Category Archives: SawaBlog

Kerja Gila on Saturday

Sabtu sepatutnya ada jogging. Tapi cuaca yang sangat menyenangkan untuk tidur, tetiba Kheirul cakap…. Tak payah lah jogging, mama kan tengah period pain. Heheheh I ok je memang tengah rasa senggugut ni. Bangun pagi kasi budak breakfast dulu, then lepak-lepak kejap sampailah Rayyan amik kunci rumah ajak keluar. Dia cakap nak ek onal (read: Mc Donald) Pandailah dia. Pastu saja kacau dia..tak naklah Mc Donald, nak KFC lah. Pastu dia cakap no KFC…KFC tak sedap. Pandai jelah dia. Sambil-sambil ke Bangi untuk cari barang , maka Mc D Bangi je lah.

Sukanya bebudak ke Mc D. Rasanya macam  dah lama tak ke McD. Banyak lepak makan kat rumah lately. So kalau ke Mc D, kalau tanya Rayyan nak makan apa, dia cakap nak makan ek onal. Tanya lah burger ke, nugget ke ..nak ek onal. Ok ok… kita belikan dia Happy meal. Toys dia taknak kakak yang main.image

Bukan selalu dapat makan Mc D, so memang dorang happy lah bila dapat makan Mc D

image

Ada rupa anak cina Afriena ni. Kat sekolah Ashraff n Afriena, kawan dia panggil budak cina

image

Budak comel ni makan Happy meal. Amik nugget untuk dia.  Nak makan sendiri. Tak nak suap.

image

Muka boring tunggu Rayyan habis makan

Dah habis makan, terus ke kedai nak beli barang untuk order. Oh ya sekarang I dah amik order untuk lasagna. Sapa nak order Lasagna boleh contact saya. You all nak panas ke, nak beku ke, mana-mana tak kisah. Tapi belum sampai kat kedai nampak orang jual coconut shake, terus tukar plan. Kita pergi Klebang nak? ah sudah… dia buat lagi. So cancel beli barang, kita ke Melaka. Memang pergi Klebang, minum coconut shake.

image

Menunggu 3 beranak solat, so bergambar lah kita. Pesen baru amik gambar kena jelir lidah

image

Bukti kiterang sampai sini

Gambar coconut shake takde plak. susah nak amik gambar sebab ramai orang. Masa sampai tu..dah daapat satu meja, tapi berebut dengan sorang perempuan. Ingat nak bahagi 2 je meja sbb ingat family dia macam kiterang tapi tengok ramai siap ada orang tua, so I cakap takpelah kak, Akak duduk dulu, saya cari tempat lain. So tunggu la meja sebalah satu geng ni minum. Rasa macam nak sound je, tapi gua tengah senggugut malas nak layan. Sekali husband akak tu panggil, dia suruh duduk meja sebelah., Dia tolong carikan meja untuk kiterang. Lepas tu, bila tak cukup kerusi, ada sorang brother motor, panggil dari jauh hujung nun di sana, suruh amik kerusi. Eh semua orang baik hari ni. Geng yang tunggu nak minum tu dari kiterang tak dapat duduk sampai habis minum nak balik pun dia tak jugak belah. duduk situ bersembang, while ramai lagi orang dok cari meja. Sungguh selfish. Kasi lah orang duduk makan, yang dorang tu boleh je, habiskan minum cepat-cepat pastu belah. Nak bersembang pergi la Cofee bean ke Starbuck ke. Lepas kiterang minum, kiterang panggil je, orang yang dok cari tempat suruh dorang duduk minum situ. Apa-apa pun sapa pergi Klebang coconut shake, jangan lupa amik nasi lemak dia. Sedap sangat.

Lepas minum balik KL balik . Bukan nama kerja gila ke?

 

Pasar Malam Day – Sunday

Semalam balik je rumah dari training, terus cakap kat Kheirul…. Abang malam ni gi pasar malam nak tak?  Dia bolehkan ajer. Dah lama tak pi pasar malam. Nak pergi cari buah-buah dengan sayur. Malas nak masuk supermarket ni. Kang masuk sana semua benda nak beli.So petang lepas Asar tu, kiterang ke pasar malam Taman Tun. Pasar malam feveret la tu. Tempat lain jangan tanya. Dulu suka pi Bangsar tapi sekarang pasar malam dia macam dah mengecil, so pasar malam Taman Tun la yang best. Sampai je pasar malam, pergi beli keropok untuk Afriena dan ayam Uncle Bob untuk Ashraff. Kasi mulut dorang diam dulu baru boleh melilau cari sayur dan buah. Ternyata barang sudah naik harga. Mana-mana I pergi penjual yang banyak mengelih. Kedai baking mengeluh, kedai runcit mengeluh, cina pasar malam pun mengeluh. Tak lama lagi kalau nak beli gula sekilo kena bawak duit satu plastik.

