Category Archives: Advertorial

TalentCorp Career Fair

Ini Adalah Posting Berbayar

TalentCorp telah bekerjasama menganjurkan Pameran Kerjaya Sektor Tumpuan (SFCF) dengan Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 12 – 13 November yang lalu. Usahasama kedua pihak ini telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada graduan UiTM. Pameran Kerjaya Sektor Tumpuan atai lebih dikenali sebagai Sector-Focused Career Fair (SFCF) ini telah diadakan di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam.

1454997_393121477485338_1354291096_n

Sector-Focused Career Fair (SFCF) ini telah dirasmikan oleh  YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Sebanyak lebih 30 syarikat menyertai pameran SFCF UiTM , antaranya AIG, DHL, Electrolux, Frost & Sullivan, GlaxoSmithKline, HP, IBM, LaFarge, Sime Darby dan PwC.

zxc

SFCF adalah salah satu inisiatif TalentCorp  yang dapat memberi peluang kepada graduan untuk berinteraksi dengan CEO’S dan wakil-wakil HR dari majikan-majikan yang menyertai pameran . Dengan cara ini, ia dapat memberi lebih maklumat kepada graduan tentang laluan kerjaya dan kriteria permintaan majikan terlibat.

sfsd

Pameran dua hari turut menyelitkan seminar Kerjaya / Career Talks yang menjadi medan generasi muda berinteraksi dengan industri utama. Manakala ,Couch Corner Slot pula disediakan khas untuk pengunjung yang terdiri daripada pelajar untuk berinteraksi dengan wakil syarikat secara santai.

1452425_393040754160077_1219450105_n

Maklumat lanjut mengenai TalentCorp dan SFCF sila layari laman

www.talentcorp.com.my atau

www.facebook.com/SectorFocusedCareerFairSF

Nada Alam, Perumahan terbaru dari Seri Pajam Development

Ini Adalah Posting Berbayar.

Rumah. Kini rumah menjadi satu keperluan asas untuk kita semua. Dengan peningkatan harga rumah yang sekian meningkat dari tahun ke tahun dengan permintaan yang tinggi untuk memiliki rumah sendiri adalah menjadi satu idaman bagi kita semua. Jadi, apa tunggu lagi. Baiklah kita merancang  untuk memiliki sebuah rumah idaman secepat mungkin sebelum harga rumah meningkat lebih tinggi.

sp1

Pada hari Ahad yg lepas, saya mendapat jemputan untuk menghadiri satu majlis pelancaran satu projek taman perumahan yang baru yang terletak di Pajam, Negeri Sembilan yang telah disempurnakan oleh Dato’ Hassan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia.

Pada mulanya ingatkan Pajam ini jauh tetapi jangkaan saya meleset.  Dengan menggunakan Lebuhraya PLUS dari Toll Sungai Besi, saya hanya perlukan kurang dari 45 minit untuk sampai ke Pajam melalui exit Nilai. Dan tapak perumahan Nada Alam ini betul-betul dekat dengan exit Pajam sekiranya melalui Lebuhraya LEKAS. Jadi akses lebuhraya memang mudah sekali.

sp2

Setibanya saya di Sales Gallery Nada Alam, kagum sekejap dengan konsep perumahan dalam taman yang berkonsepkan alam semulajadi ini. Seluas 160 ekar dengan 13 ekar khusus untuk mengekalkan kehijauan alam semulajadi dan berstatus “Pegangan Bebas” menjadikan lagi perumahan Nada Alam ini lebih bernilai tinggi untuk palaburan.

sp3

Saya tiba agak awal juga dalam jam 10 pagi tetapi sambutan pada hari pelancaran sungguh meriah sekali. Tak sangka ramai yang sudah berada disana dan berpusu-pusu untuk melihat sendiri perancangan perumahan yang telah dirancang rapi oleh Seri Pajam Development Sdn Bhd untuk projek perumahan Nada Alam ini.

