Kes buang bayi yang menjadi-jadi

Tadi tengok berita…. sedih  sebab semalam je ada 4 baby kena buang macam tu jer di jumpai. Semalam punya berita pun cerita pasal kes buang bayi. Rasa macam nak marah sangat, tapi tak tau nak marah kat sapa. Kenapalah manusia sekarang tak tahu menilai nyawa, tak tahu menghargai anugerah yang istimewa.

Rasanya kes buang bayi ni kena diambil berat bukan di pandang berat lagi. I selalu baca berita tengok berita mesti banyaklah cadangan untuk mengurangkan kes buang bayi. Tapi adakah badan-badan atau pihak bertanggungjawab pernah terfikir apa yang menyebabkan masalah ini terjadi? Dulu masa kerja, I selalu ditekankan tentang ayat ini

In order to find the solution, you must find out the root cause

Banyaklah cadangan penyelesaian kes buang bayi. Antaranya

  • Mencadangkan kahwin awal bagi remaja yang dah tak boleh tahan nafsu. – Pada pendapat saya ini adalah cadangan yang bagus. kahwin awal boleh mengelakkan dari berlaku zina. Tapi ini bukan penyelasaian, sebab remaja muda yang kahwin awal bila dapat anak, macam mana mereka nak menjalankan tanggungjawwab lain. Contoh, bila dah kahwin, diri sendiri masih bersekolah, mampu ke nak menanggung anak bini. Sila-silap bila dapat anak, terbiar macam tu jer ali-alih budak yang tak berdosa jadi mangsa kes dera. Menjaga anak dan mendidik anak adalah tanggungjawab yang besar. Bukan setakat memberu makan pakai tapi pendidikan agama dan moral sebagai asas penting. Kalau tapak tak kuat benrgoncang tiang. Mungkin cadangan berkahwin awal perlu diperkuatkan dengan cadangan lain. Contohnya, Pasangan yang berkahwin awal dibolehkan untuk bekerja sambil belajar demi untuk menanggung makan pakai ahli keluarga. Itu adalah tanggungjawab.Mereka juga sepatutnya diwajibkan menghadiri kursus keibubapaan. Kursus keibubapaan yang akan dijalankan adalah bukan seperti kursus kahwin yang sangat ringkas , tapi perlu memenuhi kriteria tertentu.
  • Menyediakan tempat perlindungan bayi – Cadangan ini seperti menggalakkan lagi remaja-remaja untuk bermaksiat dan seterusnya melahirkan anak luar nikah sebab mereka dah tahu mana nak letak bayi tersebut.

Bagi pendapat saya, perkara penting yang perlu diambil berat terhadap masalah ini adalah mencari punca. Pada saya puncanya adalah asas kekeluargaan. Ibubapa masa kini dah tak kisah tentang apa yang berlaku. Sepatutnya

  • ibubapa memantau dengan siapa anak berkawan, pukul berapa anak kena balik, anak sudah sembahyang ke belum, tahukah anak-anak kita tentang hukum berzina.
  • ibubapa meluangkan masa dengan anak-anak, bercerita tentang baik-buruk pergaulan bebas sebab kebanyakkan ibubapa seakan tidak perduli dengan apa yang anak mereka lakukan. Contohnya: anak yang masih bersekolah nak pergi dating pun tidak kisah. Sampai anak nak kena tangkap khalwat pun siap boleh sembunyikan anak. Sepatutnya ibubapa kena kembali kepasa asas pergaulan (part ni ada jadi kat kampung I ok, anak baru form 3)
  • menjaga air muka – part ni semua nak jaga air muka takut malu bila anak dah terlanjur. Jangan buang anak yang dah terlanjur. bimbinglah mereka. Kalau kita buang mereka, maka terjadilah kes buang bayi sebab mereka tidak dapat berfikir secara matang
  • berpegang pada ajaran islam….jangan berpegang pada kemodenan dunia. Insya’ Allah selamat.
  • Dedahkan para remaja dengan dosa pahala. Tentang akibat bermaksiat. Sekolah dan badan-badan tertentu patut memainkan peranan penting untuk menyampaikan mesej ini. Cara penyampaian mesej mestilah betul, jangan pulak nak sampaikan mesej mengenai keburukan seks luar nikah tapi buat konsert . Tu bukan nak sampaikan mesej tapi menggalakkan pulak. Maklumlah sekarang ni sikit-sikit nak sampaikan mesej buat konsert.Pelik

3 thoughts on “Kes buang bayi yang menjadi-jadi

  1. kambingbujang

    ahhh.. lani makin mjadi2 lak kes buang bayi ni. dorang ni cam xder rase bersalah langsung. Masa Widad masuk NICU kt serdang, ader satu BB tue, baby kena buang jumper kt longkang kot kalu tak slp.. alahai comel sgt BB tue. sampai hati mak dorang ni tau buang suka2 ati.

    Huda pun ader gak blogpost berkaitan ngn baby hatch yg huda rase encourage org buang gak indirectly.

    http://kambingbujang.com/2010/06/23/why-introducing-baby-hatch-is-a-really-bad-idea/

    Reply
  2. baby102

    i sokong u, mmg puncanya dr keluarga, kalau tanya budak2 yg jadi begini, mesti keluarga dirong porak peranda. Tiada asas agama yg kukuh. Ada yg tak tau apa tu berzina, ramai jugak yg tak tau pun berzina tu boleh membuatkan mereka pregnant, ramai yg ingat just utk berseronok je.

    I think saranan kawan muda tu pun tak berapa nak bagus, sbb takut end up keluarga diorng akan jadi porak peranda gak, and last2 anak2 mereka akan turut sama terjebak dengan benda2 yg tak elok.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.