Category Archives: Special Threads

DIY Powerbox for Kaki Campers

As-Salam kepada semua Kaki Campers.

Disini saya ingin berkongsi cara-cara untuk buat PowerBox DIY. Untuk kaki campers, sumber tenaga amat penting untuk lampu, kipas, charge handphone dan sebagainya. Kebiasaannya, kaki camper akan bawa powerbank banyak-banyak untuk pastikan bekalan bateri/kuasa boleh bertahan untuk jangkamasa 2 atau tiga hari… TETAPI, kebanyakkan powerbank tidak dapat membekalkan kuasa bateri yg besar. So, kat sini saya berkongsi cara untuk buat DIY powerbox yang boleh ikut citarasa kita nak muatkan bateri besar mana, accessories apa dan yang paling penting, puas hati.

Kat sini saya kongsikan PowerBox Basic version dan PowerBox Advance version.

PowerBox Basic version

  • Battery 12volt
  • Fuse
  • Switch 3 leg
  • Volt meter
  • Output – 12v Cigar
  • Output – 5v USB
  • 12v Battery charger

Wiring diatas untuk setup PowerBox paling simple, nak charge, terus charge kat kepada battery aja.

Untuk campers yang otai, kebiasaanya diorang nak masukkan macam-macam barang dalam PowerBox tu dan ingin integrate solar panel dan inverter untuk support peralatan elektrik rumah yang berkuasa 240Volt

PowerBox Advance version

  • Battery 12volt
  • Multi-channel Fuse Box
  • Switch 3 leg
  • Volt meter
  • Battery Capacity Meter
  • Output – 12v Cigar
  • Output – 5v USB
  • Output – 240v 500/1000Watt Inverter
  • 12v Battery charger
  • Solar Controller
  • Solar Panel
  • Accessories
    • LED Strobe Light
    • LED Lights
Wiring diagram untuk Advance Setup.

OK. let’s go detail now… Apa barang yang korang perlukan untuk buat PowerBox ini.

(****Click pada setiap gambar untuk link)

1. KOTAK POWERBOX

Pilihan kotak paling penting. Bagi saya, saya lebih suka pilih kotak yang sedang-sedang jer. Taknak terlampau besar, tapi mampu muatkan bateri pack secukopnya. So saya beli toolbox bersaiz 16″ jenama Marksman. Kotak ni dapat muatkan 4 biji bateri 7AH. So jadi 28AH..

Click to buy this toolbox

2. Battery 12volt

Ada banyak pilihan bateri 12V dari yang murah sampai la yang tahap bangsawan. Kalau yang budget ciput macam saya… sekadar pakai Lead Acid Battery 7AH (AmpHour) pon dah memadai.. kalau yang ada budget lebih boleh la pakai Lead Acid Battery yang AH (AmpHour) lebih tinggi macam 12AH, 20AH dan keatas. Atau boleh pakai DeepCycle Battery kalau nak tahap bangsawan boleh la pakai LiFePo4 battery.

3. Fuse Box

Kalau simple setup boleh pakai fusebox biasa… tapi kalau nak bangsawan skit pakai la fusebox multichannel.

4. Untuk 3-Leg Switch, Voltmeter, USB Port dan Cigar Port

Saya beli 4in1 multi-panel. Sebang semua ada..tapi kalau korang nak custom, boleh jer beli satu-satu….

5. Battery Charger

Battery charger mesti ada untuk charge bateri tu. Saya guna 20Amp battery charger. TIPS: beli battery charger yang ada smart overcharge cut-off. Ini penting untuk pastikan bateri tak overcharge bila dah penuh.

6. Barang-Barang lain yang diperlukan

2.0mm or 2.5mm Red/Black wire – beli kat hardware shop berdekatan lagi murah.

2mm Red/Black Wire

Female Spade Blade Wire Connectors  – connector ni penting untuk sambungkan wayar kepada battery head dan juga kepada perkakasan yang lain

Banana Jack – ni pon penting bertujuan utk charging port dan juga untuk output port ke inverter.

Aplikasi Banana Jack ni macam saya guna dalam gambar bawah ni. Satu untuk connect kepada Battery Charger dan sebelah sana tu untuk output port ke Inverter 240v.

Hasil PowerBox advance, siap ngan battery capacity meter, led sportlight, led strobe ngan multi panel output port.

Kalau korang perasan, saya juga tambah LED Sport light dan LED Strobe Light kat Powerbox saya.

ini LED Sport light memang super terang gila…. puas hati…

Gambar kat atas ni adalah pandangan dari atas.

