Cuti Sekolah duduk rumah je.

Dah 2 hari start cuti sekolah, so sepanjang 2 hari keluar sekali je hari Sabtu sbb pergi Bangi kejap. BAwak bebudak makan. Kesian dorang dah lama tak keluar makan. Kiterang makan kat MFC. Not bad la makan kat MFC, murah. Dorang ada buat buffet rupanya time lunch. Nak tapau pun boleh. I n Kheirul makan nasi arab. Bebudak makan pizza. Air free flow and free. Lauk banyak pilihan plak tu. Tapi kiterang amik ala carte je. amik lauk then kira.Lauk dia sedap. I makan nasi arab dengan lauk black pepper lamchop and salad and Kheirul makan lauk urat keting. Total makan cuma RM47. Tanjat kiterang sbb murah. Pizza pun amik yang paling besar. Giler sedap. Ada lagi satu lagi lauk pelik, lauk perut kambing. Nak try tapi sbb  nampak berminyak and takut pedas so tak amik lah. Tengah pantang ni kena buat cara pantang ye.

Cita-cita nak berenang kat sini tak kesampaian… pastu tengok plak citer Shark Night lagila  tak jadi. 

I masih lagi berpantang. Dah 2 minggu dah.So far lauk pantang macam biasa ada singgang , ada sup ada bakar. Tapi semalam dah start makan lauk goreng. Tapi takde lagi minum ice atau air dari fridge. Hati ni bagai memberontak nak minum sirap. hahaha Sirap suam tak syok la. Selain tu, makanan yang I rasa memberi angin, I tak makan contoh buah lai, pear, betik , nangka and honeydew. Macam nangka dan betik tu, time tak pantang pun I tak boleh makan sbb tu mmg kalau makan ada kemungkinan susah nak bernafas. Supplement pun amik like Obimin and Probiotics. Badan pun rasa dah sihat ni. Pening-pening pun dah kurang. Nanti kena cari madu plak. Madu kat rumah dah habis. Pastu sekarang tgh berbengkung sapu kapur dengan asam limau je. Bertungku belum sebab nak tunguku my sis, dia kat kampung. Nak pakai tungku moden takut sbb baca kat satu blog tungku meletup habus air panas kena anak kecik tuan punya blog. melecur. kesian :(

Kesian plak bebudak tak pi memana time cuti. Nak bawak pi swimming..I ni dah boleh swimming ke ek? Memula dulu plan nak ke Krabi, tapi ramai geng nak pi bulan 5, Pastu Kita tukar balik kampung. Kids was so excited balik kampung. Ashraff dah cakap dia nak bersihkan belakang rumah nenek nak bakar sampah.. tapi tup tup I kena dnc, so duduk rumah je. I told them no Krabi no balik kampung sbb mama tak sihat, tau dorang cakap apa? Dorang cakap it’s ok mama dok je rumah nanti suruh Cik Ta come n see you and we go to Krabi. Amboi??? bijak ingat papa korang nak pi kalau mama tak pi? Kiterang guna reason, tak pi Krabi sbb result exam takde 100%. Lagipun Kheirul dah amik cuti yang sepatutnya digunakan masa cuti sekolah time I sakit masa tu. Kang kalau amik cuti lagi dia masuk opis jadi singa plak. kan bang hehehe

You all camner? NI time pantang kalau balik kampung buat naya diri sendiri plak, semua benda takleh makan.

 

 

1 thought on “Cuti Sekolah duduk rumah je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.