Saya selalu memandu ke Thailand (Siam) dengan kenderaan sendiri dan biasanya masuk ke Siam melalui Bukit Kayu Hitam tapi kali ini saya ingin berkongsi pula procedure memandu ke Thailand melalui CIQ Rantau Panjang Kelantan dan CIQ Sungai Golok.
Secara peribadi saya rasakan procedure melalui CIQ Sungai Golok lagi mudah dan cepat serta mesra pelanggan oleh pegawai kastam dan imigresen Siam jika dibandingkan dengan procedure melalui CIQ Bukit Kayu Hitam – Sadao/Danok.
PANDUAN INI UNTUK KENDERAAN PERSENDIRIAN SAHAJA
Dokumen yang diperlukan:
- Passport
- Geran Asal (Photostat tak main ye). Berbeza ngan BKT/Danok, kat sana terima Geran Photostat tetapi kat CIQ Sg Golok ni pegawai imigresen Siam nak GERAN ORIGINAL ASAL. Alasan diorang untuk mencegak penyeludupan kenderaan curi katanya.
- Surat kebenaran pemilik kenderaan (sekiranya nama kenderaan bukan nama sendiri) + Salinan IC pemilik asal.
- Insurans Kenderaan Thailand – dibeli di CIQ Sg Golok (RM30 – utk MPV 7 seaters)
- White Card – RM2 sekeping diisi di CIQ Sg Golok
PANDUAN MEMANDU KE THAILAND – Memalui Rantau Panjang & Sg Golok
CIQ Rantau Panjang Malaysia
- Pandulalu aja dan apabila sampai kat kaunter pandulalu imegresen Malaysia, bagi Salam dan serahkan PASSPORT. Turunkan semua tingkap kenderaan supaya pegawai imigresen dapat tengok pemandu dan penumpang kenderaan.
- Selesai scan passport, ucap terima kasih dan terus pandu kenderaan menuju ke jambatan Sg Golok (Sempadan Malaysia/Thailand)
CIQ Sungai Golok (Kolok) Thailand
- Parking kenderaan di tempat parkir dan semua orang kena turun menuju ke dalam bangunan imigresen Siam.
- Beli Insurans kenderaan & Apply VEP – Masuk aja pintu bangunan imigresen Siam tu, betul-betul tingkap sebelah kanan yang pertama sekali. Beli kat situ. Serahkan Geran Asal kenderaan dan in-return ada 3 dokumen yg pegawai Siam itu bagi.
- i. VEP – Vehicle Entry Permit (yg belom ditandatangani oleh pegawai kastam siam lagi)
- ii. Insurans Siam (simpan elok-elok)
- iii. Passenger list (mesti dichop bersama-sama dengan passport pemandu)
- White Card (RM2 seorang) – Terus masuk bilik di sebelah tingkap buat VEP & Insurans tu. Cakap je kat pekerja tu nak buat white card. Dia akan amik semua passport dan buat isi borang white card tu.
- Chop passport – Sesudah buat white card tu.. sorang-sorang pi beratur plak kat kounter chop passport dan jangan lupa untuk chop passenger list sekali. Kat sini free jer chop passport dan tak perlu bayar upah chop passport seperti yang biasa dilakukan kat CIQ Danok (Bukit Kayu Hitam). heheheh!
- Tandatangan Surat VEP – (tengok gambor bawah ni) Balik ke kenderaan, pandu lalu ke lorong Kastam Siam, sampai je kat Checkpoint Kastam Siam tu, pemandu kena turun dari kenderaan dan ambil tandatangan Pegawai Kastam Siam. MAKE SURE surat VEP tu ditandatangani oleh pegawai tersebut dan CHOP. Pemandu pon kena tandatangan pada 3 tempat pada surat VEP tersebut. SIMPAN ELOK-ELOK Surat VEP ni dan akan diserahkan kembali kepada Kastam Siam masa nak balik ke Malaysia nanti. Kalau surat VEP ni hilang, al-marhum la kenderaan korang….takbleh nak balik Malaysia.
OK selesai sudah urusan dan boleh lah pandu ke destinasi yang dituju.
