The Kra Project

The Kra Project 2010.

Kuala Lumpur – Kota Bharu – Hat Yai – Krabi – Bukit Kayu Hitam – Batu Feringgi – Kuala Lumpur.

Perjalanan sejauh 1950km merentasi 2 negara dan 7 negeri di Malaysia dan 7 wilayah di selatan Thai akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Kami merancang untuk membuat ekspedisi ini dengan kenderaan keluarga kami dan mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

Projek Kra ini merupakan satu projek yang dah lama kami rancang dan harap-harap kali ini tertunailah hajat kami untuk membuat penjelajahan ke Selatan Thai dengan memandu kenderaan sendiri. Kami akan bermula di KL dan ke Kota Bharu dahulu. Perjalanan  kami merentasi sempadan akan bermula di Kota Bharu dan kami merancang untuk merentasi Sg Golok dan terus ke Hat Yai melalui beberapa wilayah seperti Narathiwat, Pattani dan Songkla di Selatan Thai. Di Hat Yai kami merancang untuk bermalam di sana dan meneruskan perjalanan ke Krabi. Di Krabi, kami merancang untuk menikmati pantainya yang indah dan suasana percutian disana. Mungkin kami akan menghabiskan masa selama 2 hari di sana dan akan menyusuri pulang ke Bukit Kayu Hitam. Jika tidak bermalam di Bukit Kayu Hitam, kami akan berehat dan bermalam di Dannok di wilayah Satun Thai sebelum meneruskan ke perhentian terakhir kami di Batu Feringgi Pulau Pinang. Satu hari di Pulau Pinang sebelom kembali semula ke Kuala Lumpur.

Huh.. Satu pusingan penuh dan kami rancang mengambil masa selama seminggu……. Buat masa sekarang nih kami tengah mengumpul info tentang harga petrol di Selatan Thai dan route perjalanan serta bayaran Toll sekiranya ada di sana. Selain drp itu, info berkaitan dengan penginapan dan kos kos lain juga mesti dirancang juga.

Ini merupakan perancangan lagi buat masa sekarang ini dah harap-harap ia dapat menjadi satu kenyataan. InsyaAllah. Jika ada sebarang pandangan dan cadangan sila ajukan di ruangan komen yer………..

UPDATE: The Kra Project Part 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.