Karipap Gergasi Kapar, Kelang.. Sesuai untuk penggemar Karipap

Assalamualaikum semua,

Semalam, ada orang pesan, karipap kat Klang tu sedap tak? …Saya jawab.. Tengok saiz… memang besar tapi kalau nak tahu rasa kena cuba sendiri la… So.. mengenangkan orang nak makan karipap dan hari ini saya kena pergi melawat kawasan kerja kat Klang… so alang-alang pi Klang.. pecut sekejap ke Pekan Kapar untuk beli karipap…

Bila saya cakap kat teman kerja yang saya nak beli karipap kat Kapar.. diorang semua gelak.. sampai cakap.. karipap kat KL dah tak sedap ker…. Takper…. korang baca posting nih baru korang tahu dan takyah nak tanya kat mana nak beli karipap nih ekkk…

OK…. kita tengok gambar dia dulu

DSC_5320

Hah… tengok betul-betul gambar tu ekk… nampak macam karipap biasa jer kalu closed-up shot.. cuma daging berketul-ketul tu nampak kelainan dia skit…

Ok.. sekarang nih korang buka mata dan tengok gambar kat bawah nih plak…. buka mata besor-besor dan tengok sendiri saiz karipap nih… ok!!

DSC_5319

Hah.. tengok tu… 6 inches long beb…. nak sama besor ngan tangan aku daaa….. dalam dekat 40 tahun saya dah hidup dan makan beratus-ratus jenis karipap sepanjang hidup nih belum pernah jumpa karipa gergasi yang besor macam nih.. kalau orang Pahang cakap.. POHHH PALLLEEEEHHHHHHHH.. BESORNYE KARIPAP TU……

Maleh nak tulis pepanjang…. ni point-point menarik pasal Karipap Gergasi Kapar tu:

  • Ada dua jenis inti. Ayam dan Daging
  • Saiz minimum 6 inci dan seberat lebih kurang 250gram
  • Isi ayam/daging dia berketul-ketul dalam intinya…
  • Intinya padat penuh kenikmatan
  • Makan seketul pon dah rasa kenyang.. tapi saya belasah 2 sekali ngappp
  • Harga RM2.50 satu….. memang berpatutan

Ok…malas nak citer lebih-lebih sebab bukan ada share pon ngan tokey kedai karipap nih.. hehhehe tapi kalu korang nak tahu kat mana gerai Karipap Gergasi ni… cukup senang sekali… berdekatan ngan Masjid Kapar dlm 200 meter (menghala ke Kuala Selangor)

01042013867

Gerai dia kecil jer.. tapi pelanggan memang tak putus-putus. Tokey gerai cakap.. dia akan jual setiap hari sampai jam 6:30 petang or kalau abis awal….. sendiri mau ingat….

 

View Larger Map

6 thoughts on “Karipap Gergasi Kapar, Kelang.. Sesuai untuk penggemar Karipap

      1. Rosli

        Kalau Yatie duduk area Bandar Baru Bangi atau kawasan sekitar dgn Bangi Tel. jer Budak ni Iwan..017 3777013 dia hantar kerumah/pejabat tapi kena beli 4 biji (1set) rm2.50/pc .ayam . daging . sardin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.