Berikut adalah contoh dokumen
- Insurans Kenderaan Siam
- VEP Siam (Vehicle Entry Permit)
AKHIR SEKALI: PESANAN SEKALI LAGI. DOKUMEN VEP DIATAS INI PERLU DISERAHKAN KEMBALI KEPADA KASTAM SIAM SEMASA PULANG KE MALAYSIA NANTI.
Selamat memandu ye!!!
CONTOH SURAT KEBENARAN MEMBAWA KENDERAAN KE THAILAND
James Bond
10 Jalan Kebun Getah
Tanjong Apolo
98012 Pekan
Pahang
20 Oct 2018
Officer in Charge
Thai Custom Department
Thailand
Re: TOYOTA VELLFIRE 3.5 MPV PETROL Registration Number CFE8888 (Engine No: XXXXXXXXXXX Chasis No: YYYYYYYYY)
This is to confirm that the above mentioned motor vehicle belongs to James Bond (IC No:xxxxxx-xx-xxxx) and its is hereby giving consent to (Name) Johnny English (Passport No: A123456789) to take this vehicle to Thailand for visiting purposes.
Your cooperation and assistance render to him is much appreciated
Thank you and best regards
Your faithfully,
(signature)
James Bond
(IC No: xxxxxx-xx-xxxx)
Salam..tumpang brtanya..situasi sy mcm ni,kereta ats nama mak sy dan sy sbg pemandu..masih perlu tak surat kebenaran pemilik kenderaan masa pass immi thai? Sbb mak sy masuk sekali brsama sy ke thai..tq !
kalau mak tuan ikut sekali tak perlu.. .tetapi semasa buat VEP (Vehicle Entry Permit) tu… mak tuan kene tandatangan…..
Assalamualaikum tuan..kalau moto belom habis byr ,gran masih kedai moto pegang mcm mana ye? Kat saya cuma ada gran fotostat
biasanya untuk CIQ SG Golok kena yg original… tapi boleh bawak berunding dengan pegawai kastam siam tu
As salam. Nk tnya, mmg kena sertakan geran original ke
untuk CIQ Sg. Golok diorang nak geran ORIGINAL….
kalau CIQ Bukit Kayu Hitam… boleh pakai photostat
saya plan nk masuk golok weekend ni tp geran kereta asal masih di bank. Maybe sy siap sedia bwa yg copy shj. Agak-agak nya lepas masuk ke tidak yea? huhuhu
Boleh kot
Tak boleh. Mmg kena original kalau ikut rantau panjang. Kalau bukit kayu hitam boleh photo copy.
Hari ni adik saya pergi ikut rantau pjg. Tak boleh masuk. Kena balik amik original Geran. Pegi jpj aply geran ganti. Byr rm50
Semalam saya masuk ikut bukit kayu hitam masuk pakai photo copy je.
ye betol… kalau BKT boleh pakai photocopy…
tapi kalau ikut Rantau Panjang Sg Golok… kena pakai geran original
Kau pergi pjbt JPJ isi borang geran hilang byr rm50 dapat geran ori gantian. Kau simpan . Senang kerja
Salam… tumpang tanya… ada beberapa keraguan.
1. klu saya nak melalui CIQ Padang Besar boleh guna geran kereta yang photostat dak?
2. kereta saya dan kereta adik guna nama saya jgk… klu saya buat surat kebenaran tp adik yg bawa agak2 boleh dak bawa masuk dua2 kereta skali…saya pun pergi sekali
3. saya dapat info yg kereta baru kurang daripada setahun x boleh masuk thailand… betol ke…
1. klu saya nak melalui CIQ Padang Besar boleh guna geran kereta yang photostat dak?
– BOLEH guna photostat kalau masuk ikut CIQ Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam TETAPI TIDAK BOLEH untuk CIQ Rantau Panjang- Sg Golok
2. kereta saya dan kereta adik guna nama saya jgk… klu saya buat surat kebenaran tp adik yg bawa agak2 boleh dak bawa masuk dua2 kereta skali…saya pun pergi sekali
– BOLEH. takyah buat surat kebenaran sebab TUAN PUNYA kenderaan ada semasa buat VEP
3. saya dapat info yg kereta baru kurang daripada setahun x boleh masuk thailand… betol ke…
– INFO TIDAK TEPAT. Kenderaan umor sehari pon boleh masuk Siam. Janji ada Geran yang sah.
