Category Archives: Review & Nice Places

Karipap Gergasi Kapar, Kelang.. Sesuai untuk penggemar Karipap

Assalamualaikum semua,

Semalam, ada orang pesan, karipap kat Klang tu sedap tak? …Saya jawab.. Tengok saiz… memang besar tapi kalau nak tahu rasa kena cuba sendiri la… So.. mengenangkan orang nak makan karipap dan hari ini saya kena pergi melawat kawasan kerja kat Klang… so alang-alang pi Klang.. pecut sekejap ke Pekan Kapar untuk beli karipap…

Bila saya cakap kat teman kerja yang saya nak beli karipap kat Kapar.. diorang semua gelak.. sampai cakap.. karipap kat KL dah tak sedap ker…. Takper…. korang baca posting nih baru korang tahu dan takyah nak tanya kat mana nak beli karipap nih ekkk…

OK…. kita tengok gambar dia dulu

DSC_5320

Hah… tengok betul-betul gambar tu ekk… nampak macam karipap biasa jer kalu closed-up shot.. cuma daging berketul-ketul tu nampak kelainan dia skit…

Ok.. sekarang nih korang buka mata dan tengok gambar kat bawah nih plak…. buka mata besor-besor dan tengok sendiri saiz karipap nih… ok!!

DSC_5319

Hah.. tengok tu… 6 inches long beb…. nak sama besor ngan tangan aku daaa….. dalam dekat 40 tahun saya dah hidup dan makan beratus-ratus jenis karipap sepanjang hidup nih belum pernah jumpa karipa gergasi yang besor macam nih.. kalau orang Pahang cakap.. POHHH PALLLEEEEHHHHHHHH.. BESORNYE KARIPAP TU……

Maleh nak tulis pepanjang…. ni point-point menarik pasal Karipap Gergasi Kapar tu:

  • Ada dua jenis inti. Ayam dan Daging
  • Saiz minimum 6 inci dan seberat lebih kurang 250gram
  • Isi ayam/daging dia berketul-ketul dalam intinya…
  • Intinya padat penuh kenikmatan
  • Makan seketul pon dah rasa kenyang.. tapi saya belasah 2 sekali ngappp
  • Harga RM2.50 satu….. memang berpatutan

Ok…malas nak citer lebih-lebih sebab bukan ada share pon ngan tokey kedai karipap nih.. hehhehe tapi kalu korang nak tahu kat mana gerai Karipap Gergasi ni… cukup senang sekali… berdekatan ngan Masjid Kapar dlm 200 meter (menghala ke Kuala Selangor)

01042013867

Gerai dia kecil jer.. tapi pelanggan memang tak putus-putus. Tokey gerai cakap.. dia akan jual setiap hari sampai jam 6:30 petang or kalau abis awal….. sendiri mau ingat….

 

View Larger Map

German Deli Imbiss Memang Sedap Dan Memukau

Malas nak intro panjang-panjang. Kalau korang nak makan Burger, Hotdog, Steak, Soup, Sandwich bla bla bla bla bla… yang SEDAP, BESAR dan MURAH….. saya syorkan tempat ni…..  German Deli Imbiss yang terletak kat Jalan Kerja Air Lama, Ampang (belakang Petronas)….

Click Gambar untuk ke halaman rasmi German Deli Imbiss

Mula-mula saya sangkakan, mesti mahal kalau kita nak menikmati masakan German yang asli, tetapi sangkaan saya meleset…. kerana harga makanan kat sini semuanya sangat-sangat berpatutan dan boleh dianggap MURAH jika dibandingkan dengan harga restoran makanan segera mekdi….. Kalau tak percaya,…. meh kita tengok menunya…

Tengok la sendiri… berapa harga dia…  sangat berpatutan sangat… standard burger kat sini semuanya bermula dari 180gm… tapi kalau yang rasa dia tu pelahap.. jangan segan untuk mencuba Megaton 1000 Wiggy… 1 kilo daging tu beb.. kasi pecah lu punye perut punye….

hah… kalau sapa-sapa yang senaman muka… saya syorkan untuk cuba XXL JAWREAKER 1 kaki panjang punya… memang terbaik….

