Monthly Archives: March 2013

Resepi Nasi Dagang Tanak

DSC_5311

First time buat nasi dagang sendiri. I belajar dengan mak mertua. Masa dia datang hari tu dia ajar. Dia cakap suka ajar I masak sebab katanya, I ni suka mencuba. hehehe  . Memang ke I suka belajar masak. Nasi dagang yang dia ajar ni , adalah versi tanak.  Rasa dia sama je dengan yang kukus. Sebab kalau setakat nak makan kat rumah tanak lagi senang dari pada buang masa kukus. Lepas tu versi yang MIL ajar, tak pakai santan. Dia letak minyak sikit. So I try buat sendiri, emm rasa dia sedap, lagi sedap dari yang beli kat pasar malam #masukbakulangkatsendiri. Sebab yang kat pasar malam mesti ada berantah. MIL cakap dorang meniaga asal boleh je, bukan jenis masak hari-hari. MIL memang suka nasi dagang, kalau boleh hari-hari dia nak makan nasi dagang. Samalah dengan Rayyan, Sekali makan bertambah 3 senduk nasi dagang. Kang nanti balik kelantan nak beli lagi lah…senang nak masak rumah.

 

Cara masak nasi dagang versi tanak tanpa santan

INGREDIENT

  • 2 cawan beras nasi dagang -cuci bersih dan rendam 2-3 jam
  • 2 cawan air
  • 1 sk garam
  • 2 sk gula
  • 4 ulas bawang merah – mayang halus
  • 2 ulas bawang putih mayang halus
  • 1 sk halba
  • 1 1/2  inci halia -mayang halus
  • 6 sudu minyak masak (tapi saya kurangkan separuh)

METHOD

  • rendam beras bersama bahan yang telah dimayang, halba garam dan gula selama 30 minit
  • Selepas 30 minit, campurkan minyak dan masak seperti biasa hingga kering

Nota: kalau guna lebih minyak, nasi nampak berkilat sikit

Kalau dah makan nasi dagang , mesti ada gulai ikan tongkol atau orang kelantang panggil, gulai ikan ayo. Resepi dia seperti berikut

INGREDIENT

  • 3 keping ikan tongkol direbus dengan asam(3 keping) dan garam hingga masak
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 7 bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 2 batang cili kering (nak pedas letaklah lebih)*
  • 1 sk ketumbar *
  • 1 sk jintan manis*
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan (saya guna rempah gulai kawah)*
  • 1/2 kotak santan
  • 2 sudu minyak masak
  • garam dan gula melaka secukup rasa
  • 2-3 biji cili padi

 

METHOD

  • Kisar semua bahan bertanda *
  • tumis dengan sedikit minyak hingga pecah minyak
  • bila dah pecah minyak, masukkan air rebusan ikan, diikuti dengan ikan dan asam
  • masak hingga mendidih, baru masukkan santan , rasakan garam dan gula
  • renehkan hingga pecah minyak dan masukkan cili padi
  • Sedia untuk dihidangkan

Nota: MIL tak tumis, dia masak dengan santan, tapi sebab saya nak kurangkan santan, saya tumis dengan minyak sikit. Untuk dapatkan tumisan yang pecah minyak dengan menggunakan minyak yang sedikit, api kena pelahan. Rasa kuah dia mesti sedikit masam dan sedikit manis. Kalau tak cukup masam boleh letak asam keping sbb biasanya ikan dan air rebusan dia dah masam.Selain tiu, resepi MIL ada serai tapi saya tak letak sbb serai habis :), tapi rupanya tanpa serai sedap juga rasa dia.  Feeling nak bukak gerai nasi dagang dah ni . hahahaha

 

Cuti Sekolah duduk rumah je.

Dah 2 hari start cuti sekolah, so sepanjang 2 hari keluar sekali je hari Sabtu sbb pergi Bangi kejap. BAwak bebudak makan. Kesian dorang dah lama tak keluar makan. Kiterang makan kat MFC. Not bad la makan kat MFC, murah. Dorang ada buat buffet rupanya time lunch. Nak tapau pun boleh. I n Kheirul makan nasi arab. Bebudak makan pizza. Air free flow and free. Lauk banyak pilihan plak tu. Tapi kiterang amik ala carte je. amik lauk then kira.Lauk dia sedap. I makan nasi arab dengan lauk black pepper lamchop and salad and Kheirul makan lauk urat keting. Total makan cuma RM47. Tanjat kiterang sbb murah. Pizza pun amik yang paling besar. Giler sedap. Ada lagi satu lagi lauk pelik, lauk perut kambing. Nak try tapi sbb  nampak berminyak and takut pedas so tak amik lah. Tengah pantang ni kena buat cara pantang ye.

