Hajj Korean Halal Food

Part last…

malasnya nak update, tapi sebab makan kat sini pun sedap..so kena update. Ni percubaan kedua nak makan kat sini, first time datang penuh. Dia tak ambil ramai orang sebab cuma sorang masak dan tempat kecik. Muat kami satu family je.

Tapi makan dia memang sedap. Macam makan masakan seorang ibu. Sambil tunggu dia masak, memang akan kedengaran keletang keletung kat dapur..hahaha kalau jiwa broken tu tak payah lah makan.. kot korang terasa.

Tapi sebenarnya dia baik. Kiterang bersembang pasal politik. haa bukan main lagi English dia tak bleh cakap mana, Korean je lah… pandai-pandailah korang nak bersembang. Suka dia tengok kami anak ramai..

Kami ke sini selepas ice skating kali kedua kat Seoul plaza, lepas tu solat kat masjid, pastu baru makan.

MAkanan kay sini murah sikit..

Seafood noodle. Rasa dia memang sedap lah… mangkuk besar gila. Siap share dengan semua orang. MAkan macam ni panas-panas ..dengan kat luar yang sejuk..memang sajak
Rayyan punya…dia kata sedap. Sedap lah tu sebab dia makan licin..
Spicy Squid. Ni memang sedap..edas berdesing.Memang kena… tak tau pes sambal apa dia letak.
Afriena and Ashraff order bibimbap. Dorang cakap tersedap. Aku try..memang sedap. Sedap sangat compare dengan kedai Eid. 5 star.

Kami order juga Nasi with grill fish untuk Mei Mei and fried chicken untuk Aqilah. Puas hati makan sini walaupun kena tadah telinga keletang keletung kat dapur…hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.