Semalam balik je rumah dari training, terus cakap kat Kheirul…. Abang malam ni gi pasar malam nak tak? Dia bolehkan ajer. Dah lama tak pi pasar malam. Nak pergi cari buah-buah dengan sayur. Malas nak masuk supermarket ni. Kang masuk sana semua benda nak beli.So petang lepas Asar tu, kiterang ke pasar malam Taman Tun. Pasar malam feveret la tu. Tempat lain jangan tanya. Dulu suka pi Bangsar tapi sekarang pasar malam dia macam dah mengecil, so pasar malam Taman Tun la yang best. Sampai je pasar malam, pergi beli keropok untuk Afriena dan ayam Uncle Bob untuk Ashraff. Kasi mulut dorang diam dulu baru boleh melilau cari sayur dan buah. Ternyata barang sudah naik harga. Mana-mana I pergi penjual yang banyak mengelih. Kedai baking mengeluh, kedai runcit mengeluh, cina pasar malam pun mengeluh. Tak lama lagi kalau nak beli gula sekilo kena bawak duit satu plastik.
budak botak tidur. Senang lah. Tapi masuk kereta bangun and makan banyak
Aiskrim legend….sedap
Ok dah dapat ap yang dicari, maka kiterang pusing tengok barang lagi. Beli buah orange, sayur 3-4 jenis, pastu barang kunyahan. Nampak ais krim potong beli ais krim potong. Tapi dorang jelah, I tak beli pun sebab takde perasa durian.Sedap aiskrim potong tu, sampaikan masa tengah dok berjalan ada orang tahan Kheirul tanya beli kat mana . hahaha.
Ketam nipah. RM25 sekilo. Kalau kat kawasan rumah ni harga dia RM35 sekilo. Ada yang lagi mahal dari ni pun ada
Sambil makan ais krim, sambil berjalan sekali nampak ketam plak. Terus Kheirul cakap slang orang puteh. Mahu makan ketam? Aiseyman, kena tanya soalan macam ni baru betul, Nak masak ketam tak? I cakap ok je. So kiterang beli sekiloa. Tak payah banyal sebab yang makan 3 orang je. Afriena n Rayyan tak makan benda ni.Jadi sebab dah ada ketam, maka kena balik cepat sebab nak masak pastu nak tengok bola lagi. Pukul 8 dah boleh makan ketam tu. Makan dengan mantau. Budak yang tak makan ketam makan mantau je. sedapnya yummy yummy. Kalori yang dah terbakar masa training tadi ditambah baru. aiyo…
Pastu masak jadi macam ni
Memang jarang sungguh pergi pasar malam sekarang ni. Kadang-kadang bila teringin sanggup pergi ke Putrajaya tu. I suka ketam, my favorite. Memang pun sekarang ni harga barang takda yang turun kan, semuapun naik!
pasar malam putra jaya best tak? hari apa ek?
Saya selalunya pergi hari Jumaat. Memanglah besar tapi sebab selalu datang lepas kerja (almost 6 pm) so tak dapatlah makanan ready made. Kalau lauk pauk basah tu memang banyaklah…
TTDI tu pun saya pernah pergi beberapa kali tapi selalunya beli makanan ringan-ringan aje, tak pernah pula cari lauk di sini.
Pasar malam taman tun.. Paling best cari buah buah dan sayur. Sebab buah yg di jual murah dari supermarket like cerries,kiwis , plums..and good qualoty. Sayur plak, i suka cari sayur kampung. Sayur pun kira murah. Kalau dekat pukul 7 boleh dpt lagi murah
Mak saya teringin nak makan ketam. alahai kat mana nak terjah ni..
p/s ais krim potong tu memang menyelerakan. nyummm :)
nanie… kalau duduk area Taman Tun boleh cari kat pasar malam dia. kalau area cheras, kat Aeon jusco supermarket ada jual. area equine ada tepi jalan …