Singapore Fried Carrot Cake

Weekend lepas pi Singapore kejap, tak sampai sehari pun . Pergi pagi balik petang gitu. Saja jenjalan cuti sekolah . Kejap je jalan cuti sekolah sebab suami tak leh amik cuti lama. Kan best kalau balik kampung. heheheheh. Pergi Singapore aktiviti more like beli barang dapur sikit and amkan -makan. Alah  beli barang dapur were like beli Milo, nutella, peanut butter, cheese… tak banyak. Just few thing yang kat sini bila convert still mahal so kiterang beli lah. Bukan shopping baju kasut ke apa. Shopping makanan. Gitulah kalau ke Singapore .

Kali ni pi beli barang, kiterang pi dua tempat. Sheng Siong dan Ang Moh. Tempat tak glamour langsung bunyi nya. Tapi barang kat situ murah lah sikit. Kalau convert duit Malaysia pun still murah sangat. So beli beli beli, sekali ternampak tube of carrot cake. Amik satu nak tr masak kat rumah nanti.. huhuhu… sudah lama nak masak sendiri. Masak kat rumah tapi kat KL tak pernah jumpa.Mungkin nanti kena belajar buat carrot cake sendiri kalau nak makan.

So bila balik KL, esoknya terus masak. Memula ingat nak goreng letak kerang sekali kerang yilek pocik, so jest letak udang , fish cake dan sayur.

Resepi dia senang je… I follow instruction kat plastik

image

Satu tube ni cukup untuk 5 beranak makan

image

Potong dadu kecik macam ni, ni bukan nasi impit tau..rasa dia kalau makan gitu je, ada sikit pahit.

image

dah siap…. sempoi

BAHAN-BAHAN

  • 1 mangkuk radish carrot cake yang telah dipotong dadu
  • 100g udang
  • 2 keping fish cake
  • 50 sen taugeh
  • kicap secukup rasa
  • bawang putih 5-6 ulas – tumbuk/press/cincang
  • sedikit minyak

CARA-CARA

  • Panaskan minyak
  • tumis bawang putih sampai sedikit garing lepas tu masukkan udang
  • goreng bersama dengan tauge dan rasakan garam, matikan api angkat dan asingkan  dulu
  • panaskan minyak, goreng radish cake yang telah didadu, kalau boleh biar garing sikit
  • masukkan fish cake, kacau goreng 2-3, kemudian masukkan kicap, kacau rata lagi untuk 2 minit sehingga sebati
  • masukkan campuran udang dan taugeh, dan kacau goreng untuk 2 minit
  • ok dah siap masak

Ni kalau orang tanya mana nak beli kat sini, maaf sangat-sangat, I tak tahu kat mana. Tapi ada, jugak campuran resepi dia yang I jumpa. Dia guna sedikit tepung beras, parutan lobak putih dan sedikit parutan lobak merah. Insya ‘ Allah kalau termengidam sangat, mungkin boleh try buat sendiri dan goreng.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.