image

budak botak tidur. Senang lah. Tapi masuk kereta bangun and makan banyak

image

Aiskrim legend….sedap

Ok dah dapat ap yang dicari, maka kiterang pusing tengok barang lagi. Beli buah orange, sayur 3-4 jenis, pastu barang kunyahan. Nampak ais krim potong beli ais krim potong. Tapi dorang jelah, I tak beli pun sebab takde perasa durian.Sedap aiskrim potong tu, sampaikan masa tengah dok berjalan ada orang tahan Kheirul tanya beli kat mana . hahaha.

image

Ketam nipah. RM25 sekilo. Kalau kat kawasan rumah ni harga dia RM35 sekilo. Ada yang lagi mahal dari ni pun ada

Sambil makan ais krim, sambil berjalan sekali nampak ketam plak. Terus Kheirul cakap slang orang puteh. Mahu makan ketam? Aiseyman, kena tanya soalan macam ni baru betul, Nak masak ketam tak? I cakap ok je. So kiterang beli sekiloa. Tak payah banyal sebab yang makan 3 orang je. Afriena n Rayyan tak makan benda ni.Jadi sebab dah ada ketam, maka kena balik cepat sebab nak masak pastu nak tengok bola lagi. Pukul 8 dah boleh makan ketam tu. Makan dengan mantau. Budak yang tak makan ketam makan mantau je. sedapnya yummy yummy. Kalori yang dah terbakar masa training tadi ditambah baru. aiyo…

image

Pastu masak jadi macam ni

 

Jalan TAR vs Pasar Buluh Kubu vs Pasar Bulat

Ahad lepas, I ke Jalan Tar. Pagi lagi lepas hantar bebudak pergi kelas Taekwondo, terus ke sana.  Pergi pagi senang tak ramai orang dan tak panas. Tujuan dia hanya satu, nak cari jubah hitam untuk Afriena sebab dia kena pakai untuk school trip. Memula tu dah cari kat Bangi, jumpa la tapi ada yang mahal sampai RM89 padahal kat Jalan Tar cuma RM40. Ada yang murah kat Bangi dalam RM69 tapi kualiti..haih ni yang geram ni. So nak tak nak kena pergi sana. I tak suka pi JAlan Tar kalau time orang ramai. I rimas you. So bila pergi pagi, ah nyaman. Tapi pergi sana hati kena baik, semangat kena kental dan bawak duit cukup-cukup je sbb kalau tak laju je kaki menyinggah, tangan menyambar dan mulut ringan bertanya. I takleh tengok shawl yang lawa dan kain pasang dia cantik. Hujung tahun ni kena beli ni sbb tahun depan ada kenduri kahwin kan.

image

Ni pesen terkini ke… eee tak nak lah pakai camni

 image

Kain pasang tapi tak lawa sangat kalau nak banding kat Kelantan tu

image

Beli jubah camni untuk Afriena.Arab mari kain dia sedap sikit

So pusing punya pusing jumpa lah jubah Afriena. I beli labuh sikit sbb budakkan cepat tinggi. She was so happy sebab dia kan suka melaram. Dekat Jalan Tar ni, apa yang best untuk shopping bagi I la kan ialah kain pasang and shawl. Hari tu pepagi lagi dah ramai makcik-makcik Singapura dok tunggu kedai bukak. Best lah dorang, duit dorang tinggi kan, nak shopping syok lah. Tapi ada lagi tempat shopping best kat Malaysia, kalau bab kain baju, tudung-tudung ni, kat KB. Pasar Siti Khatijah dan Pasar Buluh Kubu.Koman-koman harga kain batik sutera kat situ RM250-500. Kain songket pun RM500 – RM1000. Tengok jenis tenunan lah. Ingat dulu masa nak kahwin kiterang pergi situ je beli kain songket yang harga dia RM500 tapi MIL tawar sampai RM280 (rasanya) pastu kain sembahyang yang harga RM150 jadi RM80. Agaknya kalau kiterang je pergi memang tak tawar menawar lah sbb kesian plak ngan makcik tuh. Best  jalan kat KB ni, masuk pasar pun suka. Baju batik kain sutera, nak je petik-petik beli. Tapi kain pasang biasa yang murah-murah pun banyak. Banyak seleksi no worries. Yang I tulis rega ni yang mahal nya. Tapi kalau uolls pergi tengok harga lain jangan plak marah I. Ini yang I nampak tau.
image

Pemandangan yang biasa – trademark . Pasar Bulat/ Pasar Siti Khatijah

Hari tu tak beli apa sangat sbb kedai nak tutup dah sempat beli baju tidur bebudak dan rempah-ratus. I beli rempah gulai kawah, rempah kerutuk dan rempah kurma.  Sebab bau dia sedap sangat masa tuh and sangat menarik untuk dipandang. Pastu beli ragi untuk buat tapai,  beras pulut hitam,  beras nasi dagang. Beras nasi dagang ni, kat kelantan yang best kat supermarket tak lawa. Nak plak dalam rumah ni peminat nasi dagang. Beras pulut tak beli sbb MIL dah bekalkan. Best betul balik kelantan.
image

Sambal daging, sambal aya,. Sedap ni.

image

Jenis rempah yang dijual

So far dah masak kerutuk. Sedap fall in love with the taste. Kurma belum. Rempah gulai tu I guna sikit masa nak masak gulai ikan tongkol nasi dagang last week.