Saya juga tambah Battery Capacity Meter dan Banana Jack untuk charging dan output ke Inverter

Battery Capacity Meter

Bateri Capacity meter ini penting untuk info berapa banyak bateri yang tinggal. Tak wajib ada untuk powerbox, tapi ia sangat membantu.

Gambar yang ini pula, macammana saya susun wayar dengan kemas dan rapi serta saya guna 4 channel fuse box. Tips: ikut jer wiring diagram yang saya sertakan kat atas tadi…

Dan akhir sekali, saya juga pakai Solar Panel dan Solar Controller.

Solar Panel

Solar Controller – Solar controller saya guna 30A punye.

Paling akhir sekali, kalau korang nak sambungkan Powerbox ini ke peralatan elektrik rumah yang berkuasa 240Volt, korang kena tambah INVERTER. Carilah inverter 500Watt dah memadaai. Tetapi kalau nak 1000Watt pon lagi bagus. Cuma kena ingat satu aja, lagi besar watt inverter ni, lagi cepat la battery korang abis…..

Power Inverter 1000W

Dan inilah hasilnya, saya pakai 4 biji battery 7AH, Solar Panel dan Controller, 4 Channel Fuse Box.

TAMBAHAN

Ada orang tanya saya, macamana saya tebuk lobang bulat tu…. Saya guna drill dan alat ini….

32mm Step Drill

Printcious : Create your own gift

Zaman sekarang ni semua benda online. Like myself, dah jarang dah merayau kat mall untuk shopping. Nak beli baju anak? online je, Nak beli grocery? online je, Beli anak pokok untuk kebun belakang rumah pun , akak beli online. Bukan malas sebenarnya… tapi bila kita beli atau buat urusan secara onine, banyak masa yang kita jimat. Duit pun jimat sebab kita boleh banding harga tanpa berjalan sana-sini. Masa yang terluang ni bleh digunakan untuk bersenam, meluangkan masa dengan keluarga dan juga untuk aktiviti rohaniah. Itu saya lah… kebanyakan masa ke mall adalah untuk aktiviti sosial seperti menonton wayang, makan-makan atau pergi dating ngan Mr Suami je.

Ha ni nak share… actually tengah dok survey nak cari hadiah anniversary untuk suami, Anniversary baru lepas minggu lepas tapi hadiah belum ada, teruk betul bini macam ni… You tell me, bila masa saya ada masa nak mencari hadiah? Normally saya bagi baju ke, belanja makan ke… actually itu je yang mampu sebab kita kan housewife, mana ada duit berlambak, so kita surf je lah sekali ternampak Printcious.. mmm menarik ni…

Boleh design hadiah sendiri. Ini bukan setakat untuk Mr Suami, untuk anak-anak pun boleh ni… Nak tepek gambar family kat hadiah masing-masing… amacam…best boleh design sendiri hadiah harijadi untuk yang teristimewa.

Jom kita tengok apa yang dia ada.. Wahh best jugak e Printcious ni. Macam -macam ada. Kalau click kat Design Your Own tu.. ha macam-macam ada. Dari Tshirts, Mugs, Sticker sampailah ke mousepad. Wow sangat menarik. Ni kalau nak buat untuk hadiah perkahwinan memang kena lah.

Apa yang menarik perhatian saya, Saya nak pilih mug untuk sorang satu orang dalam rumah, pastu letak gambar dorang masing-masing. Ha pastu kalau dorang pakai, mesti macam bestnya.. ada muka sendiri, then kalau jenis yang lepas minum letak atas meja memang senanglah nak cari pelakunya… Rayyan..kenapa tak cuci cawan lepas minum???? Ha itu lah salah satu kebaikannya.

Pastu ada lagi satu yang menarik perhatian, Tshirt. Buat Tshirt gambar family ke kan…. Pastu pakai masa pergi vacation kan? Macam family kami yang jenis kaki nak pi laut je… ha itu bagus. Untuk baby baru plak, kita ambil lah romper and letak gambar tambahan lah untuk dia. Kan kan

Harga setiap produk pun sangat berpatutan. Takdelah mahal dan yang penting boleh design sendiri tak payah menapak cari kedai mana nak pi buat kan. Untuk hadiah aniversari plak … nak buat apa ye, sebenarnya banyak design yang boleh kita pilih, sebab dia ada pilihan untuk setiap “ocassion”. Macam family kami, Bulan September dan Oktober memang banyaklah hari-hari penting. Hari jadi je ada empat untuk kasi hadiah, Satu lagi aniversari plak. Kalau untuk Cik suami dia untung lah, sekali sapu je, gabung je sambutan dia. Jimat duit katanya. Tapi setiap orang nak lah rasa uniknya hari istimewa masing-masing kan? Apa pendapat uolls? Apa yang sesuai? I nampak mug je hahaha… benda yang tahan lama.

