Lepas makan-makan kat Koh Yo, kiterang ke Tesco Songkla. Macam takde tempat lain nak pi kan? Saja nak tengok barang runcit sambil cari chips dan air untuk perjalan esok dari Songkla ke Kota Bahru. Tesco dekat je, cuma bila nak masuk, pak guard dia mintak passport, nak tengok. ketat pulak security kat sini. Masuk dalam Tesco dia….. best gak. KFC dalam ni halal, tapi takde lah nak makan KFC datang jauh-jauh tempat orang kan? Lalu kat food court dia…mmmm ada tulisan jawi… wah ni mesti halal… sekali.. Harammm…. rupanya dia tulis, Nasi Babi … hahahah kot kot yang tak reti jawi, korang jangan main bedal je. Kasi baca betul betul dan tanya orang. Mostly kat sini ada dua tulisan. Satu tulisan siam, satu tulisan jawi. Lihat gambar di bawah

Sini tempat jual daging lembu. Halal. Mostly muslim kat sini cakap bahasa kelate siam. Senang lah kiterang nak berkomunikasi. Best jugak round dalam ni. Mostly barang kat sini murah. Ada yang separuh harga dari Malaysia. Mungkin dikilangkan kat sini kot.Beras lagi lah…Sempat lah amik dua tiga benda. Ingat rumah dekat nak beli barang dapur kat sini?

Ni kawasan makanan laut. Hahahaha sedap ke ni?

Haaa ni korang jangan bantai beli ok. Baca dulu apa yang ditulis Kang naya korang makan benda ni.

Cer tengok harga beras kat sini. Murah kan… aterr dorang tanam sendiri. malaysia pun sebenarnya boleh semurah ini, yang penting kita tanam sendiri, pack sendiri bla bla semua sendiri…
Begitulah cerita nya… beli beras sekampit, pastu toileteris dan benda-benda yagn susah atau mahal kat Malaysia.
ciao
Note dari Songkhla
as salam…untuk pengetahuan cik. daging ayam kat Tesco Songkhla TAK HALAL ye..saya tinggal di songkhla. Mulanya Halal tapi dah di tarik balik.

Hi Folks!…. me again. Just to fulfilled a request from Hamba Allah that ask me to share what need to be done with the new Unifi TRG212M Wifi Router.




Demam #Olabola piala dunia dah bermula. Jadi bersedialah untuk bercekang mata dihadapan TV untuk 3 perlawanan bermula tepat jam 12 malam, 3 pagi dan 6 pagi setiap hari.. hehehehhe…nak IKLAN SKIT ni…. Tahun ni Astro mendapat hak mutlak siaran Piala Dunia Fifa 2014 dan anda semua boleh saksikan kesemua 64 perlawanan piada dunia 2014 di Astro dan jika anda ingin mendapat maklumat berkaitan dengan piala dunia 2014, sila layari ke
Sampai aja terus register dan tak sangka ramai gaks blogger-blogger femes-femes hadir termasuk la Sawanila yg tak berapa femes nih pon menyendeng sekali. Setelah sesi penerangan oleh pihak penganjur, kami dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan dan saya amat bertuah dapat masuk kumpulan Germany yang dah sememangnya tahun ni saya memang sokong Germany pon…
OK… nak tahu apa aktiviti kat sana… Menarik sekali.. Kalau korang nak tahu.. kami diberi tugasan sangat mencabar… mula-mula kena download 4 apps dan install dalam smartphone…. meh sini saya cerita skit pasal smartphone apps yg canggih ni:
Astro Go 2014 FIFA World Cup™ app and Web Player adalah smartphone apps yang perlu ada bagi peminat Piala Dunia 2014. Pelanggan Astro yang mempunyai Astro Football Pass boleh menonton kesemua 64 perlawanan bolasepak secara langsung melalui aplikasi ini dan boleh memilih untuk menonton secara langsung dari 6 camera angle. Bukan itu aja, maklumat terperinci dan statistik perlawanan dan lebih daripada 4000 video on demand boleh ditonton dari applikasi smartphone ini. Aplikasi ini boleh didownload secara percuma di / dan web player via 
Astro on the Go app. Kesemua 64 perlawanan FIFA World Cup™ boleh ditonton secara langsung oleh palanggan Astro dan bukan pelanggan Astro juga. 30 perlawanan boleh ditonton secara percuma dan selebihnya dikenakan bayaran sebanyak RM6 untuk satu siaran perlawanan. Aplikasi ini boleh didownload secara percuma di / dan 
Ola Bola Football Predictor ini adalah aplikasi LIVE football prediction app – maksudnya kita boleh buat tekaan dan andaikan semasa perlawanan secara langsung (eg. free kicks, corners and penalty kicks). Markah akan diberki sekiranya tekaan tepat dan kumpulkan markah sehingga akhir musim untuk menjadi juara Football Predictor dan banyak hadiah akan dimenangi. Aplikasi ini boleh didownload secara percuma di /
Stadium Astro Fantasy #OlaBola Edition menawarkan peminat bolasepak untuk berpeluang menjadi pengurus bolasepak dimana anda boleh membuat pasukan idaman anda sendiri. Selain daripada itu anda berpeluang untuk membeli pemain, memindahkan pemain dan bertanding kejohanan liga secara maya dan memperoleh markah. Menangi hadiah hadiah yang menarik dari pasukan fantasi anda tersebut bersama Fantasy Football Olabola edition di 
Dan tidak lupa juga, sekiranya anda boleh juga mendengan siaran langsung perlawanan piala dunia ini secara langsung melalui Radio Arena, radio digital terkini yang boleh diakses melalui
Dalam semua apps tu… saya paling suka Astro Ola Bola Foolball Predictor… semasa siaran langsung perlawanan bola tu, korang just predict berdasarkan fakta yg disoal…ala macam corner kick, gol ker, apa apa aja la… dan sekiranya tekaan tersebut tepat akan dapat markah… semua tu akan berlangsung secara live dengan perlawanan sebenar.. hebat bukan…. kalau nak tahu.. download cepat-cepat dan jangan lupa test pada perlawanan sebenar kul 12mlm nanti or 3 pagi nanti….
Gambar kat atas tu… group kami bertungkus lumus untuk siapkan tugasan.. tapi memang seronok… Oh Ya.. gambar kat sebelah kanan tu plak kalau korang nak tengok highlight piala dunia dan video clip hebat dari perlawanan yg telah berlangsung, korang just download apps Astro Go Fifa WorldCup dan Stadium Astro.. segala maklumat hanya pada hujung jari..
So last sekali sampailah ke sessi penyampaian hadiah.. walaupon saya dan kumpulan saya tak memang kami cukup bertuah dapat goodie bag pon jadilah… apa-apa pon sekalung tahniah kepada blogger-blogger yang menang dan tidak lupa kepada pihak Astro yang menganjurkan aktiviti ini… lain kali jemput saya lagi ye….. dan jangan lupa korang untuk layari