Wonton Noodle

Lately rasa macam kehabisan idea tau nak masak apa. mungkin sebab malas gak kot. Hari tuh…. I buat Mee Wantan. Terlebih rajin, buat dumpling and sup dumpling. Masak simple macam ni memang terangat, makan panas-panas semasa hujan.

Budak-budak memang sukalah. Nanti I letak resepi ye, now nak kena masak untuk lunch dulu sebab dah pukul 10 kena bawak makanan untuk Ashraff plak.

 

UPDATE: Resepi Mi Wantan

INGREDIENT

  • Sepeket mi sanggul – dicelur
  • bawang putih goreng dan bawang merah goreng
  • minyak bawang putih / minyak bawang merah
  • 2 sudu kicap pekat
  • 1 keping Ayam bahagian dada – dicelur
  • 1 ikat sayur sawi – di celur
  • 10 ekor udang – bersihkan dan dicincang halus
  • 1 mangkuk daging ayam cincang
  • 15 keping kulit wantan
  • 1 pokok daun bawang
METHOD
cara buat wantan
  • gaulkan udang dan ayam cincang bersama daun bawang
  • rasakan dengan garam dan serbuk lada putih
  • isikan inti kedalam kulit wantan
  • buat bentuk 3 segi, sapu air kat kulit wantan supaya lekat (refer gambar)
  • goreng separuh wantan sehingga garing
  • lagi separuh boleh buat sup dengan air yang rebus ayam tadi
Cara buat mi
  • mi yang telah dicelur di gaul dengan kicap pekat,minyak bawang dan bawang goreng
  • hidangkan dengan sayur yang telah dicelur, daging yang yang telah dicelur dan sup

12 thoughts on “Wonton Noodle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.