haaa Printcious ada pilihan untuk Bulk Order. Ni sapa nak kahwin ada budget besar ke kan, atau nak buat family days 3 keturunan boleh lah order dengan Printcious. Kalau nak buat reunion, ok je kalau ambik macam key chain atau cap atau magnet..nanti boleh lekat kat fridge. Company korang nak buat event ke kan boleh buat cenderamata korporat jugak. Unik Kan?… menarik tu sebab banyak pilihan produk dan design dia.Boleh guna khidmat profesional untuk gambar-gambar menarik dan diabadikan kenangan dekat cenderamata di Photo Booth.

Haaa uolls jangan baca je, cuba click kat Printcious ni, jamu maa, sambil-sambil tu boleh pilih mana yang berkenan di hati. Harga pun takdelah mahal mana, , Benda boleh buat kenangan, kita ambil lah. Kalau uolls masuk website dia macam Weekly Special Promo. JImat tu.. Order lebih RM60 free delivery tau…

Okaylah…. saya nak mereka cipta rekaan untuk mug dan Tshirt lah…. Nak letak gambar family kat Tshirt.. ok tak?

Uolls jangan lupa check it out tau!!!

Nak tidur dah… ok bye…

Lazada: DUIT RAYA SHAKIN’ DEALS

Assalamualaikum semua..

Salam Ramadhan…

Apa khabar kalian semua? Puasa ke tak hari ni hehehehe…dah dekat nak raya ni, baju raya dah beli? Kasut Raya dah beli? Kuih Raya dah tunjuk? Dalam berbelanja jangan lupa yang tak mampu ye, berpada-padalah berbelanja. 

Sebut pasal berbelanja aka shopping, mesti ingat Lazada kan? Nak tanya korang, dalam sehari berapa kali korang “window shopping” kat Lazada? BUkan tak tahu korang ni, Asal boring je, masuk Lazada tengok barang, segala benda nak tengok kat Lazada.. Senangg..

Macam I ni yang ada baby, Lazada lah tempat melepaskan tension. Tengok barang, selalu bukan tengok je, terbeli pun ada. Dia macam addicted tau ngan Lazada..hehehe Ada je nak beli. Baju baby, lampin baby, kasut baby, makanan kucing..semua lah..

Alang-alang korang masuk Lazada, korang join lah DUIT RAYA SHAKIN’ DEALS , Mana tau untung sabut, dapat voucher ke. Sapa nak kasi duit free weiii..boleh buat shopping raya lagi. betul tak?

Korang tau tak macam mana nak join? Meh nak tunjuk

Cara dia seperti di bawah

Mesti kena download app tau dan jangan lupa log in. Kalau tak log in memang tak dapek nak nolong. Takleh nak shake. percayalah sebab I lupa nak log in, pastu tunggu je tak keluar benda

Tengok shedule dia…

Senang tak? Ada 3 sesi untuk setiap kali main deal ni. Cer tengok time dia kat bawah. KAlau korang takut lupa snap n buat wallpaper phone. Setiap sesi ada 5 kali percubaan. goncanglah telefon anda seadanya, tapi jangan sampai tercampak keluar. Ingat tau GONCANG TELEFON BUKAN KOMPUTER, BUKAN NOTEBOOK. Sebab tu dia suruh download app kat Telefon. hehehe

Bukan susah pun, 5.30 pagi, lepas sahur sambil-sambil nak tunggu Subuh, boleh buat, 12.30 tezgah harı time lunch hour (korang jangan pi makan plak) boleh shake. 9.30 malam, sedang elok lepas terawih, boleh lah… itu bergantunglah kalau dah habis terawih kan. pandai-pandai korang lah eh?

I pun dah berapa kali shake hehehe..

oh ya… jangan lupa layan Video Raya Lazada. Romantik gilerr

Jangan lupa tau.. Shakin’ Deals ni bermuda dari 22 Mei hinge 4 Jun, Tak lama dah tu. Sambil-sambil check Lazada jamu mata tengok Riang Ria Raya Sale , boleh lah join Shakin’ Deals. Tadi Pagi , I dah dapat voucher Rm10. hehehe sapa nak bagi..kalau bukan Lazada.