Category Archives: Fish & Seafood

Patin Masak Tempoyak

Kat rumah ni asal ada patin mesti tempoyak. asal patin mesti tempoyak. dah tu ada 2 penggemar patin. Masak-pedas-pedas sikit, masam tempoyak sikit dengan ikan yang berlemak..fuhh memang syok. Ikan ni berlemak kat perut. Mesti ikan ni malas nak exercise. Kalau patin buah mesti lagi sedap. Yang kiterang beli ni Patin Sangkar, beli yang hidup lagi,  beli kat tepi Sungai Pahang kat Termeloh.

Geram tengok patin ni… nampak ada tempoyak yang MIL kasi…harus buat ni. Kali ni I buat resepi masak asam pedas kelantan yang letak kunyit lengkuas tu, then campur tempoyak. Selalu masak style yang my SIL ajar, tak pakai bawang. Saja nak try.sedap gak. ,Tapi yang ni kurang pedas. Bulan puasa takleh makan pedas sangat nanti pedih ulu hati.Ada lagi sepeket ikan nak masak. Masak 2 ketul ni 2 hari punya makan tau sebab besar sangat.

Resepi Patin asak Tempoyak

INGREDIENT

  • 2 ketul ikan patin
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit
  • 1 genggam beras- direndam air 10 minit
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 2 biji cili merah- nak pedas tambah cili padi
  • 3-4 tangkai daun kesum
  • 2 sudu tempoyak
  • 1 keping asam keping
  • 3 cawan air
  • garam dan pati ikan bilis secukup rasa
METHOD

  • Tumbuk beras sampai lumat, lepas tu tumbuk, cili, bawang, lengkuas dan kunyit sampai lumat
  • jerang air , masukkan bahan tumbuk dan tempoyak
  • kacau sampai mendidih dan rasakan garam ,pati ikan bilis dan asam keping.
  • BIla sebati, masukkan ikan,
  • Masak seketika sampai ikan masak dan taburkan  daun kesum
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan
Note: I masukkan semua perasa  baru masukkan ikan sebab ikan ni senang hancur, jadi bila ikan dah masuk periuk kita tak payah nak kacau dah. Klau ada daun kersing, lagi sedap buat masuk dalam gulai ni.

 

Ikan Saba Makerel Percik

Hari kedua puasa…. buat percik lagi… Haiihhh. Percik ni senang sangat mak buat. Cuma yang ni percik kuah putih. Kali ni buat dengan ikan Saba Makerel. Ikan Saba ni rasanye datang dari jepun, tapi tak tau la kot kot kat sini dah ikan saba. Hari tuh Kheirul pergi pasar cari kelapa parut. Dah alang-alang pi pasar dia wat balik ikan 3 jenis. Terubuk yang dah selamat dibuat asam pedas, 11 ekor ikan bawal, dan 6 ekor ikan Saba. Dia kata tengok ikan saba terus teringat bini yang suka makan ikan ni. Amboii tengok ikan terus ingat bini…

So… bila dia balik, dia siangkan terus I kerjakan ikan tuh. Masak kuah dia, and at the same time bakar ikan dalam oven. Dah dekat nak masak, baru percikkan kuah tu atas ikan and bakar lagi untuk beberapa minit kasi kuah tu meresap. Huishh kalau dok kampung, mesti I dah kerjakan dengan arang dah ni… baru rasa real kan… Buat 2 ekor je, cukup lah 2 orang makan sebab anak-anak makan spaghetti.

Ikan percik, sambal tempoyak dan paprik campur. Ok tak? Sesapa yang nak resepi Ikan Percik bolehlah CLICK KAT SINI

Ikan kembung masak asam rebus dengan peria

Kalau tengok gambar asam rebus, mulut ni rasa dok kecur menahan air liur. Asam rebus, nasi panas, ikan goreng, ulam dan sambal belacan, memang complete set. Selalu mak kite buat asam rebus, dia letak nenas, kekadang kangkung. sedap. Ikan pulak guna ikan kembung,kerisi tak pun ikan selar. NI khamis lepas, belek-belek blog jumpa asam rebus abang mat gebu letak peria katak, mana nak cari peria katak kat sini, peria biasa adalah dalam fridge. So apalagi try je la.

Resepi abang mat, takde letak serai, tapi I letak sebab memang mak kite masak asam rebus letak serai, lagipun serai kat rumah berlambak, pening kepala pikir macam mana nak habiskan. Agak-agak serai buat jus boleh tak?, Serai ni bawak dari kampung. bukan main banyak dorang kasi.

Bila dah masak, yummy sedapnya, rasa pedas, rasa belasyan (read:belacan),rasa asam, rasa serai, pastu kena plak ikan kembung besar, waduh-waduh…lupa jap pasal diet.. hahahah

Resepi dia seperti dibawah ye puan puan

INGREDIENTS

  • 2 ekor ikan kembung
  • 1/2 biji peria -hiris , pastu cuci air garam (I tak buat pun , sbb nanti takde rasa pahit, tak best)
  • 3 biji cili merah
  • 7 biji cili padi
  • 2 inci belacan
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji bawah putih
  • 4-5 biji tomato ceri
  • sedikit kunyit hidup (sebesar ibu jari tukang masak)
  • 2 batang serai – diketuk
  • 2 keping asam keping
  • garam ,gula dan pati ikan bilis secukupnye
  • 2 cawan air

METHOD

  • kisar cili , belacan, kunyit dan bawang bersama 2 cawan air
  • didihkan bersama asam keping dan serai, garam dan pati ikan bilis
  • bila mendidih masukkan peria dan ikan dan rasakan dengan gula (kasi balance rasa sikit)
  • Bila peria dah empuk, tutup api pastu letak je tomato ceri dalam tu, nanti dia masak sendiri
  • sedia untuk dihidang

senangkan masak??? ni kalau da daun kesum sedap ni. dah macam asam pedas plak….ikutlah selera masing-masing. nanti nak try dengan nenas plak.