Monthly Archives: May 2012

Mango Smoothies

Dek kerana dapat toy baru…. mula ah rajin. Semalam buat Mango smoothies. Banyak smoothies idea nih. Takpe selagi ada permintaan selagi tu boleh buat. Lagipun healthy kan. Memang bagus untuk menjanakuasakan sistem perhadaman lah.

Semalam buat guna mangga 2 biji. Hari ni nak buat orange plak kot. Tengok apa buah yang ada kat kedai.Tak pun apple ke, pisang ke. errk pisang sedap ke ek? Kena pi supermarket ni cari buah banyak-banyak. Buat smoothies ni bagus untuk orang yang tak suka makan buah. Orang itu adalah seperti Afriena and Ashraff yang hanya makan buah tertentu saja. Kalau ada strawberi best gak boleh buat double layered smoothies. Mungkin 3 layered? Kiwi, Stawberry and mango. Memang esok tu ramai lah beratur pi “bank”

Oklah ni resepi smoothies

INGREDIENNT

  • 2 biji mangga manis yang besar – kupas and( I letak dalam freezer 10 minit je. Nak letak 5-6 jam lagi bagus)
  • 1 cawan yogurt tanpa perisa
  • 2 sudu gula (just to balance the acid)
  • 1 cawan air sejuk  (tambah sikit air sebab mangga ni pekat sesangat)
  • 2-3 ketul ais

METHOD

  • Kisar mangga sampai sebati
  • masukkan yogurt dan gula dan ais
  • kisar sampai ais hancur
  • sedia untuk dihidangkan

 

Pi Aqiqah Anak Kak Red

Ahad lepas kiterang 5 beranak pi makan kenduri kahwin Kak Red kenduri Aqiqah anak Kak Red and kenduri Kahwin Adik Kak Red. Nasib baik nampak email dia hantar. Dia hantar ke gmail account. selalu Gmail account untuk kerja je. Sib baik nampak email dia. So, lepas breakfast, lepak-lepak tengok TV, pukul 11.30 siap-siap la. Yelah I ada 3 anak sejam before keluar kea seiapkan anak-anak, mana nak sikatkan rambut , mana nak pakaikan baju, mana nak carikan sock (padahal , ada je kat drawer tu, tapi mesti ada je, mama can’t find my sock), pastu nak kejar Rayyan pakai nappy. Papa dia best, papa dah siap dah. Selalu macam tu tau.

Yang last siap mama la…pastu cakap apa lah mama ni lambat. Nasib baik le I bukan make up bagai. Mascara , lip gloss and powder sesikit dah. Time nak memaskara ni, Afriena pun mintak nak pakai, so calitlah kat dia sikit. Pastu jump into the car, tekan-tekan PapaGo cari tempat, tak jumpa plak. Guna Garmin pun sama. Last last kena call Cik Rose cari tempat. Nasib baik jumpa.

Sampai je, salam-salam Kak Red ” ingat kan pengantin rupanya, mak pengantin kecil tu. Pastu kiterang pi makan. Biasalah Ashraff n Afriena memang susah betul nak bawak pi kenduri, tak nak makan ko, nasib baik ada tapai . Rasanya 5-6 bungkus sorang dorang makan. Rayyan senang, suap nasi kuah kari pun dia makan, sambil dok pegang little teddy dia. I know, kalau dia pegang something tak nak lepas, maknanya dia ngantuklah tu.

Pergi sana tak bergambar pun, ku tengok Kak Red busy, malas nak kacau, gambar baby dia pun tak snap sebab baby tgh tidur, sayang nak kacau. sempat amik gambar Candy Buffet je sebab Afriena berkenan. Dia berkenan siap amik satu lolly, takleh banyak takut mama dia jeling. heheh bukan apa, Ashraff and Afriena tak boleh makan sweets sgt, tak tau kenapa asal makan je, dorang muntah-muntah.

Lepas makan, salam-salam dengan tuan rumah, sembang sikit-sikit  kiterang balik lah sebab Kheirul ada hal kena keluar balik . ANW, Thank you kak Red for the invitation ye. Lauk-pauk sedap la, esp Daging tu and Dalca perut. Yummy.