Road trip: Rawang – Koh Lanta

Ini cerita bulan lepas… Bukan main susah nak blogging sekarang. Well you know. KOmpute kat atas, bila lepak bawah, malas plak nak naik tingkat atas. Kami ke Koh Lanta. A veru short notice plan. Masa plan ni..baby pun takde passport. Bok hotel dulu baru gi buat passport baby. Rimas tau pergi buat passport sebab ramai sangat orang.Nasib baik cepat je siap.

Kiterang bertolak dari Rawang dalam pukul 12 malam. Drive Tru McD sbb belum dinner, then terus ke Utara. Cuma singgah sekejap pasal pilot nak ke toilet. Yang lain lepak dalam kereta. First time baby travel jauh. Doa yang baik-baik je . Alhamdulillah sampai Changlun sebelum subuh. Banyak masa bleh settle kan white card, tukar duit dan insurans kereta. Lepas tu Solat SUbuh then terus ke BKH

Lepas BKH, panjang Q nak cop passport. PRosedur baru dah. Tak payah turun kereta, Tapi lama lah beratur. Cuaca kat ICQ hujan renya-renyai tapi suhu sejuk. Kena akai baju panas lah. Kalau macam Rayyan dia tak pakai lah sleeveless dia sepanjang masa.

3 jam jugak baru settle,,,  Lapar perut. Pulut n ayam goreng takde plak kat tempat biasa. So teruskan erjalanan jumpa kedai makan kita berhenti.

Perut sudah bergendang-gendut tali kecapi..laprpo watakunsi dah.. Nampak masjid, kami singgah. Berhenti makan. Mee celup. Orang kedai buleh kecek kelate..takdok hal..srupo sedaro maro nyo laye ke demo. 

So kalau korang nampak masjid ni,,berhentilah kot kot nak makan ke kan. Selain mee celup dia jual nasi lauk campo jugak. TApi perut kami ni takleh nak makan nasi pepagi. So makan mee celup and minum teh je. Sebab hari sejuk saya order teh tarik..pehh teh tarik dia kat tempat lain memang tak jumpa lah..lemak berkrim ..manis mak aihh dia siap kasi teh kosong lagi satu teko..sbb takut terlampau manis katanya. memey manih letting tingting

Selesai makan..kami meneruskan perjalanan. JAuh tak jauh macam pi Krabi je. Ha tengok signboard tu. MAsuk kiri je nampak orang jual ayam golek. Ini kena berhenti ni.Sebelum tu ada berhenti jugak. Berhenti pi toilet dan masuk 7E. Kalau masuk Siam, 7E adalah satu tempat yang kena masuk sbb 7E dia best. Semua ada. Kalaulah 7E kat Malaysia best macam ni dengan penawaran harga yang berpatutan. 

Berhenti beli ayam golek sekor. Korang tengoklah berapa harga ayam golek sekor. YAng jual ni kot hentam je cakap siam ngan saya. Kita pun medai dai..ka ka ka je lah.. bedal je lah. sikit sikit boleh lah.. Tau tak masa ni suhu kat luar dalam 20-23 celcius je. Kira sejuk lah

Tunggu ayam lagi. TUnggu dia pootng ayam

Dah sampai di Jeti untuk ke Lanta kecil. KEna beli tiket Ferry dulu. Tak beli kalu takleh naik

Lepas beli..apa lagi beratur lah. TAk lama dalam 15 minit je kejap je.

Dah naik Feri… tengoklah pemandangan dia. cantik kan?

Sampai Koh Lanta kecil..teruskan perjalanan sebab kami nak ke Lanta besar. Dari Koh LAnta kecil ke Koh Lanta Besar boleh seberang dengan jambatan je. Korang kalau berhenti slfie..silalah berhati-hati..beradab ye

 

Dah sampai..Koh Lanta BEsar. Masa untuk cari hotel. 

Kami duduk di Hatzanda Hotel. Muslim owned.Sebab mam yang belanja hotel so mamalah kena bukak wallet.Kami amik satu bilik family. Bilik besar. Satu KIng size bed dan 1 bunkbed. MUatlah berenam tido. Kami amik sekali ngan breakfast.

OKlah kita samung lagi..next cite pasal makan-makan plak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *