Resepi Burger Membakar

Hari jumaat malam tukan… malas nak masak so Kheirul ajak pi cari burger kat Puncak Jalil. So dapat burger sedap rasa dia. special sos.Tapi kiterang still tak puas makan burger, so Sabtu petang tu mulalah mencari  bahan untuk buat burger. Nak buat burger senang je, cari daging kisar. Untuk mendapatkan burger dgn texture yang lawa, mesti dapatkan bahagian topside. Sebab dia ada lemak sikit kat situ kan. Pastu jangan lupa bread crumb. Kalau yang buat sendiri lagi bagus. Beli roti, potong kecik-kecik masuk oven, toast sampai kering then blend. Pasal rempah untuk burger, boleh lah letak parsley and oregano bergantunglah, kalau you all suka rempah ala-ala Morocon, boleh letak cumin, paprika and mint. Ala macam nak buat kofta, pakai je resepi dia. Nanti nak try gak lah..tapi pakai lamb.Sedap gak ni

Berikut adalah resepi burger membakar jiwa raga

INGREDIENTS

  • 500g daging kisar
  • 1 biji bawang kuning besar – parut
  • 1 biji bawang putih di cincang
  • parsley dan oregano
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • sebiji telur
  • lada hitam dan garam secukup rasa

METHOD

  • Campur semua bahan diatas dan gaul sebati.
  • bentukan bahan tadi menjadi leper seperti burger
  • Pastu simpan dalam freezer dalam 1 jam supaya bila bakar dia tak hancur.
  • Sedia untuk dihidang dengan roti burger, mayo, cheese, salad, tomato bla bla bla

For those yang nak try resepi burger untuk yang berpantang atau jaga badan boleh tengok ka SINI

13 thoughts on “Resepi Burger Membakar

  1. strawberi

    sampai ke puncak jalil tuh..dh dkt umah saya tuh..hihi…buat sndiri lagi best kan..sedap sgt tu…tp mls plak nk wat…nnt nk gi bli lah..burger bakar dh ade kt giant seri kembangan tau kak..

    Reply
      1. Yatie Post author

        Lagi satu….mnce beef esp yg ausie, kalau beli, cari yg ada lemak sikit, baru texture ok and sebelum masak jgn cuci, nanti darah dia hilang tu yg hilang kemanisa daging…sekian wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.