Author Archives: Kheirul Mohamed

Shah91 – Gathering

Dah hampir 18 tahun kitaorang tinggalkan Shah Pekan (Sains Pekan) tetapi kenangan lama masa kat sekolah hari tu masih segar dalam ingatan. Hari semalam (Sabtu) satu perjumaan atau gathering bekas pelajar Shah Pekan tahun 1990-1991 diadalah kat Hotel Singgahsana PJ; Alhamdulillah, kami berjaya mengumpulkan hampir 30 rakan-rakan yang hampir 18 tahun tidak berjumpa.

Alhamdulillah sekali lagi, syukur kerana hampir semua rakan-rakan sekalian telah berjaya dan mempunyai kerjaya yang boleh digahkan. Ada yang menjadi doktor, pensyarah, kontraktor, engineer dan ramai lagi yang menjadi pakar dalam bidang masing-masing.

Hah,…. ni dia geng-geng otai Sekolah Sains Pekan.. kitaorang merupakan batch kedua belajar disekolah tu…. semala… kitaorang masih lagi cam dan kenal satu sama lain.. cuma bagi geng lelaki.. perut saja yang menjadi ukuran baru….

Kalu korang nak tahu… gambor yang sebelah kiri tu… orang panggey dia “Chin Peng” masa kat sekolah dulu… dia tu merupakan Ketua Biro Disiplin…. dan yang sebalah kanan tu plak Saudara Wahab Chik…. penggerak utama gathering kali ni bersama ngan AIDA…. Tahniah Wahab pasal ko dah berjaya mengumpulkan rakan-rakan kita…..tak lupa gaks pada AIDA yang bersusah payah selama ni…

Apo yang dok citer tuh…. nih sure gossip 18 tahun dulu terbongkar kembali nih.. hahahaha….

Oklah…. kalau nak tengok gambar yang lain boleh tengok kat SawaGallery tau… or boleh cucuk kat SINI

Ikan Bakar Bellamy

Posting lewat kali ni.. ni citer pasal makan kat Medan Ikan Bakar Bellamy hari Khamis lepas sebelom I ngan Yatie pi LHDN untuk buat E-Filing…..

Malas nak citer pasal E-Filing tu.. pasal I kene membayour lagi kat gomen…. raser-rasernye dah banyak potongan tetiap bulan tapi masih tak cukop lagi… kira punye kira… dekat RM2K kurang lagi.. mana nak cekau duit ni nak membayour cukai ni….. Yatie plak terkurang dalam seratus lebih… kene potong skit duit shopping dia bulan nih…

Lupakan pasal cukai tu…. ok ni nak citer skit pasal makan kat Bellamy tu… tentu korang dah biasakan makan ikan bakar kat Bellamy tu kan.. Medan Ikan Bakar kat belakang Istana Negara tu… ala yang femous sampai keluar kat TV tu….

Kali ni kitaorang pergi sajer jer jenguk pasal dah bertahun tak pergi sana.. so pergi tengok banyak pembaharuan… tandas awam yang cukop bersih dah tersedia dan banyak menu baru dah ada.. antaranya adalah.. Kerang Bakar Berempah …. tengok ler gambor kat bawah ni.. hehehehhehehehehehehhehehe….. jangan marah tyer

Selain drp tu, kitaorang order ikan TURBO(terebuk) bakar sorang satu…..

Dan tak lupa… nasik dengan lauk-lauk sampingan..

Raser ikan bakar kat sini special… walaupon nama aja ikan bakar sebenarnya ikan tu tak ler dibakar atas api directly… cuma dibakar atas kuali…. tapi yang pasti.. sedap!!!…. rasernye memang tak berubah walaupon dah lebih 15 tahun kitaorang dah try ikan bakar kat situ.

Kenapa ikan bakar kat sini sedap???? sudah semestinya air asam pencicahnya…. memang sedap kalau dikombinasikan dengan kicap + cili potong.. eeemmmmm… raser cam nak pi lagi

Dan akhir sekali SawaScore dari kami