Sabtu Yang Best

Dikala daku menulis coretan ini, daku baru saja habis jogging. huk huk huk penat wooo….

Hehehhee… Jumaat lepas my parents datang dari kampung sbb ibunda ada urusan kat kedutaaan singapore. Habis kerja kat situ, dia datanglah rumah tidur barang sehari.  Jumaat malam tu ramai lah adik beradik datang, makan-makan. Masak simple simple je. Ayam kurma, ikan rebus goreng, ulam dan budu, telur dadar dan peria goreng. Lauk tak menggambarkan sedap. Yang sedap adalahkeseronokan makan bersama keluarga. Diorang lepak sampai pukul 9 je kot, pastu balik tinggal my parents n adik lagi sorang tidur sini. Pagi esok tu keluar breakfast. Sesuatu yang jarang kami buat adalah keluar sarapan  kat luar pagi-pagi. Sarapan kat USJ17, at mamak. Punya syok makan, sampai lupa nak amik gambar. TQ suami belanja semua orang makan. Lepas sarapan tu, semua dah settle urusan, parents balik kampung, kiterang ke  SSTWO mall. Kan ada warehouse sale.  Yang kiterang kejarkan adalah Converse…ingat nak belikan untuk bebudak…. Bukan bebudak je, bapak budak, mak budak, dan budak pun beli kasut. Kheirul siap beli jeans lagi kat situ. Sebab harga jeans cuma RM100 untuk 2 helai. Dia cakap zaman sekarang mana nak dapat jeans 50hengget selai… Lepas habis kat converse Afriena plak…nak kasut sukan. Turun ke bawah plak cari  kasut sukan. Nasib baik ada yang murah-murah… pun kira main lambak sale… mau tak berpinar mata kasut suma 20-30 ringgit…

image

ni level bawah…. perghhh ramai nya… beratur..

image

beli kasut lambak lambak je…RM20-RM30 je..

 

 

Ashraff amik satu, Afriena amik satu. Pilih kasut sukan  untuk Afriena lah leceh…kaler tu tak nak …kaler ni tak nak… adehhhh… Ashraff jugak senang… Amik, try pakai, cari size dah bayar…. Rayyan tak beli apa-apa pun.. Sebab takde size dia. Takpe nanti kita ari ye …Rayyan tak kkisah asalkan perut dia kenyam (read: kenyang). Kalau lapar baru dia bising.

image

Ashraff tanya bila nak pi jogging ni…nak try kasut baru

 

Oklah tu…beli kasut-kasut…untuk sekolah, raya, kerja cukup lah…kalau beli masa takde sale ada banyak jugak habis…masa sale nilah kena beli sebabbanyak jimat kan… Hari tu ada jugak sale Charles & Keith… tapi tak pi pun sbb Kheirul buat tak nak nampak…lepas tu bila tanya ATM kat mana dia buat tak dengar je…sajer je kan tak nak kasi bini dia turun bawah tu….Tapi I kena muha sabah diri…sbb dah beli kasut dah sepasang, lepas tu  bulan lepas pun dah beli sepasang…. Beli kasut bebayanyak pun nak buat apa…bukan nye bekerja … pakai hujung minggu je kan…

Nak cari selipar lah plak sbb selipar koyak…mmmmm

image

jemnye jalan… ni semua GST punya pasal…semua beli barang bebanyak… Banyak supermarket penuh orang..

 

Balik rumah pukul 2 gitu…lepas solat terus Kheirul masak lunch…hehehehhe ala dia masak burger je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.