Mango Smoothies

Dek kerana dapat toy baru…. mula ah rajin. Semalam buat Mango smoothies. Banyak smoothies idea nih. Takpe selagi ada permintaan selagi tu boleh buat. Lagipun healthy kan. Memang bagus untuk menjanakuasakan sistem perhadaman lah.

Semalam buat guna mangga 2 biji. Hari ni nak buat orange plak kot. Tengok apa buah yang ada kat kedai.Tak pun apple ke, pisang ke. errk pisang sedap ke ek? Kena pi supermarket ni cari buah banyak-banyak. Buat smoothies ni bagus untuk orang yang tak suka makan buah. Orang itu adalah seperti Afriena and Ashraff yang hanya makan buah tertentu saja. Kalau ada strawberi best gak boleh buat double layered smoothies. Mungkin 3 layered? Kiwi, Stawberry and mango. Memang esok tu ramai lah beratur pi “bank”

Oklah ni resepi smoothies

INGREDIENNT

  • 2 biji mangga manis yang besar – kupas and( I letak dalam freezer 10 minit je. Nak letak 5-6 jam lagi bagus)
  • 1 cawan yogurt tanpa perisa
  • 2 sudu gula (just to balance the acid)
  • 1 cawan air sejuk  (tambah sikit air sebab mangga ni pekat sesangat)
  • 2-3 ketul ais

METHOD

  • Kisar mangga sampai sebati
  • masukkan yogurt dan gula dan ais
  • kisar sampai ais hancur
  • sedia untuk dihidangkan

 

7 thoughts on “Mango Smoothies

  1. Sidratul Muntaha

    xsempat mangga tu nak jdi smoothies kak
    belin 3 bnijik beso.
    dari bpk smpai ke anak berberut mintak suap
    yg maknya ngidam nak mkn tak dapat2.
    ahahhaa
    tpi kecur liur arr nengok smoothies akak nih

    Reply
  2. babybooned

    yatie, smoothies kat rumah ni makanan ruji. hari-hari smoothies sebab my dad suka sgt belikan kitorang buah sampai tak terhabih nak makan. teknik yg paling best ialah freezekan your fruits. put in small containers and freeze them in small quantities. bila nak guna take out for a couple of minutes, then masukkan terus dalam blender.because it’s frozen, u dont even need to use ice. pastu masukkan milk and yogurt and sugar or whatever else u want. pisang pun u bole freeze. kitorang combine je semua buah sesuka hati.. sodap je. hehehe… ok tapi yg tak sodap is betik campur vitagen. huhuhuhuuu itu experiment yg haru. me and my mum punye fevret is avacado smoothie.. tapi avacado is the only fruit that i dont freeze, mesti guna fresh kalau tak lemak dia tak sama. avacado+ice+milk+brown sugar (or kalau tak kisah gemok sila taruk susu pekat… hikhikhikkk..).. betik dan horlicks sodap jugak kalau u suka horlicks. pisang and chocolate pun sedap gak kalau u ada chocolate ice cream. dragon fruit is good to freeze too. tomorrow i’m making frozen grape smoothie ;D

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.