Cita-cita nak berenang kat sini tak kesampaian… pastu tengok plak citer Shark Night lagila  tak jadi. 

I masih lagi berpantang. Dah 2 minggu dah.So far lauk pantang macam biasa ada singgang , ada sup ada bakar. Tapi semalam dah start makan lauk goreng. Tapi takde lagi minum ice atau air dari fridge. Hati ni bagai memberontak nak minum sirap. hahaha Sirap suam tak syok la. Selain tu, makanan yang I rasa memberi angin, I tak makan contoh buah lai, pear, betik , nangka and honeydew. Macam nangka dan betik tu, time tak pantang pun I tak boleh makan sbb tu mmg kalau makan ada kemungkinan susah nak bernafas. Supplement pun amik like Obimin and Probiotics. Badan pun rasa dah sihat ni. Pening-pening pun dah kurang. Nanti kena cari madu plak. Madu kat rumah dah habis. Pastu sekarang tgh berbengkung sapu kapur dengan asam limau je. Bertungku belum sebab nak tunguku my sis, dia kat kampung. Nak pakai tungku moden takut sbb baca kat satu blog tungku meletup habus air panas kena anak kecik tuan punya blog. melecur. kesian :(

Kesian plak bebudak tak pi memana time cuti. Nak bawak pi swimming..I ni dah boleh swimming ke ek? Memula dulu plan nak ke Krabi, tapi ramai geng nak pi bulan 5, Pastu Kita tukar balik kampung. Kids was so excited balik kampung. Ashraff dah cakap dia nak bersihkan belakang rumah nenek nak bakar sampah.. tapi tup tup I kena dnc, so duduk rumah je. I told them no Krabi no balik kampung sbb mama tak sihat, tau dorang cakap apa? Dorang cakap it’s ok mama dok je rumah nanti suruh Cik Ta come n see you and we go to Krabi. Amboi??? bijak ingat papa korang nak pi kalau mama tak pi? Kiterang guna reason, tak pi Krabi sbb result exam takde 100%. Lagipun Kheirul dah amik cuti yang sepatutnya digunakan masa cuti sekolah time I sakit masa tu. Kang kalau amik cuti lagi dia masuk opis jadi singa plak. kan bang hehehe

You all camner? NI time pantang kalau balik kampung buat naya diri sendiri plak, semua benda takleh makan.

 

 

Masuk Wad Plak

Dah settle DNC, balik rumah time tu giler lapar. Walaupun dah makan sandwich n minum tea kat Hospital, still I rasa lapar. Nasib baik SIL belikan Lamb and Chicken Mandy. Huih rezeki-rezeki. 2 SILs and MIl at home. Good to have them around walaupun kepala tingtong sesangat. Pastu bius dia buat rasa lenguh asngat upper body.Lepas makan and dorang dah balik, I took a shower sebab badan bau macam hospital dah. Lepas shower tengok bebudak buat homework then I slept.

Esok bangun, macam takleh bangun sbb upper body sangat lenguh. Masa tu perut baru terasa sakit sikit. I ingat normal sakit untuk  orang lepas buat DNC. Nak tunggu sampai petang , makin sakit perut. I thought it’s normal sampai la keesokkan nya. Bangun pagi nak breakfast and makan ubat. Pergi kedapur, I rasa macam nak pitam  and dah tak boleh berdiri. I pekik je sambil nangis cakap sakit perut. So husband kena apah masuk bilik. I memang pesen kalau I boleh tahan I tahan kan, but this one tak boleh tahan. Sepanjang menunggu bebudak nangis, I nangis merengek je cakap sakit. Tu yang Kheirul bawak ke ER Pantai. Sampai sana sakit sangat depan doktor pun aku nangis. Dorang kasi injection, pastu I rest kejap and balik dapat bekal ponstan n antibiotik.