Taklimat dr Thai kat kl hari tu kata 1 penama utk 1 kenderaan saja.
Kenderaan atas nama org lain. Tapi owner xikut sama. So macamana ya utk masuk melalui r.panjang?
kene buat surat kebenaran dari owner asal. boleh mintak tukang isi borang Siam tolong buatkan… bayaran dikenakan kat tukang buat surat tu…
adakah owner kena ikut jugak?atau tidak perlu?
owner kenderaan kene ikut.. kalau tak ikut kena bagi surat kebenaran membawa kenderaan
Kalau kerete ats nama abg saya..tapi kereta tu belum habis bayar lagi..geran ori xdpt..pihak bank bagi geran fotostep jew..blh ke msk melalui bukit bunga
kena pakai geran ORI… boleh amik kat bank or pi JPJ buat salinan geran
kalau masuk melalui pengkalan kubor, salinan geran diterima ke?
insurans boleh beli kt mna? dekat situ jam berapa bukak untuk beli insurans?
saya tak persah ikut pengkalan kubor. Tapi ikut cerita kena naik bot/feri terus ye Tak Bai…
geran baik bawak yg ori..
biasanya kat CIQ siam tu ada jual insuran.. kena pandai tanya orang kat sana
Salam encik nk tnya,kalau kereta yg belum habis byr geran mmg pihak bank pegang lagi.jadi kereta tu mmg xboleh bawa masuk la ye.jarang kereta yg byr cash ni.pelik sb ramai je yg msuk bawa kereta xkn semua byr cash kot..huhu.ada cara lain x encik selain dr kene guna geran asal??
geran boleh mintak ngan bank walaupon belom abis bayar. Janji payment ke bank cantek
tuan, selain white card, apa lagi kos-kos lain ye? Insurance bape rm utk kereta biasa?
kos-kos yg perlu untuk masuk Siam:
i. whitecard – rm2/seorang
ii. insurans kenderaan – RM16-RM45 (bergantung kepada bil penumpang – harga ni utk kereta/MPV 5-8 penumpang)
kalau ikut Bukit Kayu Hitam – kene tambahbah RM2/pax untuk chop passport
nak tnye.. kan ade surat tm2 kalau nak masuk thai.. kalau kwn sy xbagi surat tu tp vep paper tu bglah balik dkt declaration custom takpe ke? and peliknye kwn sy tu pegawai tu cop je pasport keluar thai die. means die keluar malaysia xde apa masalah apa pong.
surat vep tu kena serah balik kat pegawai kastam siam.. kalau tak serahkan kereta tu dah takbleh masuk siam lagi…. kalau nak masuk gaks kena denda
Pkl berapa gate sungai golok tutup
9 mlm
insurance tu valid brp tahun?
insurance siam tu valid 2 minggu and up…. biasanya dlm 2 minggu to sebulan
Tuan,
Kalau masuk melalui rantau pjg, kluar di pengkalan kubor, boleh ke? Semua process serah document sama x? Ada pengalaman ke?
sama jer… boleh masok ikut mana mana pon
nak tanya..surat kebenaran membawa kenderaan macam mana nak buat? dekat mana tempat nak buat surat tu? sbb geran kenderaan ats nama owner, owner tu xikot..
tulis jer surat rasmi, or cara lain pi pesuruhjaya sumpah dan mintak dia buatkan.
paling senang suruh jer runner kat CIQ siam tu buatkan.. janji bawa geran ori n salinan ic pemilik asal
Salam, nak tye…plan nak masuk jumaat pagi tapi dengar cerita pagi jumaat selalu jem, boleh x kalau kita pegi dulu sehari dua awal buat siap2 insuran dan cop passport semua, pastu masuk balik malaysia, pagi jumaat terus jer masuk que x perlu turun ke imi golok? Pasal nak elak jem teruk pagi jumaat
tak boleh
boleh pi sehari dua awal n chop masuk dulu.. masa keluar tu pon chop keluar la balik… pas tu hari jumaat tu terpaksa beratur balik utk chop masok siam balik….
takde short cut bro.. once masok kene chop masok.. then keluar kene chop keluar….
