Ahad lepas, I ke Jalan Tar. Pagi lagi lepas hantar bebudak pergi kelas Taekwondo, terus ke sana. Pergi pagi senang tak ramai orang dan tak panas. Tujuan dia hanya satu, nak cari jubah hitam untuk Afriena sebab dia kena pakai untuk school trip. Memula tu dah cari kat Bangi, jumpa la tapi ada yang mahal sampai RM89 padahal kat Jalan Tar cuma RM40. Ada yang murah kat Bangi dalam RM69 tapi kualiti..haih ni yang geram ni. So nak tak nak kena pergi sana. I tak suka pi JAlan Tar kalau time orang ramai. I rimas you. So bila pergi pagi, ah nyaman. Tapi pergi sana hati kena baik, semangat kena kental dan bawak duit cukup-cukup je sbb kalau tak laju je kaki menyinggah, tangan menyambar dan mulut ringan bertanya. I takleh tengok shawl yang lawa dan kain pasang dia cantik. Hujung tahun ni kena beli ni sbb tahun depan ada kenduri kahwin kan.
Ni pesen terkini ke… eee tak nak lah pakai camni
Kain pasang tapi tak lawa sangat kalau nak banding kat Kelantan tu
Beli jubah camni untuk Afriena.Arab mari kain dia sedap sikit
So pusing punya pusing jumpa lah jubah Afriena. I beli labuh sikit sbb budakkan cepat tinggi. She was so happy sebab dia kan suka melaram. Dekat Jalan Tar ni, apa yang best untuk shopping bagi I la kan ialah kain pasang and shawl. Hari tu pepagi lagi dah ramai makcik-makcik Singapura dok tunggu kedai bukak. Best lah dorang, duit dorang tinggi kan, nak shopping syok lah. Tapi ada lagi tempat shopping best kat Malaysia, kalau bab kain baju, tudung-tudung ni, kat KB. Pasar Siti Khatijah dan Pasar Buluh Kubu.Koman-koman harga kain batik sutera kat situ RM250-500. Kain songket pun RM500 – RM1000. Tengok jenis tenunan lah. Ingat dulu masa nak kahwin kiterang pergi situ je beli kain songket yang harga dia RM500 tapi MIL tawar sampai RM280 (rasanya) pastu kain sembahyang yang harga RM150 jadi RM80. Agaknya kalau kiterang je pergi memang tak tawar menawar lah sbb kesian plak ngan makcik tuh. Best jalan kat KB ni, masuk pasar pun suka. Baju batik kain sutera, nak je petik-petik beli. Tapi kain pasang biasa yang murah-murah pun banyak. Banyak seleksi no worries. Yang I tulis rega ni yang mahal nya. Tapi kalau uolls pergi tengok harga lain jangan plak marah I. Ini yang I nampak tau.
Pemandangan yang biasa – trademark . Pasar Bulat/ Pasar Siti Khatijah
Hari tu tak beli apa sangat sbb kedai nak tutup dah sempat beli baju tidur bebudak dan rempah-ratus. I beli rempah gulai kawah, rempah kerutuk dan rempah kurma. Sebab bau dia sedap sangat masa tuh and sangat menarik untuk dipandang. Pastu beli ragi untuk buat tapai, beras pulut hitam, beras nasi dagang. Beras nasi dagang ni, kat kelantan yang best kat supermarket tak lawa. Nak plak dalam rumah ni peminat nasi dagang. Beras pulut tak beli sbb MIL dah bekalkan. Best betul balik kelantan.
Sambal daging, sambal aya,. Sedap ni.
Jenis rempah yang dijual
So far dah masak kerutuk. Sedap fall in love with the taste. Kurma belum. Rempah gulai tu I guna sikit masa nak masak gulai ikan tongkol nasi dagang last week.
Jalan TAR ni memang seronok sekali sekala pergi. Duit pun seronok keluar. Tapi tulah yang tak tahan nak bersesak-sesak. Memang pening kepala.
pergi pagi baru best. tak ramai orang
erm…sedap nya sambal…:)
kan … makan ngan nasi pun sedap