Tag Archives: Surf Control

Awasi Anak Anda Dari Website Lucah

Tentu ramai dikalangan mak-mak dan abah-abah kat luar sana yang pening kepala macam mana nak mengawasi anak-anak mereka yang menggunakan internet daripada website yang tak sepatutnya dilayari oleh anak-anak mereka seumpamanya website lucah, terlampau dan seangkatan dengannya kan!!! kan!! kan!!!

Ramai juga orang yang tanya saya, kalau saya letak windows password sudah memadai ker??? Saya cakap jer TIDAK CUKUP TU… kalau buat macam tu pon selepas mak abah dia key-in password tu, PC tu budak tu yang punye…  bukannya boleh control pon bebudak tu pergi surfing kemana-mana kan… so back tu square one la… sama jer..

TETAPI kini… dengan satu FREE tool ni.. mak abah semua dah takyah risau dan peningkan kepala… install jer.. pas tu configure apa yang patut dan bagi jer PC tu kat bebudak tu… semuanya akan diuruskan oleh tools nih… MACAMANA…….  ni caranya….

Nampak kat atas tu…. Free Tools yang saya maksudkan adalah K9 Web Protection dari BlueCoat. Dia bukan sekadar block website lucah aja, korang boleh block apa-apa website based on kategori website tu… contonya pornography, gambling, drugs, violence/hate/racism, malware/spyware, phishing dan macam-macam lagi la… lebih kurang 70 kategori ada… korang pilih la sendiri…

Selain drp tu… meh kita tengok apa features utama tools nih:

  • Block web sites more than 70 categories – korang pilih ler sendiri kategori apa yang nak block
  • Force SafeSearch on all major search engines – nih memang cun.. pasal dia akan buang search result yang tak sepatutnya ada
  • Set time restrictions –  yang nih paling saya suka… saya setkan bebduak tak bleh surf internet malam selepas jam 10:30 malam sampai kul 7 pagi… mana la tahu diorang sneak out on PC kul 3 pagi ker…..
  • Override a web page block with password – hehehe… kalau mak abah nak tengok website yg kene block tu pon boleh.. key-in jet override password…
  • View easy reports – nih yang mesti ada… pi tengok report anak-anak kita pi surfing kat mana… so takde la terlepas pandang…
OK.. sekarang nih.. kalau korang nak download tools nih… just click gambor kat bawah nih…. isi apa yang patut dan ikut arahan untuk download software tools tu….tayah keluar duit pon…just pepandai korang ler install sendiri….

Ok… selepas korang install… pi masuk kat Administration page dia…. kat sebelah kiri tu dek noon… click jer apa yang korang nak configure… configure la apa yang patut.. contohnye kat bawah nih… untuk configure blocked website by categories… pilih jer macam pilih ikan kat pasar… pas tu jangan lupa SAVE.

Hah.. meh kita test tengok camne rupanya kalau bebudak tu pergi ke website yang tak sepatutnya.. saya test pergi ke playboy.com.. tengok gambor bawah nih… ni la rupanya page yang akan dipaparkan…. Korang kalau nak bypass click Allow This Sites kat bawah tu.. set la berapa minit…. pas tu key-in Override Password…. tapi pepandai ler korang memain dengan benda tu nantinya.

OK last sekali.. meh kita tengok camne rupanya aktiviti internet anak-anak kita… hah.. pi Click aja kat VIEW INTERNET ACTIVITY tu… terus keluar reportnya…. hehehe so sekali lagi.. pepandai la kita mentakrifkannya yer….

Ok lah.. selamat mencuba ya semua……