Owh…ok bro, dah buat….boleh jer, pegi hari rabu cop passport buat insuran dgn surat declare masuk keta, masuk kejap golok gi tukar duit thailand dgn beli simkad, buat stiker plate utk saje2, x wajib pon…pastu masuk balik malaysia…hari jumaat dtg lalu jer kat imigresen rantau pjg, terus masuk ke imi thai laluan kereta, ok jer cuma x digalakkan buat mcm nih….lepas terus lancar ker hatyai….
betul ke selalu jem jumaat tu?
jumaatselalu Jem sbb Kedah cuti kelantan cuti…orang dok berpusu masuk siam
assalam tuan.. geran asal hanya untuk tnjuk kepada pegawai kan?..bukan dia pegang geran kita kan?..mohon pncerahan
ye betul
bagaimana pula dengan sticker no plat thailand tuan?..perlu dibuat di malaysia atau di thailand?
kereta saya tak pernah pon buat stiker no plat siam tu… dah dekat 10 tahun masuk keluar masuk keluar ke siam.. memang tak buat stiker no plat siam pon…
org yg tampal stiker no plat siam tu sekadar kosmetik aja… tak wajib pon buat no plat siam…
1. Insurans tu kita beli masa hari kita masuk ke golok ke? Atau lebih baik beli sehari dua lebih awal?
– yes, insurans beli masa hari kita masok sebelom chop passport..
2. Harga insurans macam mana ye? Sy travel utk 4 hari.
– harga insurans ikut 2 minggu, sebulan dan seterusnya.. nak pi 4 hari pon kene beli insurans 2 minggu..
3. Borang insurans tu kita isi atau ada org sana yg tolong isikan ye?
– borang semua agen insuran tu tolong isikan.. janji sediakan fulus aja
Saya nak masuk Thailand ikut Rantau Panjang bolehkah guna photostat gran saja sebab gran kat bank tapi photostat disahkan oleh balai polis malaysia
boleh cuba… tapi biasanya kastam Siam nak yg original.
Boleh ke masuk pakai geran fotostat yg disahkan oleh balai polis?
Setah pengalaman saya, utk masuk ke Siam melalui Rantau Panjang-Sg Golok memerlukan geran original. Geran photostat tak boleh pakai.
Geran kat bank pon boleh amik.. paling senang pi JPJ.. reprint geran original…
Kalau kita x pergi bank tapi kita terus mintak reprint gran ori boleh ke ?
boleh… report hilang dan reprint… RM50 bayar kat JPJ
Nk tnya..kalau sy nk masuk golok shaja.adakah sy perlu ada insuran?
sepatutnye kena.. tapi kalau setakat bandar golok n berdekatan ngan border tu takyah pon takpe.. tapi kalu jadi apa apa… sendiri mau tanggung la
sy nk msuk siam melalui pdg besar n kuar ikut sg golok n msuk smula ikut sg golok kuar kt pdg besar..
persoalannya
1. prosedur tu kne ulang yg same ke
2. kalu insurans msih xpired, boleh kn pkai insurans tu lg..
insurance tak expired bleh pakai..
Assalamualaikum. Terima kasih tuan atas info yg tuan bagi di sini.
Cuma saya nak tanya, kalau masuk thailand dgn kereta sendiri dari kelantan hanya melalui rantau panjang sahaja ke?
Kalau melalui pengkalan kubor kereta boleh masuk tak?
Soalan kedua. Saya cadang nak masuk thailand melalui rantau panjang atau pengakalan kubor, keluar melaui bukit kayu hitam . Boleh ke? Atau kena keluar melalui emegresen yg kita masuk?
wasalam
boleh masuk ikut pengkalan kubur juga dan keluar ikut Bukit kayu hitam
Kami pon selalu buat… masuk ikut Rantau Panjang/Sg Golok… dan keluar ikut Bukit Kayu Hitam…
no problem.. Janji surat VEP tu kena simpan elok elok dan serahkan masa keluar dari Siam…
Hari tu sy masuk siam tp time keluar xbg borang Information of Conveyance. Sama ke dgn borang VEP tu? Maknanya sy dh xblh masuk siam ke?
borang declaration of conveyance tu takpe kalau tak bagi…. jangan VEP… VEP memang takbleh masok siam balik…
Ttg insurance Siam tu, kita beli kat dlm komplek immigration / kastam Sg Kolok atau di Pekan Sg Kolok Tuan?
