Online Shopping via HopShopGo

Semenjak dah bertukar kerjaya nikan..iaitu dari menjadi seorang wanita korporat kepada surirumah tangga, kerja shopping dah tak jadi kerja shopping harian. Dulu masa lunch ada je tempat tersinggah. Walaupun bukan designer’s stuff tapi ada je. Dah tu office dalam Shopping mall. First dulu kerja kat KLCC pastu kerja kat MidValley. Bayangkan setiap kali lunch ada je tempat menyinggah. Bila stress je…hahaha ada je jadi mangsa.Ye kerja I stress sbb boss ramai, plak tu boss jepun sorang yang very perfectionist, Boss Dutch yang suka-suka tukar cara kerja. Anyway itu dulu..sekarang tidak lagi. Sejak dok rumah ada anak, mana pergi kena bawak, kerja shopping dah tak best. I lebih suka shopping online. Pakai internet then lepak, pilih-pilih. Selalu benda yang I beli online adalah benda  yang susah nak jumpa kat  KL ataupun benda yang ada sale. Selalunya baju  bebudak la. Mana tak menggangu emosi kalau benda sama yang jual kat KL more then 100 but bila beli online after convert I masih lagi save 50%-70%? Dah menjadi kebiasaan..before beli something online, I survey dulu harga kat sini..saja untuk mengukuhkan lagi bukti untuk dikemukan kepada suami. hehehhe

Tapi kalau you all yang selalu online window shopping, mesti you all perasan banyak USA online store tak ship to Malaysia and ada juga yang tak nak terima Malaysia credir card..Yang bengang nya kan most of the store ship sampai Singapore je…aihh kapal terbang tak pi Malaysia ke??? So solutionnya sekarang I guna je HopShopGo. Sebab sedara-mara, adik beradik dok tanya macam mana nak guna, meh lah akak ni citer yer. Orang suruh baca je kat www.hopshopgo.com, malas kan…Senang je

Step 1

Sign Up PayPal account. Ha ada paypall account senanglah nak shopping. selamat le sikit. Nak ada PayPal, kena ada credit card or debit card. .Senang je nak sign up. Kalau ada masalah dok pahang ke gape..call je bank and paypal, nanti dorang tolong.

Step 2

Dah ada PayPal account, signup HopShopGo account plak

Step 3

Settle semua sign up…bolah lah shopping. Click je Start Shopping . HopShopGo ni ada dua cara nak guna,

  1. BuyForMe Service
  2. Buying Direct from Merchant

Selalu I guna BuyForMe Service.  So I akan citer BuyForMe Service je. Yang ni senang, kita suruh dorang beli, kita bayar kat dorang, pastu barang sampai kat alamat US kita, then kita boleh suruh dorang ship . Kalau tak nak ship lagi pun boleh…dorang boleh tolong simpan sementara kita tuggu barang lain sampai ke alamat US kita tu. Simpan selama sebulan free lebih dari tu ada charge dia. Tu yang best tu…shopping banyak-banyak kedai then shipping dalam satu packaging.

Contoh: Kak Kiah guna BuyForMe Service beli baju anak-anak kat OshKosh, pastu dia nak beli kasut anak-anak kat Ralph Lauren, pastu nak beli kasut kat ninewest.com , then nak beli hadiah kat husband kat The Tie Gallery. Jadi, Cik Kiah instruct HopShop Go untuk beli barang tu semua. Jadinya Cik Kiah kena bayar

  • harga barang dia shopping tu thru HopShopGo dan BuyForMe fee (yang ni kena bayar masa beli tu ye)
  • Bila barang dah sampai kat US address, bayar harga shipping, baru HopShopGo ship kat alamat kita kat Malaysia ni
  • Bila barang dah sampai rumah, kalau ada tax kena bayar..maka kita kena bayar ye

Tips: Beli barang, satu shipment jangan lebih dari RM500, kalau lebih kena tax

Inilah rupa BuyForMe Service.

Ha ..nampak tak yang kaler hijau (ke cyan) tu kan product name, unit price and so..yang tu kita kena isi. jadinya kalau you nak beli barang seperti dibawah, isi je tempat kosong yang berkenaan. Nak senang buka 2 page sebelah-sebelah

 

Step 4

Dah settle fill in the blank..click ADD ITEM , kalau ada barang nak beli lagi, buat langkah yang sama sampai habis dah barang nak beli then click CHECKOUT. Lepas Click tu.. click je continue lepas you all pilih option tertentu. Bila dah nak bayar, dia akan suruh kita login ke PayPal then bayarlah.BuyForMe service fee adalah sebanyak 10% dari harga total barang yang kita beli . Jadinya

contoh

Summary of charges

Value of order $9.95
BuyForMe fee (10%) $1.00
Sub total $10.95
Faham tak? Jangan risau setiap kali beli, complete step, you all akan dapat email dari HopShopGo. Dah settle beli barang, kita tunggu je berita dari HopShopGo. dalam 3 jam hingga ke 2hari akan email mengatakan.HSG dah belikan kita barang , dia akan mention EDD barang dari online store yang kita beli tu samapai bila kat US address kita. Bila barang dah sampai, kita boleh decide nak simpan dulu untuk tuggu barang lain dulu ke tak or nak ship je.
Step 5
Bila dah nak ship, so click je Click Ready to Ship dan sekali lagi kena bayar. So login to PayPal account lagi sekali, then bayar la kita. Pastu akan dapat email dar HSG dan paypal (juga SMS) mengatakan kita buat bayaran sekian sekian.So bila dah  settle, barang ready to ship dan once shipment dah buat, akan dapat email mengenai shipment details and EDD again.
contoh email

Step 6

So sekarang kita tunggu je lah barang kita sampai ye.

