Suasana Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Salam semua, walaupun sedih dengan kekalahan Malaysia tetapi suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam amat meriah sekali.. Jarang sangat kita lihat peminat bolasepak negara kita memberi sokongan padu kepada pasukan negara kita. Boleh saya katakan tiada ruang kosong langsung didalam stadium malah diluar stadium pun orang ramai masih lagi berpusu-pusu untuk masuk kedalam stadium

Saya bersama rakan opis sampai dalam jam 6 petang.. suasana dah cukup meriah dan kami bernasib baik dapat tempat duduk. Orang ramai masa tu penuh ceria dengan sorak. Kawalan ketat oleh pihak berkuasa juga harus dipuji. Cuma kami tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman masuk ke stadium, dan sebab itu juga harga makanan di dalam stadium melambung…. sendiri mau ingat ler.. air miniral pon RM4 sebotol…

Tidak kira dimana pun kita berada, perintah Allah S.W.T tetap diutamakan.. Walaupun surau tersedia tetapi tidak dapat menampung jumlah jemaah yang ramai… Tepat jam 7:30 malam kami solat Maghrib diperkarangan stadium aja. Tahniah kepada saudara-saudara sekalian yang tetap menunaikan suruhan tidak kita keadaan, tempat, masa dan juga suasana.

Selepas solat, saya dapati pintu masuk ke dalam stadium sudah sesak dan tidak ada ruang untuk masuk.. mujur dengan kepakaran yanga da dalat gaks menyelit dan menyelinap masuk… Nasib baik tempat saya dah book awal-awal ada rakan yang jaga.. kalau tak… hehehe tentu takde tempat nak duduk…

Dalam jam 8:30mlm….. suasana menjadi lagi hangat dan riuh rendah stadium… tak tahu nak cakap camne… macam-macam gelagat ada.. tetapi satu benda yang harus dipuji…. penyokong Malaysia memang sporting… Kami umpama sebagai satu keluarga besar yang menyokong satu tujuan dan impian yang sama… cuma nasib sahaja tidak menyebelahi kami semalam…. tapi takpe… cuba lagi dilain masa…. Teruskan ngaumanmu Sang Harimau Malaya…!!!!

4 thoughts on “Suasana Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.