dalam komplex immigration…ada saunter kat situ
Nak tanya kalau dekat ciq rantau panjang, pengawai hanya minta passport pemandu sahaja, penumpang kena turun kereta untuk scan passport x?
penumpang kena turun… isi white card n cop passport
kalau tak boleh isi sendiri, boleh mintak sorang amoi kat dalam opis tu tolong tulis. dia caj RM2 satu passport
Salam tuan, tumpang tnya, kompleks imigresen thailand tu buka & tutup pkl brp, setiap hari sama ke, tkasih.
dari 6 pagi (MYT) ke 10 mlm (MYT)
waktu siam 5 pagi (THT) ke 9 mlm (THT)
Kalau dekat imigresen Rantau Panjang penumpang x turun untuk scan passport, ada ape ape tak? Tapi dekat imegresen Thailand memang semua penumpang ada turun cop passport dgn isi white card…
yeap….
kat CIQ Rantau Panjang…. just bagi passport kat pegawai imegresen dan senyum jer kat dia.. pemandu & penumpang takyah turun dari kenderaan..
kat CIQ Sg Golok (SIAM) semua kene turun n chop passport
Boleh bg contoh x surat kebenaran drpd pemilik kenderaan? Sbb nk pgi ke golok pkai kereta atas nama mak sy..tq
tengok contoh surat yg saya post kat atas
Salam.saya nk tanya.sy nk p thailnd hri jumaat mlalui rantau pnjg.klau nk buat insuran kreta di ciq thailand bole ke hri jumaat?
hari apa apa pon boleh…. jangan tak solat Jumaat dah la….. hehehehe jangan marah yer.. gurau jer
Assalamualaikum tuan sya nk tnye.. untk surat akuan sumpah..owner kete perlu ad skali ke..?
takyah buat surat sumpah…
just buat surat kebenaran bawa kenderaan je… macam surat rasmi biasa jer.. owner takyah datang..
paling senang suruh aja runner kat CIQ tuh buat… memang diorang dah ada standard format dah
CONTOH SURAT ADA KAT POSTING SAYA TU
Assalamualaikum, Maaf nak tanya..
kereta tak habis bayar lagi jadi geran fotostat shaja yang kita ada, geran asal dekat bank.. Tapi masalahnya, Kami beli kereta di KL, jadi bank asal tu dekat KL.. sekarang kami di Terengganu, ayah saya kerja disini.. so macam mana kami nak mintak geran asal dekat bank? knfom2 geran asal dekat bank di KL kan? Mintak pencerahan encik.
boleh pi JPJ yg terdekat mintak reprint geran. Owner asal kena hadir sbb nak sahkan IC.
Salam.. tumpang tanya… klo saya masuk ikut bukit kayu hitam pakai geran photocopy dan keluar ikut rantau panjang pakai geran photocopy bole ke?
ke die da tak tengok lagi geran mase nak keluar ikut rantau panjang tu?
keluar no problem sbb dah tak tanya geran…. geran digunakan untuk dapatkan VEP aja… kalau ikut BKT, geran photostat boleh guna untuk dapatkan VEP…
yg jadi masalah sekarang ni kalau masuk Siam ikut Sg Golok.. kene pakai geran ori
Salam
Sy cadang nak masuk ke siam pada ari jumaat subuh.jadi saya plan hari khamis saya nak gi buat dlu
insurance,Vep,White card, buat siap2
dan hari jumaat subuh tu terus procced ke imiggresen siam
bole ke
baik buat masa hari nak pergi.. bukan susah pon
Saya dan keluarga nak pergi sg golok. Saya & suami ada passport, tp ank2 xde..nk buat mcmana ye
kene buat passport utk anak anak tu la.. kalau nak masok sebagai pendatang tanpa izin pon boleh.. janji tanggung sendiri kalau kena tangkap
salam. saya ingin ke songkla menggunakan van sewa. ada masalah tak? van sewa yg 11 seater teapi pergi dalam 8 org je
takde masalah.. janji ada surat kebenaran dari owner VAN tu
salam
kalau saya beli insuran di rantau pjg boleh ke?
atau wajib beli kat CIQ sg golok
surat VEP tu free ke?
salam
insuran kalau beli d rantau pjg boleh ke?
