Aroma Ikan Bakar Pantai Jeram

Dah lama rasernya tak makan seafood so hari Sabtu lepas we all satu family pergi makan seafood kat Aroma Ikan Bakar di Pantai Jeram. Untuk info you all, kalau nak makan kat sini kena booking awal awal sebab limited seat only dan takut ikan ikan semua habis dikebas orang lain… Kalau nak booking, kat gambar atas tu ada no teponya……

Persekitaran restoran tu bersih dan well maintain. Perjalanan dari KL ke Pantai Jeram tu mengambil masa dalam 1jam 30 minit aja… jalan pon tak susah sangat.. kalau guna alat GPS sangat membantu merancang perjalanan.

Sampai-sampai jer meja sudah tersedia dan dah reserved… siap bubuh tu nak makan kul baper….

Seperti biasa, ikan-ikan segar perbagai jenis sedia untuk dipilih… tersenarai tanda harga so senang untuk buat budjet

Kalau kat hostel dulu, saya panggil ikan ni Ikan Jaket, ada orang panggil ikan cencaru, kalau kat sebelah pantai timur tu orang panggil Ikan KERONGE….

Selain drp tu, ikan semilang, pari, bawal mas, bawal hitam, dan macam-macam ikan segar lagi ada.. pilih jer..

Hari tu, kami pilih ketam bunga, sotong, ikan pari, dan udang sebagai hidangan…..

Sementara menunggu makan siap.. bebudak ni pi berjalan ditepi pantai bersebelahan restoran.. Angin pantai bertiup memang syok sekali…..

Hah ni dia.. Ikan Pari Bakar dengan sos pedas…..  Ikan pari ni sangat segar hingga tidak berbau sedikit pon … tidak seperti ikan pari yang beli kat pasar mesti direndam dengan air asam dulu untuk hilangkan baunya… rasa ikan pari bakar ni memang sungguh sedap dan menyelerakan sekali… sekali lagi 5 bintang untuk rasa dan kesegarannya….

Hidangan No.2 kami… nih dia… Ketam Bunga Masak Cili.. Secara jujur saya katakan hanya 3.5 bintang untuk rasa dan 4 bintang untuk kesegarannya… Rasanya sedap tetapi cara masakkannya ada sedikit kurang bagi lidah saya. Ini kerana, ketam ni diorang rebus sehingga masak dan hanya curah kuah atasnya… so rasa sos tidak sebati dengan isi ketam… itu sebab kurang skit.. kalau rasa sos sebati ngan isi ketam tu.. peeerrrhhh terus kasi 5 bintang punya…..

Hidangan No.3 plak… Udang Butter…. Yang ni saya bagi 4 bintang aja.. Sebab… udang terover cooked dan mentega terlampau banyak digunakan dan sedikit oily. Secara keseluruhannya boleh dikatakan sedap jugalah.

Hidangan No.4. Sotong Goreng Tepung. Saya bagi 4 bintang juga…. Cukup segar sotongnya, dan cara masakannya saya tidak boleh komen sangat sebab saya makan 2 ketul aja dan Yati makan seketul aja.. selebihnya dihabiskan oleh Ashraff….. 2 ekor sotong gergasi tu dia makan seorang jer.. so kalau si Ashraff tu dah makan banyak tu.. so kira lulus ujian kesedapan la bagi sotong goreng tepung nih….

Untuk sayur.. Kailan ikan masin….. sedap… lain dari yang lain…

Tidak dilupakan… Telur dadar.. sedikit oily….. tapi sedap…

Secara keseluruhan.. kami tidak membazir.. semuanya habis licin dimakan.  Jadi boleh dikatakan sedap dan diterima oleh tekak kami.

Tentang harga…. Rm100.40.. not bad….

Lastly, komen kami untuk Restoran Aroma Ikan Bakar Pantai Jeram ini L.U.L.U.S ujian kesedapan dan kami syorkan kepada semua untuk mencubanya…..

GPS Position: N3 13.446 E101 18.322


View Larger Map

20 thoughts on “Aroma Ikan Bakar Pantai Jeram

  1. Slu

    Baru balik dari Aroma…lepas order kena tunggu sejam lebih. Pas tu bila ikan bakar sampai dah sejuk. Udang goreng butter pun x berapa kow sebab goreng x garing. In a nutshell, konsep yang bagus tapi perlaksanaan kurang baik. Jangan jadi melayu mudah lupa…nanti orang dah tak nak datang.

    Reply
    1. along

      aku dah g…tapi indah khabar dari rupa. tempat sangat kotor.pinggan dia cuci x bersih.bagi aku tahap kebersihan FAIL.

      Reply
  2. sha

    buka pukul berapa? tutup pukul berapa?…hari apa off…pernah sampai sana isnin petang…frust tak dpt mkn..minggu seterusnya pg lagi…baru dapat mkn seefood..siput bamboo & etc..sedap tul…

    Reply
  3. Hj Kamal Ahmad

    yezz..tidak dapat di nafikan memang sedap,,masakan sevis ok ada beberapa bahagian perlu di pertingkatkan agar customer merasa puas dan selesa. komentar saya yg ikhlas majikan diminta menyediakan penyelia meja memastikan pesanan susulan ditangani dgn profesional biasa nya tidak sampai mengikut piawaian (how long does it take for plain ice water to be dilivered????) kerana selepas order td hantar ..tiada semakan susulan dibuat sdh dihantar atau belum. overall..excellent.

    Reply
  4. zue

    pergi aroma semala…punyerlah ramai orang sampai tak cukup meja…nak ambik ikan pun beratur panjang…..pekena tomyam seafood..tapi rasa kurang la…mungkin sebab terlalu ramai orang kut….masak pun lebih kurang jer…kerang bakar pun tak macam sebelah punyer…bakar lebih kurang….sotong gorang tepung ok…kalau nak pergi mungkin time ramai orang mungkin ok kut…

    Reply
    1. mawar

      kalau nak mkn sini kn dtg awal. sy biasa target sampai Jeram waktu asar, after solat asar tu dlm 5+ mmg cun2 la, org baru nak dtg…x perlu berebut2…makanan pun boleh tahan cepat. penah mkn sekali kat aroma, tp kami x brp suka. famili sy lebih suka kedai satu lg tu…apa tah nama dia, yg kat pintu gerbang tu, masakan dia lebih sedap. harga lebih kurang je, but murah dr Muara. so kalau dtg Jeram mmg kedai ni je kitorang pegi…org mmg ramai…meja penuh sokmo, tgh makan org lain dah book meja kita dah.

      Reply
  5. Puteri Mariana

    Pertama kali makan disini…yg peliknya nape x ditimbang semua seafood yg diambil didepan pelanggan sendiri…..harga dh tertera 100 gm brape …in case kalau duit yg dibawa x cukup pasti bermasaalah…Diharap restoran ini sila ambil perhatian… Di Melaka setiap kedai ikan bakar akan ditimbang dahulu item2 yg diambil….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.