Tak tahu nak update aper???

Makin lama rasa macam malas nak update blog. heheheh itulah terlampau memanjakan diri semasa berpantang. Bukan tu je, kerja menghantar anak pergi sekolah pun suami yang buat. Rasa macam bersalah dan kesian plak bila orang lain buat kerja kita.Macam tadi dah nak siap, mulut gatal bertanya.

Mama hantar dorang sekolah ok?

Ikutlah …nak papa hantar pun takpe…

 

Bila dah cakap macam tu mulalah..eh takpe ke? Ala rasa macam apa je kan. ha macam mengambil kesempatan. Tapi memandangkan , I still tak boleh dukung rayyan, so ikut jelah. Rayyan tido pukul 2 semalam. Geram tau budak tu. Pukul 1.45am dia kejut mama dia

Mama bukak mata tengok dia senyum. Dalam hati boleh plak pikir…eh sapa budak ni senyum kat aku… hahahah macam kenal. Tengah mamai la. Pastu bila memory dah up baru teringat tu Rayyan, Dia cakap mama ipad takde battery. Geram kan dia main ipad rupanya. Pastu , I pi toilet then baru dia cakap dia nak tido. Dia tido sendiri je, cuma kena peluk je la.

Weekend ni nak pi Singapore …wee baru boleh travel. Oh ya last Saturday , pergi follow up check, nampak ada improvement then doctor cakap boleh makan itu ini,boleh buat light exercise tapi jangan lupa ubat, terus Ahad pergi Jeram makan seafood. Takdelah banyak mana makan tapi lepas lah mengidam tukan. Yang best bila tengok bebudak bertiga pun makan banyak sbb selalu dorang bukan makan mana, cuma ratah lauk pastu layan kejakunan tengok boat.

 

Okaylah ciao dulu nak breakfast..lapar. Kang bila lapar mula badan lembik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.