Kampung Boy

Lepas bersuka ria kat kampung…ye bersuka ria Ashraff la… punyalah excited jadi jadi budak kampung. Tau dia buat apa? Dia join me and my sis, sapu daun kering, Yang paling excited , tolong bakar sampah..semua daun pi kutip pastu campak dalam api. terjerit-jerit mama dia takut kena api. Hahaha padahal mama dia masa kecik lagi la bukan setakat main api, kena api pun pernah. Sambil tolong bakar sampah, dia tolong Tok Abah dia kutip buah langsat. Atok dia panjat, dia tunggu kat bawah. Lepas tu, pergi angkut sampah..pergi check buah mangga, kejar ayam…ni masa raya ni.

Pastu dok sibuk ajak pakcik dia tengok buah manggis. Kesian budak bandar, pokok manggis pun tak kenal. Nampak lah dia buah manggis atas pokok siap goncang lagi konon suruh buah jatuh lah. tu kerja dia dengan Afriena la tu…haish jangan ular yang jatuh sudahlah. No wonder dia dok bising dok tanya bila nak balik kampung, rupanya ada kerja. Ni dok tanya lagi bila plak nak balik kampung. My sis tanya..Ashraff tak nak ke amik gambar tengah bakar sampah…hahaha tak kuasa lah nak ngambik gambar….

 

 

2 thoughts on “Kampung Boy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.