sp4

Ini adalah model rumah 22×70 rumah teres yang ditawarkan dengan harga RM472K. Tentu ada yang bertanyakan tentang ciri-ciri keselamatan kan. Terdapat 3 tahap keselamatan iaitu Pengawal Keselamatan (Pak Guard), kedua kamera CCTV dipasang dimerata-rata tempat dan yang ke-3 Pagar parameter fencing disekeliling kawasan perumahan ini. Selain daripada itu di dalam rumah pula dibekalkan dengan system penggera atau Alarm System, smoke detector, pemadam api dan sebagainya.

sp5

Jangan risau pasal kemudahan awam. Semuanya sudah tersedia dan dekat-dekat belaka. Lebuhraya, pasar-pasar besar, sekolah, university, Nilai 3 untuk shopping. Semua dekat belaka.

sp6

Selesai sudah majlis perlancaran yang telah disempurnakan oleh Dato’ Hassan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia. Apa lagi.. saya terus pergi melawat rumah contoh disana.

sp7

Tersergam Indah

sp8

Ruang Tamu yang luas

sp9

Kamar Utama yang selesa

sp10

 

Tidak Terkata… Dalam hati apa yang saya boleh ucapkan adalah “Alangkah untungnya kalau aku dapat memiliki rumah sehebat ini” itu saya yang dapat saya ungkapkan disini.

Jadi kepada semua yang ingin dapat maklumat lanjut lagi.. sila lawati www.nada-alam.com.my.

Cepat.. miliki rumah idaman anda dengan segera.

DiGi \”Win 60 Vespas in 60 Days

Ini Adalah Posting Berbayar.

Wah wah saya sudah berangan naik Vespa. Vespa kuning lawa jugak kan…. Eh eh ada lesen  ke tak ni? Takpe kita berangan dulu sebab  DIGI sekarang ada buat kempen “60 Vespa Dalam 60 Hari” . Best kan. Kempen ini bermula dari 1hb September lagi,  tapi jangan risau tarikh akhir dia 31hb Oktober nanti.  Masih ada can tu. Satu Vespa satu hari mana tau you all ada rezeki menang kan.

vespa_banner

Mesti you all tertanya-tanya macam mana nak menang kan? Senang je. Kita tengok step dia dibawah

step1

LANGKAH 1

Langgan mana-mana pelan internet mudah alih prabayar DiGi dan anda layak menyertai secara automatik dan mendapat sekurang-kurangnya satu penyertaan

step2

LANGKAH 2

Jika  anda terpilih, anda akan dihubungi dan jawab soalan mudah

step3

LANGKAH 3

Kalau dah jawab soalan dengan betul…apa lagi bersedialah untuk beli helmet baru..zoom zoom..eh vespa bunyi macam ni ke?  Mengikut Terma dan syarat ye!

You all boleh tengok plan internet mudah alih prabayar DiGi kat bawah ni.

plan

Amacam menarik tak? Haruslah menarik pelan dia. Dah  beli pelan, boleh lah berinternet selalu. Sambil-sambil lepak kat mamak, lepak kat café ke, kopitiam ke,mana-mana lah… Sambil minum sambil update status. Bukan tak tau you all kan, makan roti canai pun nak snap gambar letak dalam instagram. Pastu takde dah alasan tak jawab whatsapp sebab dah beli internet mudah alih prabayar kan. Murah tu. Semurah RM1 sehari. Sapa nak kasi? Selain daripada tu mana tau ada rezeki menang Vespa LX150 yang bernilai RM8,800. Haih kalau I suka lah sangat. Ha you all agak-agak kalau menang Vespa, you all nak guna pi mana? Adik-adik yang dapat vespa mesti best boleh lah melaram bawak pi kolej ke atau pi kerja. Jimat duit minyak you.

So apa lagi ??? zoom zoom zoom jom beli DIGI Prepaid Mobile Internet !!!