Heheh…Kalau yang taknak burger dan hotdog… boleh cuba pelbagai jenis sandwiches dia.. selain drp tu… saya syorkan juga try mee soup 180gm daging dia.. memang sedap sangat… memang pening paler bila nak pilih menu… memang memukau bila tengok menu dia.. tengok yang nih.. nak yang nih.. tengok yang tu.. nak yang tu plak…… tapi kan… JANGAN LUPA untuk ambil side order RM2 dia.. APA!!!! DUA RINGGIT.!!!!…. saya memang tak lupa untuk ambil Mashed Potato dua ringgit dia tu.. memang sedap beb… rugi kalau pi sana tak order yang tu…

Taraaa…. tak sampai 5 minit order… dah sampai… ni kira starter la…. Fries dan Mashed Potato… Mashed Potato tu memang lain drp yang lain… memang sedap, creammy, just perfectly nice… tak terkata sedapnya…

Tengok la si Ashraff tu…. Mashed Potato tu buat pencicah plak ngan fries.. satu kombinasi yg mantap.. fries dia plak memang lain drp yang lain. Rasanya pedas-pedas skit, masin-masin skit… dan kentangnya tu rangup diluar dan lembut didalam…. semua suka sampai order extra untuk fries…

Fresh Orange dan 180gm Cheese Kransky  untuk Afriena.. tersengeh jer bila tengok berapa punye besar laaaa…. first sekali saya tanya.. Can you eat this? dia dengan selamba jer dia jawab… YESS I CAN FINISH THIS… macam kondifen jer jawab…

Ashraff plak… dia pilih air tembikai dan 7″ Coney Cheese Hotbock.. kat situ ada  beef & tomato sauce, bawang cincang dan paling mamat ni suka mozzarella cheese yang meleleh-leleh tu….

Dah tak lupa..  Yatie dia ambil 180gm XL Mushroom Wiggy.….mengikut kata Yatie… pattie burger tu memang juicy dan bun dia memang lembut sekali… yang menariknya.. ada mushroom stew yang tak terkata sedapnya ada bersama burger tu disamping hirisan daging lembu yang nipis… sekali makan memang nak lagi la… opppss lupa plak… Mustard sos dia memang terbaik… sedap dan manis manis skit….


Dan akhir sekali….. The Hero of the day… THE JAWWWWWW BREAAAKKKKEEERRRRRRR untuk saya…. Satu kaki panjang.. oooopppsss ulang balik… SATU KAKI PANJANG beb….. equal to 12 inches beb… lu try baru tahu..cara makan dia.. buka mulot sebesar-besar yang mungkin… dan NGRAPPPPPP!!! aja…..

Hah…. gambar yang ni baru nampak betul…. compare hotdog anak ngan bapak dia punye…. memang terbaik untuk RM16 the Jaw Breaker nih…. kalau korang pergi sini… kalau tak order yg nih… tak sah beb…. saya malas nak ulas apa rasanya… baiklah korang pi try sendiri yea….

apa-apa pon.. kami tak membazir…. semuanya licin….  Alhamdulillah… lepas makan aja semua raser macam tersadai jer…. cuma terkilan satu jer.. dah 2 kali pi sana… masih belum dapat nak cuba 1 litre root beer special tu.. asyik abis jer…….. lain kali datang pasti saya nak order lagi…. dan memang nak repeat lagi makan kat sana….

Ok.. last sekali.. meh tengok berapa SawaScore yang kami bagi untuk Restoran German Deli Imbiss ni

Hah ni MAP DIA…

View Larger Map

Kacang Pool Haji, Larkin

Macam biasalah…. kalau travel tak pekena makanan  tempatan bukan Sawanila.com la kan. Actually ada few tempat kita makan tapi tak bawak kamera. Lupa. hehehehhe Only this one yang berambik gambar. Lepas check-in hotel, kiterang pi ronda mencari makan. First ronda ingat nak try Suoup tulang ZZ, tapi tutup lagi. So kita pi plak kat Balai bomba Larkin nak pekena Kacang Pool. haih…nasib baik buka. tu pun 2 kedai. Ingat nak gak try chicken chop yang kata femes tu.

rupa gerai dia

Ramai giler orang. Kheirul siap jumpa member dia kat situ….Okey… pastu kita order. 2 set kacang pool and 2 set roti bakar. Semua makan dengan seleranya. Rayyan memang tak padan kecik dia pun suka kacang pool.

rupa dia….kacang pool n roti

siap kena order lagi semangkuk sebab dia makan banyak. Geram je tengok dia makan.Baru suap mulut dia, I nak suap mulut sendiri dia dah cakap nakkkkk

budak yang kuat makan…dah makan kacang pool roti bakar plak

Rasa kacang pool kat sini lagi sedap dari kat Damansara yang memang dah sedap tu. Mungkin originality dia dijaga.Memang cukup rasa rempah, light taste dia kena plak dengan roti lembut kan.  And murah sikit dari kat Damansara.

Kalau sapa pergi makan kat sini jangan lupa makan tauhu bakar dia… sedap sangat. Dia punya kuah sangat sedap. ada pedas ada manis. Memang makan sekali dok teringat-ingat.

Tapi pada sesapa yang tak dapat pergi ke Larkin nak makan tu, bolehlah masak sendiri hehehhe..kalau nak resepi kacang pool boleh lah click gambar kat bawah.