Makanan Halal di Koh Lanta

Bab makan kat Koh Lanta tak payah risau..makanan halal sangat senang dan murah.

ni masa first day. Kira room service je. order nasi goreng pastu dia hantar ke bilik. Sebab malas nak keluar dah penat kan. Lepak makan depan TV. Nasi goreng seafood for mama n papa n nasi goreng daging for kids pastu lawankan dengan ayam bakar yang beli masa otw siang tadi. Sedap. Air minum air kosong je. Malam-malam kalau lapar lagi makan roti susu fav Rayyan. Dia takde lain..masuk Siam nak roti susu. before check in, dah singgah 7E beli susu lah yogurt lah roti lah jajan lah…huh semua ada  untuk dorang makan malam-malam

NI breakkie kiterang. Sbbb harga bilik dah campur ngan breakfast kan.. so ni je lah makan pagi kiterang. kot lapar cari makan luar la. Ingatkan buffet ke apa..rupanya set meal. Mahal plak hotel charge for this. Kita just pilih je menu then dia masak, 

Ni gambar bangunan bertentangan tempat makan kiterang. makan tengah hari .Dah habis pusing Koh Lanta, Cari tempat makan. Dah nampak masa lalu mula-mula tu, nampak jual goreng pisang. tapi sbb masih kenyang, masa otw balik tu singgah ingat nak makan goreng pisang, sekali tokey kedai cakap makan sini la, ada nasi. Apa lagi..dengan suhu dan cuaca ala ala duduk Cameron Highland, perut yang lapar kami singgah lah.

Ni kedai dia. Depan goreng pisang ada, dessert kampung lake sira labu, ubi, dan kuih lain ada di jual. Harga dia? seriyal jah katanya..hahaha Dia boleh cakap Kelate. Kita pun apa lagi..like go back hometown lah. Harga bukan seriyal tapi 10B. Murah lah tu. Yang ni bungkus bawak makan dalam bilik sebelum ke Swimming pool. Terjun swimming pool pun kejap je sebab sejukkk

NI tengah order.Lama tak lama..kejap tak kejap sampai makanan. Sempat lah dengar Rayyan melalak sebab apa yang dia order takde. Dia nak makan pancake..mana ada siang buta gini. Yang ada masakan panas. LAst sekali dia order udang goreng tepung rasanya. Nasib baik ada..kalau takde risau gak kot kot kedai tu terbalik.

Anak-anak senang je..asala dapat nasi goreng ..dorang makan lah. Sedap masakan dia. Murah pun murah.

Ni tomyam dia. Sorang makan. Harga dalam 80B. Tomyam seafood

Kat depan yang jual kuih muih..dia ada jual satar. Try lah satu. Harga 10B. Perghhh pedas )(&^%$. Tapi Satar Ganu lagi sedap lah

Ni makan malam plak. Restoran dia depan hotel sikit je kena jalan kaki lah. Depan Restauran dia ada 7E seberang jalan. Tokey kedai dia macam biasa boleh cakap Kelate. Tau tak orang siam perangai dia, kalau kita cakap bahasa yang dia boleh cakap..layanan dia terus tip top. Ha yang ni tiptop lah

Ni bebudak punya kot. Dorang nak makan maggi goreng pattaya. Ha lupa lah..tapi apapun makan sini memang sedap.

Yang ni special. Kuey teow ladna. Sampai sekarang dok teringat rasa dia. The best in the world. Tapi kalau uolls pi rasa dia tak best..sorry lah ye.

apa-apa pun makanan kat KOh Lanta murah dan sedap. Makanan halal memang senang tak payah risau. 

Sekian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *