Travelling in Hong Kong : Octopus Card & Itinerary

Assalamualaikum

Adehhh lama betul tak update blog. MAcam mana mau update kalau Michiko tak tidur jangan perasan lah nak pegang segala jenis gadjet. Semua benda dia nak pegang. Kalau nak call mak kat kampung pun kena buat loud speaker sbb dia pun nak akap sama. Sibuk tau nak dengar apa kita cakap. MAcam lah dia paham.

NI dia tengah tidur setelah kenyang susu sebotol dan ditepuk untuk tidur. KAli ni nak kongsi maklumat pasal octopus kad. Kalau ke Hong Kong, yang jenis tak nak naik Taxi, kena lah beli Octopus card. Rakyat Marhaen macam kami ni, anak berderet memang lah kena beli. Takkan nak naik cab kot.

Cara dia senang je… Sampai je HK Airport settlekan passport dan beg, Maka berjalanlah kita kaunter-kaunter di Airport itu. KEbanyakkan kaunter kat situ ada perkhidmatan menjual Octopus card.Cakap je nak beli Octopus Card for adult and for kids, kalau ada anak lah. Bila dah beli tu..boleh lah nak guna untuk naik tren dari airport atau naik bas. Kami pilih bas untuk ke Causeway Bay. Naik tren mahal sikit kos nya, lepas tu kena tukar stesen, penat tau tarik beg sana sini , angkut anak. Kalau naik bas, naik sehala takde nak tukar stesen, konpem dapat tempat duduk, tak besesak dengan orang dan yang best ada wifi dalam tu. Naik bas duduk kat atas, beg tinggal bawah, jangan risau ada cctv, boleh tengok barang kita. Lepas tu setiap perhentian dia tunjuk kat screen.

Best lah pengalaman naik bas. Nak bas dari airpot banyak penjimatan kos dan tenaga. Lagipun bila dah sampai kat Wan Chai Fire Station, jalan cross the road, teus nampak Time Square. Kami stay area situ je…semua walking distance.

Okaylah tak nak cakap banyak, you all boleh tengok itinerary kita.

Simple jekan? Pastu kami add lah sendir. HAri 4 and 5 tu banyak lepak sebab cuaca sejuk then En suami bertugas untuk tournament Taekwondo. KAmi lepak masak maggi, pasti pi 7E, pastu tapau nasi itik…fuhhh best sbb makan je… pastu bila si kecik tido, kami pun join sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.