Category Archives: SawaBlog

Azam Raya Bersama Watsons

Ini Adalah Posting Berbayar.

w2

Meriah sungguh Sawanila.com semenjak dua menjak nih sebab sekali lagi mendapat jemputan untuk event lagi. Alhamdulillah, pada 4 hb Julai lepas kami dapat jemputan untuk acara pelancaran kempen Azam Raya Bersama Watson dan Faizal Tahir di Al-Amar Restoran, Pavillion KL. (Special thankz to Al-Amar… Lebanese Cuisine are superb!!!)

w1

Maklumlah sekarang ni kan dah Bulan Ramadhan dan akan berhari raya tidak lama lagi jadi Watsons tidak ketinggalan untuk memeriahkan lagi suasana raya yang akan datang dengan melancarkan kempen Azam Raya bersama Faizal Tahir. Kempen ini bermula dari 18 Julai 2013 dan akan berakhir pada 2hb September 2013 dan Faizal Tahir sebagai Duta Watsons akan menggubahkan sebuah lagu raya hasil daripada azam-azam yang dihantar dari laman Facebook Watsons Malaysia sepanjang kempen ini berlangsung…

Nak tahu caranya bagaimana…. Senang aja…. korang perlu Like kat Facebook Watsons Malaysia…  Dan tulis aja apa-apa azam korang kat sana.. contohnya: “Azam Raya saya kali ini adalah untuk Khatam 30 juzuk Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan..” itu aja.. senang kan…

Hah!… nak tahu hadiahnya apa…???? eeemmm… Kepada pemenang yang bertuah, Watsons akan sponser rumah terbuka raya kepada  pemenang itu sendiri yakni sponser katering makan minum semua sekali la… hehehehhe best kan… Satu lagi kepada pelanggan Watsons yang berbelanja RM30 dan keatas akan dapat tiket rumah terbuka bersama Watsons dan Faizal Tahir di Plaza Angsana, Johor Bahru pada 6 September akan datang…..

So apa korang tunggu lagi.. pi cepat karang Azam-Azam Raya korang dan jangan lupa untuk menyertai kempen ini di http://www.facebook.com/watsonsmalaysia

 

Fried Wantan

wantan

 

Bahan-bahan

  • 10 ekor udang – bersihkan dan dicincang halus
  • 1 mangkuk daging ayam cincang
  • 25 keping kulit wantan
  • 1 sudu daun bawang yang dicincang halus
  • 1 sudu daun sup yang dicincang halus
  • 2 sudu kecil carrot yang dicincang halus
  • garam dan serbuk lada putih secukup rasa – sbb takleh nak rasa I letak 1/2 sudu setiap satu

Cara-cara

  • gaulkan udang dan ayam cincang bersama daun bawang
  • rasakan dengan garam dan serbuk lada putih
  • isikan inti kedalam kulit wantan
  • buat bentuk 3 segi, sapu air kat kulit wantan supaya lekat atau buat bunjut bunjut pun boleh
  • goreng  wantan sehingga garing

Hidangan ringkas untuk berbuka

laukSimple je lauk berbuka semalam. Kalau ikutkan menu berbuka, patutnya masak mee wantan tapi mee wantan takde stok. Selalu ada je kat kedai. Malas lah nak drive cari mee kat kedai bawah. So tukar menu. Buat nasi ayam yang sepatutnya buat  hari ahad tapi ahad nak makan sweet sour ikan plak. Takpe sendiri buat menu sendiri tak ikut. Tapi memang amik idea dalam tu je la.

Buat nasi ayam, ayam bakar madu, wantan goreng dan sup sayur. Pastu buah mangga dan oren. Senang je kiterang makan. Kuih-muih tak beli pun, mana nak pi pasar ramadhan semua

ayam

untuk resepi nasi ayam, boleh lah click di sini

Untuk resepi ayam bakar madu, click di sini

Simple je kan. Nak tulis resepi pun, semua resepi dah ada. Sat lagi I post resepi fried wantan je ok. Resepi ni dulu, ingat lagi kawan seITM, mak dia cina, jadi dia sharelah resepi ni. Share resepi main cakap mulut jadi dapatlah membayangkan dia. Oh ya semalam, masa lalu nak balik nampak gerai Kelate Corner bukak… aiseymen…ni mesti pergi. Kheirul tanya kenapa tak berenti je beli kuih? aiyo, I kalau berenti tengah jalan sambil bawak anak-anak…tidakkk le sbb gerai dia tepi jalan. Bebudak ni bukan leh caya. Tapi insya’ allah weekend nak pi beli. mesti ada kuih-muih kelate.