Lama tak update rasanya. . demam… actually semua demam. Demam bermula masa cuti CNY. Mula dengan Rayyan. Badan panas, kejap sejuk, kejap panas pastu menggigil. BAwak pi klinik. Sebab baru sehari dua demam, so kena tunggu lg dua hari baru buat blood test. Sekarang ni kalau demam je, cukup 4 hari demam kalau tak kebah, kena buat blood test.Sempat bersembang ngan doktor masa tunggu result darah Afriena, Doktor cakap denggi sekarang ni dah pelik. Selalu yang maut pasal denggi dorang bukan demam lama, dorang demam 2-3 hari pastu collapse then meninggal. Tu yang dia kata 3-4 hari demam , kalau suhu tinggi pi amik darah.. Teringat masa denggi hari tu, masa buat blood test, platlet ok je, tapi darah merah kurang. Doktor suruh pi hospital cek darah merah takut thalassaemia, pergi-pergi, puan confirm kena denggi.heheheh
Actually lepas Rayyan demam, esok tu I plak demam. PErgi rumah SIL, I takde pun tolong kat dapur masak, Duduk kat living hall, baring 5 beranak, sebab semua rasa badan panas. Tapi I tak pergi pun klinik, I minum air banyak. Esp air kelapa. Minum air kelapa 3 hari berturut … alhamdulillah demam kebah. TInggal batuk je. Ubat batuk yang hospital bagi ada 6 botol lagi. Minum yang tu je. Nasib baik sembuh batuk. Lepas I demam, Afriena plak demam. Hari Rabu n Khamis dia tak pi sekolah pun sebab demam. KIterang makan pun makan apa yang ada kat dapur je. Takde masak bagai. Tak larat. tengok makanan pun rasa nak muntah. Afriena demam 5 hari gak, tu yang siap kena mik darah tu. Lepas Afriena demam, Ashraff plak demam. Dalam seminggu tu berapa kali tah pi klinik.Terjelepuk je dorang kat hall. Nasib baik Ashraff ni demam ejap je. Ahad tu dah boleh pergi Taekwondo. Esok tu Kheirul plak demam. Panas badan. Senin pagi lagi dah menunggu depan klinik. Dengan BP tinggi. MC lah dia.
Memang cukup satu family lah demam. Memang 2 minggu ulang-alik ke klinik. Makan pun tak berapa. Insya Allah kalau semua dah baik demam kenalah masak sedap sikit. Semoga semua cepat sembuh ye