Author Archives: Yatie

Kemaruk Katil Sendiri

Lately, Rayyan dah menunjukkan simptom-simptom nak tidur atas katil sendiri. Asal boring je dia masuk bilik abang n kakak dia. Masuk bilik test katil Abang dia.Bukan takat test je, siap baring, on kipas, tolong sepahkan sekali, pinjam bantal busuk pastu panggil mama dia sebab nak suruh mama dia tengok apa yang dia buat.

atas katil Ashraff, habis disepah dia

So kiterang pun decided to survey katil yangsesuai untuk Rayyan. Katil yang sesuai adalah katil yang tak berapa tinggi dan yang pastu boleh muat letak dalam bilik tidur. Masih memikirkan nak baut bilik asing for boys or girl ke tak. Kiterang make a  visit to IKEA. mana lagi nak cari yang murah…. SO on Friday lepas sembahyang Jumaat, pergilah ke IKEA, sampai tu singgah ke Harvey Norman jap sebab nak cari vacuum. Dah berkenan mana yang nak baru ke IKEA. Apa lagi sakanlah Rayyan test katil.

Ni katil 2 tingkat. Yang ni yang kiterang berkenan. murah RM379 rasanya. bolehlah Ashraff tidur kat atas, Rayyan/ Afriena  tidur kat bawah then katil lagi satu Afriena /Rayya yang tidur.

bermulalah semua katil dia panjat. tak nak duduk dalam stroller…sebab nak panjat setiap katil. nasib baik Friday tak ramai orang.

siap baring

siap tarik selimut ok

another katil yang berkenan..

nanti nak buat bilik colourful macam nilah.

test kerusi plak….

hahaha meraung kejap sebab dia tak nak balik..sbb banyak lagi kerusi dia tak test. Kiterang nak cepat sebab nak pergi beli vacumm .


kasi chance ok…


dah dah jom jom ….

Penat tau pergi ke IKEA…. tapi I suka. terapi minda. So dah decideh katil mana yang berkenan . Insya’ Allah next year. tunggu dia 2 tahun dulu. Risau gak nak pisah tempat tidur, takut tengah malam tidur dia tersedak ke…  Ashraff n Afriena tidur bilik sendiri masa umur 3-4 tahun. Before that dorang tidur dalam satu bilik , kiterang bentang tilam. MAsa tu ada maid, so tak berani nak kasi anak tidur bilik asing. kang buat dia larikan anak ke (kuat betul imaginasi saya). Bila maid dah benti kerja baru asing bilik.

Tips nak kasi anak tidur bilik sendiri

  • Hias  bilik tidur supaya nampak lebih menarik – guna cadar yang berwarna warni, dinding warna warni, langsir yang menarik, lampu yang comel.
  • sistem perudaraan yang baik supaya tak sesak
  • buat satu sudut membaca dan bermain…

Result Sekolah Agama – Not bad

Alhamdulillah tadi baru je lepas mengadap Ustazah kat Sekolah Agama Ashraff. Hehehe mengadap le kot kot nak dengar adduan pasal Ashraff yang pendiam ke, yang suka tidur dalam kelas ke… BUT……

Ni Ashraff masa umur 3 tahun lebih.. sibuk je nak menumbuk bawang putih

No, takde aduan pun . Ustazah banyak memuji Ashraff. Dia cakap Ashraff banyak peningkatan.Dulu kalau suruh baca , mengaji ke Ustazah cakap macam ada intan berlian dalam mulut tak nak bukak. Dia buat keras and diam. Berkawan pun tak nak. End up result masa periksa pertengahna tahun tak berapa memuaskan. Banyak yang ala kadar je result.

But this time round, kena berbangga lah dengan dia, Bahasa Arab dapat Mumtaz, Tilawah and hafan markah penuh, Jawi pun ada peningkatan. Cara ustazah cerita pun ustazah puas hati.According to ustazah, Sekarang kalau suruh mengaji, dia dah boleh mengaji dengan sura yang kuat, Dah boleh berkawan buat suara bising dah. I siap tanya, ada kacau-kacau orang tak? Ustazah kata takde. Tapi kalau jumpa geng , dah boleh berkawan. Happy for him sebab dulu masa mula-mula masuk kelas …dia diam, mungkin sebab malu kot, lambat panas enjin.

So sekarang tunggu result Sekolah CIna pulak… Looks like ada peningkatan jugak. Walaupun dia tak pergi tuition macam budak lain, at least dia boleh buat gak exam. Mama dialah yang mengajar Bahasa Cina (tapi kekadang dia yang mengajar mama dia sebab salah pronouce). Masa dia tunjuk kertas exam, dia cakap dia takleh dapat 100%. Punyalah nak basikal.

Hari tuh terbaca pasal bina ayat dia for final paper BM…

Saya kerusi warna merah – salah la kan sebab terbalik.

I know, I know dia direct translate from Chinese la ni.

Note: Dulu I nak pi sekolah cina tak mampu sebab jauh, now menumpang belajar dengan anak. Hopefuly bila pergi ke 中国 bolehlah cakap cina.

Sup Tulang Merah

Assalamulaikum kengkawan semua… apa khabar? Amacam raya? ada best tak? kiterang tak balik kampung pun sebab cuti sekolah satu hari je. Mana sempat nak balik. Kang balik berkampung dlm kereta je sebab jem. Kan best kalau raya kat kampung.Called mak kat kampung, tanya masak apa? dia cakap dengan bangga..ada ketupat (mula lah tanya, Afriena nak ketupat tak), and ada nasi minyak. Sedapnya. ANW, masa raya I buat Sup Tulang Merah. Resepi turun temurun from my Mak Long yang kat Singapore. Tanya my cuzzie and she asked her mum.Dia kasi resepi pun main tulis je takde cakap berapa sudu berapa senduk. so main campak jelah.

Inilah rupa sup tulang merah. Menjadi jugak. Rasa dia tak lari but jangan dicompare dengan kat Beach Road.Rasa tulang yang Beach Road lain , yang Haig Road lain and yang masa my cousin kahwin pun lain. Different version different taste. Tapi rasa dia sedap.I pakai rempah buat sendirisebab rempah Bone Steak takde jual kat sini.

I mula rebus tulang on malam raya tapikan lepas 30 minit rebus, gas habis hahahah..sambung esok jelah…tu pun pukul 10 baru dapat masak sebab kedai belum bukak. Gas spare pun habis. Hah pergi beli 2 tong terus. Kena rebus tulang ni sampai daging empuk tau bukan sampai tulang empuk sebab kalau nak tunggu tulang empuk, berzaman le.

Pastu tumislah bahan-bahan dia. Kuah dia sepatutnya ada rasa sikit masam, sikit manis, sikit pedas dangan rasa rempah yang unik. Kuah kena pekat tapi tak leh pekat sangat. Makan dengan roti .SEDAP.Setengah orang kasi pecah telur untuk kasi kuah pekat tapi I tak buat buat, I buat pakai pemekatan secara pelahan, masak atas api lama sikit secara perlahan. Lain orang lain version.Kheirul cakap sedap..I percaya sebab dia makan berketul-ketul.

Next time nak buat lagi tapi kena cari lamb shank plak baru sedap banyak daging takdelah gonggong tulang sangat.Resepi tunggu dulu ye .