Untuk Buying Direct from Merchant tu kan, once you dah paham Buy For Me service tu…yang ni pun akan paham. Sorrylah kalau penerangan ni buat you all tak baper paham..tapi mintak-mintaklah you all paham sebab step dia senang je.

Below shipping rate dia

Description Express Standard
First 0.5kg US$ 24.90 US$ 20.75
Every additional 0.5kg US$ 3.90 US$ 3.25
Speed of Delivery (business days) 3 – 5 6 – 8

 

 

 

contoh untuk senang paham

Example:

Faham tak? senang kan?
Tak faham? nak lagi senang… suruh je I shoppingkan.
You all kasi details, …Bayar 50% dulu, ngeh ngeh..
 I charge 10% dari total harga barang tu. Kang barang sampai Malaysia..pandai-pandai kita set time jumpa or pos.
Sekian…saya nak pi masak breakfast.
Note: Ini bukan Sponsored post ye…kang ada plak yang yg tanya. ni sbb nak terangkan pada adik badik macam mana nak guna HSG.

28 thoughts on “Online Shopping via HopShopGo

  1. nisa

    salam..saya nak tny la..
    sy try nak guna hsg ni..
    tp still mcm tak berani..hehe
    boleh tny tak, berat item mcm mana kita nak tau ye?
    mcm saya nak beli 7 helai baju children..agak2 based on ur experience berapa shipping tax etc from US to malaysia?tqvm

    Reply
    1. Yatie Post author

      normally kalau baju saja… shipping cuma dalam USD29 -USD30…. tapi sejak USD dah mahal atau dalam kata lain, RM jatuh saya tak membeli lagi. Saya pernah beli kasut 3 ,handbag dan baju-baju n car accesorries…. shipping and kena almost USD100, tapi saya split and dollars… rasanya dalm USD45-47 each.

      So far tak pernah kena tax…

      Reply
  2. Leiya

    So far berapa total shipping from all of the expenses ya ? From direct website shop to us address to malaysia address ?

    Reply
    1. Yatie Post author

      Depends dengan apa yang di beli.
      Paling banyak beli at one time…
      5 helai jeans, 2 kasut,
      3 baju
      accesories kereta…
      handbag murah
      cos around 800 kot, I split to shipment sbb kalau dalam satu shipment valued RM500, masuk malaysia tanah air tercinta kalu… dia caj tax kat rakyat marhaen macam kita
      shipping dalam 150*2…

      Tapi sekarang nilai RM jatuh mungkin dah berbeza lah…

      Reply
  3. Mira

    Sis nk tnye once kite nk byr thru paypal tu mmg diaorg akn charge in usd ker? Ada tk options paypal dh siap convert in rm?

    Reply
    1. Yatie Post author

      Kita bayar USD, dia charge in USd nanti kat credit card bill RM…

      Saya tak tau kot kot ada option yang convert terus

      sorry

      Reply
  4. Nadiah

    Salam kak. Maksudnya, kalau kita beli brg from diff website & semua under RM500 tak kena tax lah ye? Walaupun dlm satu kotak dr hopshopgo tu total dia semua melebihi RM500?

    Reply
    1. Yatie Post author

      Actually tak kisah pun brp RM barang yang kita beli yang penting declarebtu
      Kalau beli dari china normally dorang declare singgot je
      Tapi US declare ikut rega dorang
      Dah lah rate tinggi

      Jadi bola lalu kastam kadang kastam tu nak tax kenalah tax

      Nasib jugaklah
      Saya pernah kena sekali
      Lepas tu saya guna tips bahagi shipment

      Reply
  5. Syaza

    Salam sis , boleh explain kat saya tak camne nak guna comgateway sebab saya still confius .. saya beli barang dari us then saya bubuh alamat us yg diberi and after that , camne saya nak barang saya dihantar ke rumah saya eh ? Sorry ganggu

    Reply
  6. Ira

    Sis..maaf boleh x sy nk tny..for example sis ckp dlm komen atas kalo 7helai bju around $29-30..jdi kalo convert duit Malaysia..cth shipping cost $29,currency RM4…bila convert jdi RM116..divide by 7pcs..sehelai jdi RM16 ye? Sbb sy nk kongsi beli brg dgn mmbe masa sale..tpi xtahu nk bgtaw bpa price selepas ditambah kos shipping..betol ke pengiraan sy nie

    Reply
    1. Yatie Post author

      saya rasa shipping coast tu atas budi bicara masa nak beli lah…
      cara kira tu betul dah kalau bagi saya…

      selalu yang mahal shipping ost

      Reply
  7. Fieqa Yussof

    Assalam sis..nak tanye, kalau sy nak beli barang kat ebay then shipping die free untuk alamat USA.. then HSG nak pos ke malaysia berapa die charge ye? standard price?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.