BIla balik rumah dah rasa ok, dapatlah makan. Tengah hari makan bubur nasi and malam makan nasi with ayam kunyit. Husband lah yang masak. Dia resepi pantang dia dah terror kan. So dah nak tidur sakit datang balik, walaupun dah telan ponstan. Tapi boleh tahan lagi. Bila makin ditahan, pukul 12, pukul 1 makin sakit. Sepanjang malam I nangis kot sakit. Nak pi hospital, susah dengan anak yang ramai, terpaksa lah I tahan lagipun kesian tengok suami yang tak cukup rehat semenjak I buat DNC. Bangun pagi tu, bangun dengan nangis, cakap kat husband sakit dah tak boleh tahan. Masa tu… I dah rasa macam nak amik screw driver nak tebuk perut. Gambaran sakit dia ialah perut sangat senak sampai kan I tak boleh berdiri tegak. You do not have  any urge to pass urine, Kalau pergi jugak, it will take some time just to get a drop of it. I dah minum berbotol air but still no changes. Selain tu, memang I cannot pass motion,and lagi worse tak boleh kentut. ha gelak gelak gelak. Itu nikmat tu semua yang ditarik sekejap. Imagine angin dok dalam perut takleh keluar? yang tu yang boleh buat sakit sangat. Makan pun tak lalu… dengan loya lagi. Have to ask my sister’s help sbb nak suruh tolong tengokkan Ashraff n Afriena jap, Tunggu dorang sampai, terus ke hospital. Sampai hospital dorang check rupanya I ada urine infection and poor nutrition. So inject untuk buat drip, masuk ubat then admitted.

170320131309

Kena tebuk sebelah kanan sebab sebelah kiri dah kena masa DNC.  Selalu merasa kat pengelangan tangan kali kena kat atas tu. Nasib baik urat clear dapat cari . sekali cucuk je. Itu adalah cucukan kelima sejak nak confirm pregnant. 2 kali untuk ambik darah, 2 kali untuk drip, sekali untuk tahan sakit. I ni dahlah penakut jarum. I hate jarum injection even kalau anak kena injection pun husband yang tengokkan.

Masa tu malas dah nak pikir apa, I was in pain. Rayyan plak nangis-nangis.  Dah admitted , with Dato’ Nora instructions dorang masukkan segala jenis ubat guna drip. Oral dah takleh pakai. Baru i tahu, ubat ikut drip sakit bergantung kepada kepekatan cecair ubat yang dimasukkan.

180320131310

 

Dua hari kat hospital, benda ni banyak masuk dalam badan. Yang kaler putih tu air garam kot. Itu untuk flush ubat warna merah, kuning and antibiotik masuk badan. Air garam tu 24 jam dok masuk dalam badan, so it was my best friend untuk 2 hari. Makan sama, toilet pun sama. Ubat kaler kuning tu B12 and kaler merah probiotic  sbb dalam urine and darah ada show that I tak cukup zat hahaha. Doktor tanya berapa hari tak makan. Keliru plak, bila plak I tak makan.  Selain tu ada antibiotik . Ubat yang pekat so bila kena masuk drip memang sakit tahap nak lempang nurse. Siap boleh sound…buat slow slow tau, sebab dia pekat and memang nurse kena masuk sikit-sikit. Rasa dia panas sampai ke perut. 5 minit gak nak habis ubat tu. Yang merah sakit sikit je but annoying sebab dahlah sakit sikit tapi lama nak habis. Jadi time baring tu, tangan berdenyut. Yang kuning ok and yang putih ok je. Tangan pun baru habis bengkak. I sampaikan bila nampak nurse masuk, mesti tanya nak masuk ubat ke??? fobia gila. Tu tak termasuk ubat makan lagi. Sampaikan kencing pun bau ubat dah.Malam berapa kali bangun pergi toilet, sebab banyak air masuk

Esok tu lepas breakfast, doktor datang melawat, dia check sana sini pot pet pot pet , takpe I suka dia sebab dia cerewet so semua nurse kena follow instruction dia elok elok.  A day before dia boleh siap cakap, wayar tak boleh gini kena gini nanti  sakit sbb dia pun pernah kena camtu. I rasa berbulu je nurse. Tapi takpe nurse semua baik siap boleh sembang lagi cerita pasal anak n family. Berita gembira, doktor cakap..ok you can go home , but please remember to drink 1.8l plain water perday, makan ubat and and I see you again for follow up.

Happy giler dapat balik rumahkan. Tapi nak tunggu GL punyalah lama pukul 10 baru sampai rumah sebab makan kat luarkan. Alhamdulillah recovering now, cuma doktor tak kasi drive lagi sbb anemia masih ada. Makan pun masih pantang, no ice, no seafood, no sejuk food. Siap berbengkung lagi. Cuma tak bertungku lagi sebab tak jumpa tungku batu. Nak pakai tungku moden takut sebab I ada baca kat satu blog tungku moden tu meletup then kena anak dia habis melecur.

Itulah kisah masuk hospital and make me scare. Tapi tu semua ujian kena redha