke detector, pemadam api dan sebagainya.

sp5

Jangan risau pasal kemudahan awam. Semuanya sudah tersedia dan dekat-dekat belaka. Lebuhraya, pasar-pasar besar, sekolah, university, Nilai 3 untuk shopping. Semua dekat belaka.

sp6

Selesai sudah majlis perlancaran yang telah disempurnakan oleh Dato’ Hassan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia. Apa lagi.. saya terus pergi melawat rumah contoh disana.

sp7

Tersergam Indah

sp8

Ruang Tamu yang luas

sp9

Kamar Utama yang selesa

sp10

 

Tidak Terkata… Dalam hati apa yang saya boleh ucapkan adalah “Alangkah untungnya kalau aku dapat memiliki rumah sehebat ini” itu saya yang dapat saya ungkapkan disini.

Jadi kepada semua yang ingin dapat maklumat lanjut lagi.. sila lawati www.nada-alam.com.my.

Cepat.. miliki rumah idaman anda dengan segera.