Rayyan …diaperless

Sebelum kita bercerita lanjut, marilah kita cakap tahniah kat Rayyan. Yeay dia dah besar, dia dah pandai. yo yo lah… Dah 3 tahun lenih baru nak start diaperless. Kalau compare dengan anak orang lain kira lambat lah Rayyan ni. I buat ikut rentak dia. Kalau dia betul-betul ready baru buat.

Kiterang start since early this year, masa first time try, tak sampai 15 minit dah terlepas tau. So dia jadi takut move around tanpa nappy. So kita KIV dulu sampai dia dah betul-betul ready. So few months ago, kiterang start with  diaperless kat rumah je.  Tapi masa nak poo poo dia nak nappy. Ok takpe. Slowly, sampai dia dah ready nak poo poo dalam toilet. Rayyan cuma pakai nappy time keluar dan  tidur.  Then bulan lepas,  dia dah refuse nappy masa keluar. risau jugak kot dia nak terkencing dalam kereta kang. Ada once happen, dia nak kencing masa I tengah drive nak pergi sekolah. nasib baik sempat kencing kat sekolah. And last week , diaper habis and we decided tak nak beli diaper dah. Rayyan pun macam dah ready sbb bila bangun tidur, nappy dia tak basah. So kiterang start. Dah seminggu tido tanpa nappy cuma sekali je, katil basah iaitu malam tadi. Mungkin sebab dia minum air banyak sangat kot sebelum tidur, dan 2 kali  basah masa nap. Rasanya masa dia nap tu, hari hujan , sejuk kot.Takpelah… tak boleh marah dia, tapi kalau Ashraff ke Afriena yang kencing memang marah lah sebab dah besarkan?

Sepanjang tak pakai nappy, ada 3 kejadian lucu berlaku.2 kejadian membabitkan poo poo. Ni masa dalam kereta lah. Hari Sabtu and Ahad. Yang Sabtu dia nak terberak, nasib baik masa tu kat Petronas, so tak kelam kabut cari toilet.Yagn hari Ahad, masa ni kat Jalan TAR, dia tunggu dalam kereta. Bila I dah habis beli jubah Afriena, masuk kereta je, dia cakap nak toyet (read:toilet), sambil pegang punggung dia. yak yak…. hahahah mana lah nak cari toilet kat sini. Kalau ada pun mesti kotor. haih drivelah papa dia dia penuh tenang + panik cari toilet sekali teringat kat KTM ada toilet. Haih tak pasal-pasal mama dia dukung dia sambil berlari ke toilet. Alhamdulillah toilet bersih jugak takde berlendir ke hancing. Masuk toilet, bukak seluar pastu boleh plak dia amik masa pakai selipar balik, cangkung terus keluar. hadoi…nasuib baik tau. ngam ngam masa keluar tu.

image

my baby busyuk busyuk is graduate

Yang satu lagi kejadian masa kenduri my friend hari tu, dia terjumpa nappy dalam kereta so dia mintak pakai. Sampai kat kenduri, dia nampak kucing, so main-main lah dengan kucing. kejar kucing gosok kucing, haih nasib baik dia tak tarik ekor kucing dan hayun kucing macam yang I nampak hari tu kat kampung. yang kucing tu plak relaks je, macam enjoy je orang hayun dia . So tengah leka main, tetiba dia nangis sbb dia terlupa yang dia terkencing dalam seluar dan pada masa yang sama dia terlupa yang dia pakai nappy. puas pujuk sbb dia rasa bersalah kot. Nangis sambil mintak toyet. So I bawak dia ke another corner, then  bukak seluar tunjuk ada nappy kat dalam tu. Dia tengok, dia tanya I.. tak asah (read: tak basah)?.. I jawab tak..terus tukar mode kepada emosi ceria. apakahh?????

So gitulah cerita budak yang dah graduate dari nappy. You all kalau nak train anak, make sure dorang ready dan yang pasti you al pun ready :)

7 thoughts on “Rayyan …diaperless

  1. Lynda

    Kak Yatie,
    Qoid dah x pakai nappy siang hari..keluar jalan pun tak pakai..cuma malam tidur masih pakai sbb sy preggy..x larat nak bangun malam menengok nappy basah ke tak..will try lagi..sbb dia kuat minum kalau sebelum tidur..sekrg tgh train minum 2 hours before sleep..cuma yak-yak masih nak nappy taknak toilet..hehe

    Reply
    1. Yatie Post author

      Lynda , akak tak bangun malam pun, pagi tu baru tengok. tilam dia akak dah lapik plastik atas matress protector and atas tilam ada alam lagi kain. Tak larat nak bangun malam check. Sebab kalau dia basah mesti dia nangis.Lagipun dia kat bilik sendiri pandailah dia cari port kering hahahah

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.