Ini cerita menarik bagi orang Pahang yang dok kat KL. Kalau cerita pasal Pahang jer.. mesti tak lari dengan masakan istimewa orang Pahang iaitu Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak yang sememangnya hebat, sedap dan lazat.
Ikan patin yang asli dari Sungai Pahang ini tidak dapat ditandingi dari segi rasanya malah rasanya amat sedap sekali dan tidak ada rasa berlumpur, berlumut atau hanyir seperti ikan patin yang dibeli ditempat lain. Sebab itulah harga ikan patin asli Sg Pahang mahal jika dibandingkan dengan ikan patin lombong yang dijual dipasar-pasar Kuala Lumpur dengan harga RM3.50 sekilo. Harga sekilo untuk patin sangkar Sg Pahang adalah RM14 sekilo dan untuk patin buah asli ada yang mencecah RM60 sekilo.
Oleh kerana stock ikan patin dah lama tidak ada, kami sekeluarga ke Temerloh pagi tadi untuk memburu ikan patin. Kami keluar rumah dalam jam 10.00 pagi tapi jalan terlampau lah sesaknya sampai tiba di Tol Gombak dalam jam 11:30am… Sejam setengah tersangkut… maklom la.. kat KL tadi ada rusuhan skit… terus semua jalan tersangkut
Tepat jam 12:30tgh kami tiba di Bandar Temerloh dan terus ke Restoran Abang, restoran ikan patin gulai tempoyak yang terkenal kat Bandar Temerloh…
Kat Restoran Abang ni memang terkenal dengan masakan gulai tempoyaknya. Bukan sekadar ikan patin aja malah ikan baung, ikan jelawat, ikan talapia dan macam-macam ikan gulai tempoyak ada disediakan kat situ.. pilih aja…
Kami pilih kepala ikan patin gulai tempoyak saiz L aja.. ada size XL dan XXL tapi takut tak abis la plak… Tengok tu… peerrrggghhhh…. meleleh beb…. ni la dikatakan Gulai Patin Tempoyak yang asli… Original dari Temerloh Pahang…. kalau nak tahu rasanya… silalah ke Restoran Abang.. Google Maps (3.440665,102.424147)
Tengok la betapa syoknye Yatie makan tu…
Budak kecik tu.. standard la.. mesti nak bergambar gaks…
Jom Tengok SawaScore
Sesudah makan, perut pon dah kenyang, terus kami bersolat jamak jap.. standard la kan.. kalau musafir ada diskaun dalam solat dan boleh combine.. so tidak dilepaskan peluang tu. Lepas solat jer… terus menuju ke Kampung Pangsenam untuk membeli ikan patin fresh hidup-hidup dari Sg Pahang.
Kalau nak pergi ke Kampung Pangsenam ni.. senang aja.. dari Bandar Temerloh tu, ikut je jalan nak ke Tasik Bera dan melalui Kampung Tengah dan Kampung Buntut Pulau. Sepanjang perjalanan terdapat banyak gerai-gerai yang menjual ikan patin segar tetapi kami selalu beli kat Kg Pangsenam. Google Maps (3.421947,102.425265)
Ni la sangkar ikan patin di tepi Sg Pahang kat Kg Pangsenam tu…
Brader ni malu-malu untuk bergambar.. maklom ler tangkap ikan patin ngan tangan aja…
Skill dia memang menakjupkan… ikan patin bersengat tu relax jer dia tangkap ngan tangan…. Ashraff + Afriena dah menjerit-jerit masa dia tangkap ikan ngan tangan tu…
Kami beli 5 ekor ikan patin segar aja… simpan stock untuk bulan Ramadhan nanti… maklomlah.. kami sekeluarga ni memang hantu makan ikan patin.. kalu ikan patin lombong kat pasar KL tu kami tak makan.. cuma makan ikan patin dari Sg Pahang ni aja….
So.. kalau korang belom pernah lagi makan ikan patin original dari Sg Pahang… cuba-cubalah… mesti korang tak akan lupakan dengan keenakkan rasa ikan patin sebenar itu… mesti ketagih punya… tak caya.. cuba lah….
Kalau nak tahu direction ke tempat ni.. boleh call or email kami.. kami sedia membantu… kalau nak berkonvoi ramai-ramai pekena Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak kat Temerloh pon buleh diatur….