Category Archives: Vegie & Salad

Resepi Lontong

Mood raya belum habis. Nak makan lontong plak. maklumlah kat Kelantan mana ada lontong. ramai tak makan. I memang suka lontong. My pinggan lontong mestilah lebih sayur, kurang lontong. Paling sedap lontong I makan adalah lontong Mak Long saya yang dok Singapura. Oleh kerana lontong dia sedap. I tanya lah resepi nak buat kuah lontong. Dulu I ingat dalam kuah lontong tu dia letak nangka muda sedap. Tapi masa kat Tesco, I tak jumpa nangka muda. Oh ya you all pernah makan lontong paku? hahahah lontong paku maksudnya kuah lontong dia sayur pucuk paku jer. I tak pernah makan.

Resepi kuah lontong seperti dibawah ye

INGREDIENT

  • 1 kotak santan
  • 5 batang cili kering -kisar
  • 1/2 genggam udang kering – kisar
  • 1 biji bawang besar -kisar
  • 3 biji bawang putih kisar
  • 1/2 inci halia – kisar
  • 1/2 inci lengkuas kisar
  • 2 batang serai – 1 kisar , 1 ketuk
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 5 cawan air
  • 1 batang lobak merah – potong macam batang mancis
  • 15 kacang buncis- potong serong
  • 1/4 biji kubis, dihiris kasar-kasar
  • 1pkt suhun
  • 2 keping tauhu,  – goreng dan potong 9
  • 1 keping tempe, potong sebesar ibu jari – goreng
  • 4 keping fu chok – rendam
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 keping asam keping
METHOD
  • Tumiskan bahan kisar  bersama serbuk kunyit dan serai yang diketuk hingga garing
  • bila dah garing, masukkan air,santan dan asam keping
  • Bila nampak dah panas, masukkan fu chok dan lobak merah, masak hingga empok
  • Dah empok bolehlah masukkan semua sayur , suhun tempe dan tauhu
  •  rasakan garam dan gula, kacau sebati tutup api
  • sedia dihidangkan dengan sambal sotong, serunding kelapa dan lontong.
  • Takde lontong pakai nasi impit pun boleh

 

Cucumber Raita with Mint

Kat rumah sekarang ni, Chapati and Naan dah jadi macam makanan wajib masak . Seminggu sekali mesti masak.  Kalau buat Naan mesti buat capati jugak sebab I suka Chapati.Buat Naan senang je, kalau nak resepi boleh jenguk kat sini. Chapati pulak, tak payah lah resepi. My resepi simple sangat, I just letak garam sikit dan uli atta dengan air sampaijadi doh. Kalau my mum dia letak ghee sikit. Tapi Ghee bukanlah barang wajib kat rumah like my mum. Dia kan half chinese half pakistani/arab.

So kalau buat Naan, lauk wajib adalah tandoori chicken.resepi kat sini. Pastu buatlah kari ayam ke, kurma ayam ke. Sedap

And this time I buat Raita timun dengan pudina. Senang je. I suka tapi orang lain tak suka. Mungkin takde darah Pakistan /India/Arab kot hahahaha. Resepi nak buat Raita

INGREDIENT

  • 3 sudu yogurt (yogurt tanpa perasa ye)
  • 1 batang timun, buang biji dan kulit, potong halus
  • 1 sudu pudina yang di racik
  • 1 sudu kecil garam masaala
  • garam secukup rasa

METHOD

gaulkan semuanya dan sejukkan, Pastu makanlah dengan roti ke, nasi ke…pekena plak dengan kari pekat. sedap

Sayur air labu dengan pucuk manis

Resepi paling simple and semua orang suka. Selalu kalau takde labu I guna keledek, pun sedap. Senang je masak. Paling suka masak ni pastu makan dengan ikan goreng then ada sambal belacan. GIler sedap tak payah lauk lain.

Resepi dia seperti di bawah

INGREDIENT

  • 1 ikat kecil pucuk manis
  • 1 mangkuk kecil labu manis
  • 1 genggam  ikan bilis
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil biji lada hitam
  • sedikit air
  • garam secukup rasa
METHOD
  •  tumbuk bawang bawang, ikan bilis dan lada hitam
  • tumis bahan tumbuk hingga naik bau
  • masukkan air, bila mendidih masukkan labu
  • masak labu hingga empuk
  • masukkan pucuk panis, biar mendidih sekejap, rasakan garam dan tutup api