Yearly Archives: 2012

Makan Sampai Pengsan Kat Flamming Steamboat Buffet

Assalamualaikum,

Hari ni nak citer pasal makan lagi. Biasalah kan, hari Ahad, boring tak tahu nak buat apa so buka internet just wild search aja sekali tercampak kat  Flamming Steamboat punya website

Memang menarik betul… Makan Sampai Pengsan dengan harga RM26.90+ dan kids RM9.90+ dan bawah 4 tahun free memang sukar untuk kami lepaskan. … so apa lagi.. kitaorang terus call for booking and terjah ke sana la…

Kami tiba Flamming Steamboat cawangan Shah Alam ni dalam jam 6:30 petang dan terus ke kaunter untuk sahkan tempahan dan bayaran. Untuk kali ni.. RM77.30 untuk 2 dewasa, 2 kanak-kanak dan seorang baby. Selesai bayar, apa lagi.. naik ke tingkat 1 untuk menjamu selera. Oh ya… Tips… restoran ni buka jam 5 dan dinasihatkan untuk datang awal kerana memang penuh dengan orang ramai. Surau pon disediakan so tak perlu risau untuk solat Maghrib dan sambung makan balik ya….

Hiasan dalaman restoran ni amat cantik dan tersusun rapi cuma satu jer nak komen skit.. kerusi dia licin sangat dan senang bergerak-gerak. tapi tu semua terus hilang bila tengok kat makanan yang sedap, lazat, hebat didepan mata…

Meh kita tengok apa yang ada kat bahagian air dulu…. Macam-macam air ada… air sirap, air nenas, air laici, air tak tahu nama pon ada.. minum ler sampai kembung pon takper.. free flow.. Kalau nak ais kacang or ABC pon ada.. sendiri buat dan sendiri minum…. tak lupa minuman panas air kopi dan teh pon ada….

Meh tengok plak kat bgh lauk goreng-goreng plak… malas dah nak cakap apa yang ada… tengok la sendiri gambar kat atas tu. Nasi goreng, mee gorang, ayam goreng, temosa goreng, sosej goreng, apatah goreng pon ada.. apa yang suka ambil aja,….

Sekarang ni baru kita attack bahagian utama restoran ni… Tak tahu nak cerita apa lagi… pening paler pilih… lebih drp 150 jenis untuk dipilih..  macam-macam ada…

Hah.. pilih bang… pilih bang…. makan la sampai pengsang pon takper janji tak membazir…. pilih aja apa yang suka…

Tengok gambar kat atas tu.. segala jenis sayaur ada… paling stok itu kangkong, kailan, sawi… semuanya fresh-fresh belaka….

Tapi yang paling kami suka… hah… DIM SUM…. Yatie asyik dok ulang pi borong dim sum aja… memang sedap dim sum dia.. Pau kacang dengan pau kaya pon sedap gaks.. semuanya cinonet….

Kalau makan steamboat nih.. kene attack makanan yang mahel-mahel skit…. tengok tu udang harimau.. kami belasah cukop-cukop.. bukan udang aj.. sotong, scallop, ikan pari, ikan merah.. semua belasa… memang boleh pengsan makan macam nih…

Ni la first time tengok Ashraff suka makan cam gini.. biasanya dia tak makan sangat Asian food… tapi kali ni dia belasah gaks la.. paling dia suka pi kat Ice Cream Station.. siap ambil sendiri pas tu buat ice cream sendiri dan campur macam-macam dalam ice cream dia… Yang Si Afriena plak.. 4 kali seminit pi ambil air… tapi takpe.. janji diaorang happy…

Untung Rayyan dapat makan free. Kalau nak dikirakan, dia makan banyak gaks.. nasi goreng, dim sum, ice cream, pau kaya,  pau kacang…. rasernya berbaloi la gaks dia makan.. siap bergaduh ngan Papa dia pasal ambil pau kaya dia…

 

Gambar kat atas nih tah berapa kali punya repeat daa…. makan sampai tak ingat… memang berbaloi sangat… Secara keseluruhannya boleh dikatakan sedap dengan lebih drp 150 jenis makanan untuk dipilih sampai rambang mata nak pilih, makanannya pon fresh dan suasana persekitaran restoran yang cantik.

Cuma satu aja nak utarakan. Saya sedih bila tengok tandasnya. Tandasnya masih baru tetapi sikap pengguna yang kurang bertamadun menyebabkan tandas restoran ini nampak kurang menyenangkan. Saya pon heran kenapalah pengguna tandas di Malaysia ni masih kurang bertamadun dan tidak memastikan tandas dibersihkan dahulu selepas menggunakannya.

Oklah.. cukup sampai sini dulu.. kepada yang nak mencuba dan nak tahu alamat Restoran Flamming Steamboat Buffet nih bolehlah melawat website di http://www.flamingsteamboat.com/ dan saya syorkan kepada semua supaya mencubanya dahulu….

Akhir sekali.. ni score dari kami…..

 

Kari Telur Ikan

Ni semua penangan makan nasi kandar kat Penang hari tu la ni, terus hooked dengan telur ikan ni. Telur ikan ni beli kat Tesco, last Saturday keluar pergi Tesco pepagi, sbb kalau pepagi barang still fresh kan. So amik barang-barang kering dulu baru ke barang basah. Tengah dok nengok ikan-ikan, sekali pekerja Tesco letak telur ikan, Tak sampai 60 saat, terus Kheirul sambar. Amik timbang then dia cakap kang lunch masak telur ikan ok.

Bini dia ok je, balik rumah, while he kemas all barang, siang ikan ayam semua, I masak. Buat kari. Pakai rencah kari ikan je. Dia siap kemas, I siap masak. BEbudak buat ayam kicap. Masak kari ikan mesti letak bendi bebanyak baru syok. Pastu bendi tu mesti crunchy lagi. kan kan. I macam biasa kalau makan nasi kuah kari mesti banjir punya.

Ok lah meh kita tengok resepi dia ye

INGREDIENT

  • Telur Ikan dari 1 ekor ikan merah
  • 1 camca cili kisar
  • 3 camca besar rempah kari ikan
  • 6 biji bawang merah – tumbuk
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1 inci halia -tumbuk
  • 2 pelepah daun kari, dilurut
  • 1 camca teh halba campur
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Air secukupya
  • Garam dan gula secukup rasa

METHOD

  1. campurkan bahan tumbuk dengan serbuk kari dan cili kisar, kalau pekat tambah air
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan daun kari dan halba campur dan kacau hingga naik bau
  3. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum dan pecah minyak
  4. Tuang air secukupnya, kacau rata dan biar mendidih.
  5. Masukkan telur ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan.
  6. Nampak telur tu dah masak, masukkan santan pekat, kacau perlahan dan biar masak sekejap.
  7. Barulah masukkan bendi, rasakan garam dan gula dan bolehlah tutup api.
  8. Biarkan bendi masak sendiri dengan kuah panas baru sedap