Alhamdulillah…. Adleena is two. Umur dua tahun dah pandai merajuk. Kalau merajuk, pi masuk bilik dia, baring atas katil. Pastu kalau sapa-sapa panggil, dia cakap no. Lagi kita usik lagi dia kata no. Sampai lah dia buat pekikan yang boleh pecahkan gelas kaca. hehe. cute tapi garang. sampaikan Aqilah cakap..Mei Mei is gangster. adehhh
MAsih lagi menyusu badan. MAcam-macam cara dah cuba. Tapi dah boleh control. Mama pun dah boleh keluar pergi kelas yoga, pergi dating ngan papa. KAlau dulu 5 minit sekali dia n Aqilah video call. Sekarang ni, mama yang lebih-lebih .
ni 2 minggu sebelum krismas. Pantang jumpa Christmas tree
berebut seat dengan abang kakak
kenangan pergi camping, last November 2021
on her birthday. Dah takde mood dia. tunggu papa balik lambat. dia dah nak tido. Tapi adalah blow candle tu 3-4 kali…yang bukan birthday girl pun sibuk nak blow/
alhamdullilah tercapai jugak hajat nak pi Penang. 5th attempt tau since 2019 lagi.
date : 13/11-15/11 2021
hotel : Shangri-la Golden Sand, Penang
rancangnya pergi 17 sebab ikut penggiliran, sekolah, sekali date Tu sekolah cakap nak buat trial SPM. Kami dah booking hotel kat Parkroyal, kena cancel pulak.. so last minute lah, tahun Lepas pun dah booked Parkroyal tapi cancel SBB PKP pulakkk
Cuti kali ni Kami banyak habiskan masa kat hotel. kalau boleh bebudak ni tak nak keluar Dari hotel. Dok main kat swimming pool dan tepi pantai. 3 Hari kat Penang, 3 Hari dok tepi pantai n kat pool. Kulit pun gelap. Makan pun banyak tapau atau makan kat cafe hotel. Salah satu sebabmya taknak pergi tempat sesak Dan Mei Mei jenis tak boleh pergi tempat crowded. Dia Kan baby PKP.
Walaupun percutian Kali ni tak berjalan mana pun..tapi best. Madam taknak keluar hotel. Makan pagi cuma kat hotel je, Malam first buffet dinner kat hotel, petang keluar sekali pi Padang Kota nak makan pasembur end up bungkus, ramai gila manusia and tempat Tu panas, berbau, banyak gagak and pwminta sedekah ramai. Bayangkan seminit sekali datang mintak duit. Afriena cakap takut nak duduk makan situ, dia pegang je Aqilah. handbag pun kiterang kepit. so last sekali bungkus makan dlm bilik hotel. Malam Tu keluar bungkus nasi kandar. ye bungkus makan kat bilik sebab budak2 tak nak keluar.
Haha begitulah percutian ke Penang musim COVID-19.Dan ini adalah Kali pertama untuk Mei Mei check in hotel.❤️❤️❤️
Tandas 5/5 ,tandas bersih tapi sebab tandas cangkung jadi bau dia semacam. All of us cannot do business inside the toilet. Jenis nak toilet duduk yang takde bau. Kalau pagi tu, mesti banyak nyamuk keluar kot lubang tilet hahaha… punya tahan 2 hari simpan bawak balik rumah segalaisi perut.
Plugpoint takde, jadi pandai-pandai la survive. Boleh bawak power pack, atau apa apa power yang ada la untuk pasang lampu atau kipas. KAlau nak pasang aircond tak dapat la. TApi jangan bawak genset, itu mengganggu ketenteraman hutan.
Kitchen and sink , sink dia takde tapi tempat cuxi pinggan ada. tapi kami cuci sendir kat khemah, ambik air kat sungai. Nak cuci kat tempat yang tersedia macam tak berapa lalu sebab dekat ngan toilet. seriously.. kami mahkluk pelik kot. jenis penyegan
Sungai dia best. Dalam banyak camping , so far sungai dia paling best sebzb air jernih ada tempat cetek untuk anak – anak kecil dan ada tempat dalam untuk orang tua. Air agak laju tapi tak deras, siap boleh main pelampung ala ala hanyut ke hilir. best
Suasana kat sana best, takde orang karaoke, tak sunyi tapi boleh layan. Malam sejuk. Pagi lagi sejuk. MEmang best lah.
Line telepon takde kecuali DIGI yang lain kirim salam.
Kali ni camping, kami lebihkan masak kat rumah, packed n freeze it. Sampai sana kami panas kan.
Tengah buat caramelise onion untuk burger. Not me cooking. It’s them
Lauk yang dimasak kat rumah dan dibekukan
Gulai kawah tetel
sambal sotong kembang untuk nasi lemak
telur rebus siap-siap
senang sebab sampai sana, masak yang simple taknak susahkan diri sendiri.
Menu semasa kat sana
Day 1 – Dinner
Burger Ramly
Day 2
Breakfast
Roti canai frozen masak dan makan dengan gulai kawah tetel
Lunch
Fetucinni Carbonara with bacon & mushroom
Dinner
Nasi putih, Ayam golek (jiran campers belanja) n gulai kawah n ulam timun
Day 3
NAsi lemak sambal sotong
Bukan main lagi menu kan. aduhhh… kalau selalu macam ni habis lah diet. Kalau dok camping ni, asyik lapar je perut. LEpas makan terjun sungai, lepas tu naik sambung makan. I dah macam bebudak plak layan tayar lori main hanyut ke hilir dengan anak-anak sendiri sekali ngan anak-anak jiran. Sabar je lah..hehehehe.
We had so much fun and looking forward for another adventure