TalentCorp Career Fair

Ini Adalah Posting Berbayar

TalentCorp telah bekerjasama menganjurkan Pameran Kerjaya Sektor Tumpuan (SFCF) dengan Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 12 – 13 November yang lalu. Usahasama kedua pihak ini telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada graduan UiTM. Pameran Kerjaya Sektor Tumpuan atai lebih dikenali sebagai Sector-Focused Career Fair (SFCF) ini telah diadakan di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam.

1454997_393121477485338_1354291096_n

Sector-Focused Career Fair (SFCF) ini telah dirasmikan oleh  YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Sebanyak lebih 30 syarikat menyertai pameran SFCF UiTM , antaranya AIG, DHL, Electrolux, Frost & Sullivan, GlaxoSmithKline, HP, IBM, LaFarge, Sime Darby dan PwC.

zxc

SFCF adalah salah satu inisiatif TalentCorp  yang dapat memberi peluang kepada graduan untuk berinteraksi dengan CEO’S dan wakil-wakil HR dari majikan-majikan yang menyertai pameran . Dengan cara ini, ia dapat memberi lebih maklumat kepada graduan tentang laluan kerjaya dan kriteria permintaan majikan terlibat.

sfsd

Pameran dua hari turut menyelitkan seminar Kerjaya / Career Talks yang menjadi medan generasi muda berinteraksi dengan industri utama. Manakala ,Couch Corner Slot pula disediakan khas untuk pengunjung yang terdiri daripada pelajar untuk berinteraksi dengan wakil syarikat secara santai.

1452425_393040754160077_1219450105_n

Maklumat lanjut mengenai TalentCorp dan SFCF sila layari laman

www.talentcorp.com.my atau

www.facebook.com/SectorFocusedCareerFairSF

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.