Author Archives: Yatie

Singapore Fried Meehoon

Kalau cerita pasal mihun, I paling suka kalau makan mihun goreng. Tak kisah lah letak isi apa pun dalam tu asalkan mihun yang digoreng tak hancur, tak keras dan tak bau hapak. Bukan apa sesetengah mihun kalau digoreng ada yang bau hapak.Selalu kat rumah kalau masak mihun either buat  mihun goreng sempoi tak pun buat mihun goreng singapura. Satu lagi, kalau mihu sedap jugak buat mi siam. Suka sangat but too bad, kat dalam rumah ni takde peminat me siam. Takkan nak masak I sorang je makan. leceh le, masak penat-penat makan sorang sorang. Sedapnya.

Oh yang ni I nak  share resepi mihun singapura. Yang budak-budak suka la makan. Sebab warna-warni. Make sure buat mihun singapura mihun dia jangan kering, mesti lembab -lembab sikit baru rasa tak tercekik.

INGREDIENT

  • Mihun setengah paket – rendam dalam air
  • 10 ekor udang -buang kulit
  • 1 peket bebola ikan – potong 2
  • isi ayam – potong kecil
  • 1 ikat sayur sawi –
  • 1/2 batang carrot – potong panjang
  • 3 ulas bawang putih – cincang
  • sedikit minyak
  • garam dan lada putih secukup rasa
  • 1 sudu sos tiram

METHOD

  • Tumis bawang putih sampai layu
  • Masukkan isi ayam, kacau hingga masak
  • masukkan udang dan sos tiram, kacau hingga udang masak
  • Bila udang dah masak, letak sikit air dalam setengah cawan
  • masukkan bebola ikan dan carrot, kacau rata
  • Masukkan mihun , kacau hingga sebati
  • Masukkan sayur, rasakan garam dan lada putih
  • Kacau rata mihun masak dan sayur cukup layu
  • Dah masak , tutup api makan dengan cili jeruk.

Amacam senang tak???

Taska bedung budak – kejamnya

You all tengok tak yang taska bedung bayi yang ketat tuh? ada yang bedung sampai takleh bergerak , ada yang siap plaster mulut, eh teruk nye dorang ni. Taska jenis apa nih? Baca kat komen dorang kata, Taska kat Kota Masai. Kalau ye pun budak tu tak nak tidur atau nak kasi tidur lama tak payah la bedung ikat macam tu sekali. Buat dorang tertiarap ke, tak ke kes naya, macam mana dorang nak nafas. Yang plaster mulut tu kena? Eh gike ke pengasuh pengasuh ni semua? tengok muka budak-budak alahai sangat lah suci murni, sanggup dorang buat macam tu, macam takde belas kasihan, kasih sayang  langsung.

Hal macam ni lah yang buat I risau and takut nak bekerja walau ada offer. Takut nak tinggalkan anak-anak kat Taska. Takut dorang layan anak-anak I macam ni. Takut kot kot nanti anak nangis sikit dorang marah ke, ikat ke, kurung ke? Sampai hatikan dorang dorang layan budak budak yang tak tahu apa-apa macam ni. Cuba nanti bila dorang tua, dorang dilayan macam ni.

Mungkin pada dorang menyenangkan kerja dorang tapi hakikatnya, benda macam ni boleh beri kesan negatif pada budak-budak ni, mungkin akan ada trauma, takut nak berkomunikasi atau mungkin mewujudkan sifat ganas dalam diri mereka.Tu belum lagi yang kasi budak minum susu, sendal dgn bantal… Yang ni bukan setakat pengasuh je, mak bapak pun ada. Selamba badak je, tolak stroller, kasi anak minum susu sendal dengan bantal…

Yang nak tengok video tu boleh la ke sini, I tak nak letak kat blop sebab nampak kejam sangat.Semoga pihak Taska ni akan diambil tindakan, sita terus pusat asuhan dia. I rasa pengusaha Taska atut dan mesti ada CCTV, supaya senang nak tengok atau pantau kejadian seperti ini mana tau pekerja -pekerja yang saja nak perdajalkan dorang ke kan.