@lebih baik beli kat CIQ sg golok.
utk dapatkan VEP tu free ke?
Boleh beli insurans kat mana mana pon… tapi senang n lebih baik beli sekali kat CIQ Sg Golok sebelah Siam lagi mudah…
VEP tu FREE aja… cuma kene beli insurans aja
Salam.. Kalau pilih insurans siam setahun harga RM90.00.. Tp selalu datang Thailand.. Boleh tk pulang VEP Siam kpd pegawai kastam Thai sebelum 1 tahun?
VEP kena pulangkan semasa keluar siam..
Pasal insurans setahun tu perkara lain.. so VEP tu hanya boleh pakai sekali masuk dan keluar dari Siam shj
VEP boleh pulangkan sebelum cukup sebulan dari tarikh masuk….kalau lebih sebulan akan kena denda 1000 bhat sehari….kalau x silap lepas tempoh berapa lama ntah….xde kena denda dah….x sure berapa lama, mungkin setahun, kalau silap maaf la, pasal ada kenalan dia x serah benda tuh….lepas 3 tahun dia dtg balik lepas…x kena denda pon
Salam, kami bercadang nak drive ke Hatyai melalui sg golok. Adakah selamat drive? Kita selalu dengar di naratiwat dan pattani bnyk kes menembak dan bom.
setakat ni dah takde masalah lagi…. cuma perlu berjaga jaga
Salam tuan, jalan raya belah sana drive belah kanan mcm di msia jgk ke…pastu tukar duit kt mana yg paling sesuai dan caj dia kurang skit..di msia atau kt sana? Tq
jalan sama macam malaysia jer… tukar duit kat mana mana money changer
Berapa lama maksima tempoh VEP ?
max 3 bulan…. ikut tarikh chop passport pemandu/tuan punye kenderaan
As salam kami becadang nk drive melalui golok ke hatyai. Nk tahu pasal penggunaan waze, senang dpt line ke.
beli jer prepaid travellers pack Rm15 jer tahan 5 hari…. internet unlimited… takde quota…
guna la waze ker.. tethering ker.. youtube ker… ikut suka….
As salam. Kami telah masuk ke Thailand pada 6 Feb hingga 9 Feb membawa kereta melalui Sg. Golok. Tapi hari ni (15 Feb) baru suami perasan yang borang vep tu perlu dipulangkan balik. Expired dalam masa 1 bulan. So akan ada apa2 masalah ke kalau borang tu tak dipulangkan?
baik pulangkan… sebab kene denda kalau nak masuk Siam balik.. Denda dalam 10,000 Bath…
or next time nak masuk jangan bawa lagi kereta tu….
Masak la nk balik siam raya ni..slalu jem teruk x kt sna 3hri sblom raya?lma sgt xbalik siam..last msa kanak2
Sampai di Golok, Kena Tukar simcard phone tak? Kat mana boleh dptkan SIM card tu phone?
beli simkad siam murah jer… unlimited data pon rm15 jer.. tahan seminggu
Assalamualaikum
Sy ada sikit masalah pada bln 12/2018 ada masuk ke hatyai dengan kereta dokumen semua dh lengkap.
Sy dan family pergi hanya 3 hari 2 mlm
Masa balik ikut laluan biasa sg kolok tp saya lupa cop passport masa keluar hingga kini….
Apa yg perlu sy lakukan
Ada denda dikenakan.
camne bole tak chop……??? entahla apa nak jadi saya pon tak tahu
Surat kebenaran pemilik knderaan perlu buat dlm bahasa inggeris ke
selain drp english, bhs siam pon bole…
Apa lagi dokumen diperlukan kalau bawak kenderaan org lain ? Owner xde
Apa lagi dokumen yg perlu bawa kalau pandu kenderaan bukan milik
geran ori
passport
insuran siam
surat kebenaran pemilik asal
Saya ada soalan. Kalau saya bawa kereta nk pegi kat Sg Golok sbb jumpa keluarga mertua makan tengahari kat sg golok. Kejap 2 jam nk balik dr Thailand.. Saya perlu dicop passport dan beli insurans Thailand tak?? Tp saya nak 2 jam kejap.. Mcmane??
kejam sungguh soalan nih….:)